Sunday, December 15, 2013

Kuliah : Doa dan amalan mendidik anak supaya mendengar kata

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak.

Gambar ehsan Google

Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3 kali -

"Ya Allah lembutkan hati anak ku (sebut nama anak) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi."

Hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Klik disini untuk membaca petua mendidik anak supaya mendengar kata ibu bapa.

3 comments :

  1. thanks for sharing bro..doa2 macam nie sebenarnya merupakan satu peranan ibu bapa dalam proses untuk mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh/solehah...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. At least ada jugak orang yang baca entry nie. Semoga mereka mendapat manfaat darinya. Kita hanya mampu berusaha, berdoa. Selebihnya kita serahkan kepada Allah s.w.t

      Delete
  2. Memang selalu singgah di sini untuk menantikan info yang menarik...berkongsi ilmu ni...umpama saham untuk akhirat....sekurangnya boleh sebar² kan kepada kawan² untuk manfaat bersama.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...