Tuesday, March 27, 2012

Kuliah - "Jangan" dalam ISLAM

Hari ini, teman nak kongsikan bersama sesuatu yang dipandang ringan oleh umat Islam. Entry tengahri ini adalah berkenaan perkara-perkara di tegah atau JANGAN dilakukan dalam ISLAM.



  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna.
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

4 comments :

  1. jangan tak tengok 30min ustaz don hehehe..tengok!
    30 min jer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang patut tengok... dah laa nak pegi masjid dengar ceramah agama pun malas.... hehehehehehe....

      Delete
  2. betul2..tapi entah mengapa yang jangan tu yang suka dibuat..bila suruh buat tak nak plak..(peringtan utk diri sendiri..hehe)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah laa bro strider... memang selalu yang di tegah tu jugak laa orang nak buat... sama laa jugak dgn diri kita nie... mmm... betul tak bro strider...

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...