Sunday, April 6, 2014

Kuliah : 10 golongan manusia yang diusir dari padang mahsyar

Bagaimana ye keadaan di Padang Mahsyar nanti? Bagaimana nanti kita di hisab? Entah lah. Semoga amalan kita di dunia diberkati Allah s.w.t


Gambar ehsan blogger Cg Syed

  1. Mereka diusir berupa  kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.
  2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
  3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki diatas dan kepala dibawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.
  4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong.
  5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sendangkan lidahnya itu menjulur ke bawah hingga ke dada dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.
  6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib dipohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang mengajak orang ramai menyokong pemimpin yang tidak jujur.
  7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang yang menganggu jirannya.
  8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.
  9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk dari bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, dan tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.
  10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah mereka yang syirik kepada Allah SWT.

3 comments :

  1. thanks atas perkongsian nie bro..semoga kita dindarkan daripada tergolong daripada golongan diatas..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. mohon dijauhkan daripada golongan yang berikan..peringatan buat diri sendiri

    ReplyDelete
  3. Ya Allah... ngeri dengan siksaan2 tu kan... tapi masih buat jugaa... ;(

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...