Hotel di Desaru, Kota Tinggi, Johor Darul
Takzim. Ini adalah kali pertama teman dan keluarga bercuti di Lotus Desaru Resort and Spa, Desaru nie. Perjalan dari Saujana Utama ke Desaru kali ini terpaksa
menempuhi aliran trafik yang tinggi melalui lebuhraya utara selatan, terutama
ketika menghampiri persimpangan menghala Bangi dan Kuala Lumpur. Kesesakkan
diakibatkan oleh aliran trafik yang tinggi menghala ke exit Seremban hingga
membawa ke exit Air Keroh dan Melaka. Aliran trafik kembali lancar setelah
melepasi Melaka.
Sebelum ke Lotus Desaru Resort, kami ke Johor Bharu
dulu untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat Farah semasa di
belajar di UKM dulu. Memang best makan nasi minyak kenduri kahwin orang Johor
nie. Selepas perut kenyang, dalam pukul 4 petang gitu, kami bertolak ke Kota
Tinggi melalui lebuhraya Senai Desaru yang pada pendapat teman, jalan nie
sekerat je lebuhraya dua lorong. Separuh lagi macam jalan lebuh raya
persekutuan biasa je. So, tak boleh nak speading sangat. Matlamat utama kami ke
Kota Tinggi adalah untuk berkunjung ke rumah keluarga lelaki bakal suami Farah
di Felda Semenchu.
Selepas azan maghrib berkumandang baru kami
bertolak ke Lotus Desaru. Jaraknya dari Felda Semenchu lebih kurang 30KM saja.
Kami tiba di Lotus Desaru Resort sebelum pukul 8 malam. Disebabkan teman tak pasti
dimana reception lobinya, teman ambil keputusan parking kereta berhampiran
dangan main entrance hotel nie. Dari main entrance, kami naik buggy untuk ke reception yang
terletak lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki buggy.
Selesai urusan check in, kami naik buggy semula untuk ke kereta. Nasib baik, tempat parking kami tu agak hampir dengan bilik yang diberikan kepada kami. Untuk kali pertama ini, kami diberi bilik bernombor 204 di blok L. Sampai dibilik, teman mula explore setiap ruang. Untuk pengetahuan, kali ini teman booking dua bilik je.
Biasanya, kalau hotel dilengkapi dengan 2 bilik nie mesti ada ruang tamu. So, inilah ruang tamunya. Di bucu hujung sana tu, second room.
TV tu duduk dalam kabinet almari. So, nak menonton TV kena lah buka pintu almari tu. Bersebelahan dengan ruang tamu, tersusun ruang makan dan dapur. Ruang makan, di lengkapi dengan set meja makan. Ignore saja la barang-barang atas meja makan tu ye...
Bersebelahan ruang makan pula terletak dapur. Dapur di lengkapi dengan kabinet dapur, peti sejuk, dan microwave oven. Boleh la kalau nak panaskan makanan tu.
Disini ada penyapu. Teman tak pasti penyapu nie memang di sediakan kepada untuk tetamu bersih bilik atau pekerjanya yang tertinggal penyapu kat dalam nie.

Wifi turut disediakan, tetapi pengunjung tidak diberikan berikan
access secara percuma. mmm... nie adalah adalah down side of facility provided by Lotus Desaru Resort and Spa. Kat kedai mamak pun boleh dapat WiFi percuma. Kat hotel nie pulak kena bayar baru boleh access... mmm... better guna 4G saja laa...
Welcome drink juga turut di sediakan...
Ok, kita review bilik pula ya... Nie adalah master bed roomnya... Katil bersaiz king, cukup lah untuk kami 3 beranak nie tidur... Biliknya pun luas, kemas dan bersih...
Master room nie di attached sekali dengan bath room. Ada bath tab kecil, so tak boleh la nak berendam lama-lama. Bath roomnya pun agak luas juga.
Ok, nie pulak bilik ke dua. Di lengkapi dengan double bed. Biliknya cantik, kemas dan bersih.
Untuk second room nie, tak di attached sekali bilik mandi. Bilik mandinya berada di sebelah luar, di tepi pintu bilik. Bilik mandinya juga bersih dan selesa.
Masa buat tempahan bilik hari tu, memang teman dah includekan sekali dengan breakfast... Malas nak pening-pening cari tempat untuk breakfast pagi-pagi. So, breakfast saja la kat cafe yang di sediakan tu. Ok, lets review cafe pulak ye...
Nampak tak, luaskan padangnya... Sejuk mata memandang... Sarapan setiap pagi di sediakan di Seaview and Teratai Cafe. Seaview and Teratai Cafe nie nampak macam satu dewan terbuka yang agak luas juga. Pelbagai juadah tempatan dan western turut di sediakan. Menu sarapan tempatan seperti biasa je... ada nasi lemak, mee goreng, roti canai dan sebagainya... Makan lah selagi mampu... Apa yang boleh teman komen pasal cafe, sekadar biasa-biasa je...
Menu untuk breakfast pagi nie...
Mungkin waktu teman disini, ramai pengunjung-pengunjung luar terutama dari Singapore bercuti di sini... walaupun Seaview and Teratai Cafe nie agak luas, tapi agak crowded juga, bersesak-sesak juga la... Nasib baik teman turun awal untuk breakfast... Kalau tak jenuh juga la nak menunggu meja kosong...
Jom kita tengok kawasan sekitarnya pulak... Sebenarnya, yang best sekali kat Lotus Desaru nie sebab resort nie ada pantai dan mengadap Laut Cina Selatan... dan ada pulak theme park. Memang sesuai sangat lah habiskan masa bersama anak-anak mandi kolam kat sini.
Welcome drink juga turut di sediakan...
Ok, kita review bilik pula ya... Nie adalah master bed roomnya... Katil bersaiz king, cukup lah untuk kami 3 beranak nie tidur... Biliknya pun luas, kemas dan bersih...
Master room nie di attached sekali dengan bath room. Ada bath tab kecil, so tak boleh la nak berendam lama-lama. Bath roomnya pun agak luas juga.
Ok, nie pulak bilik ke dua. Di lengkapi dengan double bed. Biliknya cantik, kemas dan bersih.
Untuk second room nie, tak di attached sekali bilik mandi. Bilik mandinya berada di sebelah luar, di tepi pintu bilik. Bilik mandinya juga bersih dan selesa.
Dari ruang tamu, boleh la tengok kolam kat bawah tu... Waktu malam-malam macam nie... gelap je la, tak ada orang pun nak layan mandi kolam malam-malam...
Nampak tak, luaskan padangnya... Sejuk mata memandang... Sarapan setiap pagi di sediakan di Seaview and Teratai Cafe. Seaview and Teratai Cafe nie nampak macam satu dewan terbuka yang agak luas juga. Pelbagai juadah tempatan dan western turut di sediakan. Menu sarapan tempatan seperti biasa je... ada nasi lemak, mee goreng, roti canai dan sebagainya... Makan lah selagi mampu... Apa yang boleh teman komen pasal cafe, sekadar biasa-biasa je...
Menu untuk breakfast pagi nie...
Mungkin waktu teman disini, ramai pengunjung-pengunjung luar terutama dari Singapore bercuti di sini... walaupun Seaview and Teratai Cafe nie agak luas, tapi agak crowded juga, bersesak-sesak juga la... Nasib baik teman turun awal untuk breakfast... Kalau tak jenuh juga la nak menunggu meja kosong...
Jom kita tengok kawasan sekitarnya pulak... Sebenarnya, yang best sekali kat Lotus Desaru nie sebab resort nie ada pantai dan mengadap Laut Cina Selatan... dan ada pulak theme park. Memang sesuai sangat lah habiskan masa bersama anak-anak mandi kolam kat sini.
Cahaya matahari pukul 10 pagi nie agak panas jugak la... Sebab tu, tak ada ramai orang dok lepak-lepak di tepi pantai nie selepas breakfast... Nak mengelak panas matahari nie, boleh berteduh di bawah rimbunan pokok-pokok nie...
Ada juga kemudahan di sediakan untuk aktiviti-aktiviti di laut. Pengunjung boleh mengunakan perkhidmatan yang di sediakan oleh pihak Seahorse Watersport nie... Kome boleh tengok senarai harga perkhidmatannya di bawah.
Patut la ramai yang tak lepak kat tepi pantai... rupanya ramai yang dok main air kat theme park... memang enjoy pun kat sini... kalau bawak anak-anak, memang best luangkan masa dengan mereka sambil main air kat sini...
Apa depa nie tunggu ye.. ramai berkumpul kat situ... Patut la, rupa depa dok tunggu replika tempurung kelapa gergasi tu penuh air... Bila air dah penuh, tempurung tu akan terbalik menumpahkan air yang ada dalam tu...
Sila abaikan wanita seksi tu... Dah nama pun kolam mandi... Memang itu lah pemandangannya...
Apa lagi yang best kat theme park nie... Kalau kome nak tau, kat theme park nie ada 'Lazy River' dan 'Glacier River'... Apa Lazy River tu... Kalau translate direct ke Bahasa Malayu, maksudnya sungai malas... tak gitu... Mungkin 'Lazy River' tu kolam untuk bermalas-malas... boleh lepak-lepak dalam kolam, rileks-rileks... Ada 3 kolam kecil sebenarnya... dan kolam tu di hubungkan dengan 'Glacier River'... Perjalanan melungsuri 'Glacier River' ni akan berakhir di kawasan kolam yang menempatkan tumpurung kelapa gergasi tu.
Duduk berendam dalam kolam 'Lazy River' tu memang menyeronokkan sambil cuci mata tengok gelagat orang... Memang tak sedar masa berlalu begitu pantas, sedar-sedar je, jam dah nak masuk pukul 1 tengahari... tu la kan, bila dah seronok sangat tak sedar masa berlalu begitu saja...
Selain dari menghabiskan masa dengan mandi manda dan bermain air bersama Aisar, di Lotus Desaru Resort nie pun ada mini zoo... Kecil jer... hanya menempatkan beberapa haiwan je... Jadi la kan, untuk gembirakan anak... Di mini zoo nie, ada menempatkan beberapa ekor arnab dan juga burung.
Ok, settel sudah review pasal resort nie. Macam biasa, teman nak kongsikan rating untuk resort nie berdasarkan pengalaman teman menginap disini. Mana la tau kalau kome pun nak menginap di sini.
Bilik penginapan (kebersihan / susun atur)
|
|
Kemudahan
|
|
Khidmat Pelanggan
|
|
Cafeteria (breakfast)
|
|
Kepuasan Menginap Keseluruhan
|
|
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...