Rambut adalah mahkota setiap insan. Setiap insan memiliki rambut mereka yang tersendiri. Ada yang memiliki rambut yang lurus, kerinting, halus, kasar dan sebagainya. Rambut yang kasar pula akan menyebabkan rambut itu keras. Kali ini, teman akan kongsikan satu petua khas untuk mereka yang memiliki rambut yang kasar dan keras. Petua ini boleh diamalkan untuk melembutkan rambut yang kasar dan keras ini.
Gambar ehsan Google.
Untuk mengamalkan petua ini, dapatkan secekak sayur kangkung (kangkung cina). Ambil daunnya sahaja. Bersihkan dan letak di dalam bekas Kemudian, masukkan sebanyak 6 sudu besar air suam. Setelah itu daun kangkung itu hendaklah diramas-ramas sehingga mengeluarkan lendir. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air yang bersih. Amalkan setiap hari selama dua minggu.
Untuk mendapatkan hasilnya yang berpanjangan. Lakukan petua ini sebagai amalan seharian.
Ok, selamat mencuba. Teman doakan semoga kome yang mencuba petua ini mendapat hasil yang baik.
Klik disini untuk menbaca petua penjagaan rambut yang panjang.
petua yang simple dan mudah je..tapi yang segera juga dibuatnya...hehehhee
ReplyDeletepetua yang menarik...rambut aku pun boleh diketegori kasar skit sampaikan nak buat style pun susah..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-