Monday, April 30, 2018

Perempuan chop parking

Dalam berita hari tu ada inform, kome boleh di saman kalau buat perangai macam nie. Petang Ahad lepas, teman satu family ke SOGO di Kuala Lumpur tu. Dari Putrajaya ke Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kenapa dari Putrajaya? Kikikiki... sebabnya teman over night kat Dorsett Putrajaya tu.

Kat area Jalan TAR tu, tak la sesak sangat. Macam selalu kalau ke SOGO, teman gemar parking di basement tu. Nak dijadikan cerita, kebetulan waktu itu ada sales la pulak. Berpusing-pusing teman dok melilau dalam basement tu cari parking.

Perempuan chop parking

Gambar ehsan New Strait Times

Nak dijadikan cerita, dah rezeki teman nampak la lot parking kosong. Bila teman sampai dekat parking kosong tu, tiba-tiba tercegat seorang perempuan menghalang orang lain parking kat situ. Pada hal, waktu itu kereta teman memang dah berapa pada posisi untuk masuk petak parking tu.

Disebabkan teman pernah terbaca artikel berkenaan kes ini, teman tekadkan hati masuk je ke ruang parking tersebut walau pun perempuan tu halang kat depan. Teman tak peduli, dah la susah nak dapat parking. Akhirnya perempuan tu mengalah dan berlalu meninggalkan kami. Kalau perempuan tu datang nak bertekak dengan teman, teman akan tunjukkan artikel nie bahawasanya perbuatan dia tu salah disisi undang-undang dan boleh di dakwa mengikut Section 50 (3) of the Road Transport Act 1976.

Kalau nak baca artikel dari News Strait Times tu, klik kat sini.

Bila diri sendiri mengalami situasi macam nie, terlintas la pulak nak pasang dash cam...πŸ€”πŸ€”πŸ€” senang kalau nak buktikan kalau ada apa-apa berlaku... mmm... dash cam jenis apa yang bagus erk....😏

1 comment :

  1. tak patut la kan. Kalau tunggu kat situ sedangkan orang lain berhak nak parking

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...