Friday, March 20, 2015

SPAM email dari JPA

Minggu ini mail box teman mengalami lambakkan bombastik email yang di hantar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Berdasarkan pemahaman teman, pihak ICT JPA sedang membuat email group untuk pelajar-pelajar tajaan JPA yang kebanyakkannya telah pun berkhidmat di dalam sektor kerajaan. Yang teman mushkil tu, macam mana email teman nie boleh masuk dalam data JPA. Teman nie bukan pelajar tajaan JPA dan tidak sama sekali sebagai kakitangan awam. Tak kan profile teman ada kat JPA kot.

Apa pun, inilah email pertama yang pihak JPA hantar ke mailbox teman.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Jelaskan. Signature email nie dari pentadbir E-Mail JPA. Mungkin, part of JPA P&P semasa create group email, mereka apa minta buat pengesahan penerimaan. Tak kisah lah tu. Tapi macam mana mereka boleh masukkan email teman yang bukan kakitangan awam nie. Start dari email tu, mula lah lambakkan beratus-ratus email masuk ke mailbox teman. Ada antara mereka yang membalas atas email reply yang lain.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

tu termasuk email error yang mengebom mailbox teman... kenalah deletekannya sebelum mailbox teman penuh... dah la teman nie sedang bercuti... 

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Ada juga penerima email tu yang reply sambil marah-marah...

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Apa pun, masalah ini dimulakan oleh Pentadbir Email JPA. Setakat nak create group email jer kot... Di organisasi teman nie, beribu-ribu group email ada. Tak pernah pula depa nak buat ujian penghantaran email. Setakat hantar email tu, apa la sangat. Nampak sangat kelemahan Pentadbir Email JPA nie. Silap hari bulan nanti, teman terima email goverment confidential matter.... hahahaha... nak salahkan siapa pulak ye, kalau maklumat dalam bocor... hehehehehe...

Nasib la kome, jadi bahan entry post teman hari nie... 

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...