Saturday, March 14, 2015

Pasar malam Brinchang, Cameron Highland

Pasar malam di Brinchang, Cameron Highland. Kalau berkunjung ke Cameron Highland, jangan lupa singgah di pasar malam Brinchang. Teman boleh kategorikan Pasar Malam di Brinchang nie sebagai "MUST GO" kalau berkunjung ke Cameron Highland.

Pasar malam nie kebiasaannya di adakan selama dua hari bermula petang hari Jumaat dan berakhir hari Sabtu malam. Pasar malam Brinchang adalah pasar malam tertinggi di Malaysia. Best tau, membeli belah sambil meredah cuaca sejuk. Kat tempat lain tak boleh dapat suasana macam nie.

Pasar malam Brinchang

Seperti pasar malam di tempat lain, macam-macam barangan boleh didapati disini. Dari pakaian sehinggalah barangan dapur. Bezanya dari pasar malam di tempat lain, di pasar malam Brinchang nie kome boleh buah strawberry, sayur-sayuran segar, ubi-ubi manis, bunga-bunga, serta banyak lagi buah-buahan yang beriklim sederhana sejuk macam di Cameron Highland nie.

Kalau nak beli buah strawberry, lebih beli baik kat pasar malam. Banyak pilihan sket, serta harga yang di tawarkan pun berpatutan. Macam gambar di bawah nie, buah strawberry di jual secara lambak. Satu bekas nie boleh dapat dalam RM15.00 saja. Murahkan. Kalau beli kat tempat lain harganya mahal sket.

Pasar malam Brinchang

Ada juga dijual makanan yang di masak seperti ubi rebus, jagung rebus, kacang rebus dan sayur goreng tepung dan cendawan goreng tepung. Macam-macam jenis sayur sekarang nie dah boleh di goreng tepung.

Apa pun memang best pegi ke pasar malam Brinchang nie. Maaf la, teman hanya boleh share 2 gambar je. Maklum la, di tangan dah penuh dengan hasil belian di sini.

3 comments :

  1. klu gi cameron , mmg strawberi ler targetnya ...

    ReplyDelete
  2. kakak aku ada ajak gi cameron hujung bulan nie tapi aku masih tak buat keputusan lagi..kalau pergi macam best jugak..hehehe

    Regards,
    -Azlan-

    ReplyDelete
  3. rindunya cameron. dulu pergi hujan rintik rintik redah je masuk pasar malam ni. sejuk kemain. suasana romantik hahaha

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...