Wednesday, March 4, 2015

Mee Ketam, Sungai Buluh

Tempat makan best di Saujana Utama Sungai Buluh. Kedai mee ketam bukan terletak di dalam kawasan Saujana Utama. Tapi kedai nie terletak berhampiran jalan masuk ke Saujana Utama dari arah Sungai Buluh. Untuk lebih tepat lagi, kedai nie terletak bersebelahan dengan jambatan lebuh raya Guthrie. Dengan tag line mee ketam rasa mewah, kedai nie bukan saja menjual mee ketam, tapi ada juga menjual mee udang, mee sotong dan nasi ayam.

Untuk review segment Jalan-jalan Makan-makan, teman sengaja memilih mee udang. Bukan apa, kalau nak makan mee ketam tu, macam susah je nak makan. Lagi pun, teman memang suka makan mee udang.

Sebelum nie, teman ada buat review mee udang banjir, Kuala Selangor. Kalau nak baca entry tu, klik kat sini ye.

Nak tau kat mana lokasi gerai mee ketam nie? Ok, teman kongsikan koordinatenya di bawah nie.

3.222427, 101.509179

Sekali dengan gambar dari Google Street View. So, senang la sket kalau kome nak singgah kat sini. Kedainya terletak di sebelah kiri berhampiran jambatan Guthrie tu kalau kome menghala ke Puncak Alam atau Kuala Selangor.


Street View


Lama dah tengok kedai nie di buka, cuma tak berkesempatan untuk singgah. Kali nie, teman satu family lunch kat sini.


Kedai Mee Ketam, Sungai Buluh

Kita tengok menu apa lagi yang ada kat sini selain dari mee ketam dan mee udang.

Mee Ketam, Sungai Buluh

Ok, kita review dulu mee udang. Apa pendapat kome bila tengok mee udang kat bawah nie...


Mee Udang, Sungai Buluh

Ye betul... Nampak sikit jer... tak sampai 5 kali ceduk mee tu, dah habis. Dari segi rasa, not bad, sedap cukup rasanya. Cuma mee nya tak cukup, tak setimpal dengan harganya. Tapi dari segi rasa, ok. Not bad. Sedap. Itu buat selalu jugak singgah kat gerai nie, walau pun mee nya macam tak berapa nak kenyang. Untuk semangkuk mee udang dengan mee nya yang seciput itu, harganya RM7.00.

Bila makan mee udang, sebagai gandingan teman order fresh oren. Tengok warna air nya pun dah menyelerakan. Minum pulak pada cuaca panas macam sekarang nie.

Fresh Oren

Bila mee udang nya cepat habis di makan, sambil-sambil menunggu Aisar habiskan nasi ayamnya, teman gunakan masa yang terluang untuk skodeng kat dapur tengok apa tukang masaknya sedang buat. Di sinilah tempat penyediaan hidangan mereka tu.

Mee Ketam

Mee Ketam, Sungai Buluh

Mee Udang, Sungai Buluh

Tag line gerai nie, rasa mewah... mmm... ok... cuma mee nya sikit laa... hehehehe... Ok, ada masa nanti teman singgah lagi kat sini.

1 comment :

  1. Kena order dua kot baru cukup yang tu portion untuk kanak-kanak ngeh..ngeh..ngeh...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...