Hadith:
Daripada Jundab bin Abdillah RA katanya : Rasulullah SAW
bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan sembahyang subuh nescaya dia berada di
dalam lindungan Allah, oleh itu janganlah sampai Allah menuntut daripada kamu
sesuatu daripada tanggungannya (zimmah) nescaya Dia (Allah) dapatkannya
kemudian Dia (Allah) menyembamkan mukanya ke dalam api neraka”.
Huraian Hadith:
Umat Islam di suruh menunaikan sembahyang fardhu dalam
waktunya terutama bagi sembahyang subuh. Allah akan memberi perlindungan kepada hambanya yang
menunaikan sembahyang subuh pada waktunya Sesiapa yang menyakiti orang yang
taat kepada Allah maka akan di humbankan ke dalam api neraka. Seperti firmannya
(dalam hadis qudsi) yang bermaksud : “Sesiapa yang menyakiti kekasihku akan aku
iklankan perang terhadapnya.”
Disebutkan sembahyang subuh secara khusus sedangkan empat
waktu yang lain iaitu zuhur, asar, maghrib dan isyak juga di tuntut dengan
tuntutan fardhu yang sama. Ini kerana sembahyang subuh adalah yang paling berat
waktu di tunaikan. Oleh itu apabila seseorang itu sanggup bangun menunaikan
sembahyang subuh lebih-lebih lagi dalam berjemaah, sepatutnya
sembahyang-sembahyang lain dia lebih berkesungguhan.
Hadis ini juga menunjukkan kelebihan sembahyang
subuh berbanding waktu-waktu yang lain(walaupun kesemuanya mempunyai
kelebihan). Ini kerana sembahyang subuh disaksikan bersama oleh malaikat siang
dan malaikat malam yang menguasainya manusia (seperti yang tersebut dalam hadis
yang lain).
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...