Tuesday, January 1, 2013

Klebang Original Coconut Shake

Tempat makan best di Melaka. Jom pekena pulak Klebang Original Coconut Shake. Selepas makan tengahari di Restoran Hajjah Mona Asam Pedas yang terletak di jalan Laksamana. Teman bergegas pula ke Klebang. Niat dihati, nak pekena Coconut Shake yang menjadi tarikan utama di Klebang, selain dari muzium kapal selam yang terletak tidak jauh dari The Original Coconut Shake, Klebang tu. Sekali lagi, Nokia map menjadi juru pandu mencari lokasi Coconut Shake Klebang nie.



Jarak di Restoran Hajjah Mona Asam Pedas ke Klebang, tidak lah jauh sangat. Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Sebaik sehaja menghampiri ke lokasi, kelihatan kenderaan berbaris panjang. Mungkin sesak disebabkan cuti sekolah agaknya. Nasib baik tak lama sangat. Rupanya, kesesakkan tu disebabkan orang ramai singgah membeli coconut shake nie.

Inilah gerainya. Tapi yang ini khas untuk take away sahaja. Tengok lah, ramai sungguh sampai berbaris panjang.



Nasib baik pekerja nya sangat cekap menguruskan permintaan yang tinggi ini. Teman cuma berbaris lebih kurang 10-20 minit jer. Sampai ke giliran teman, terus order 4. Disebabkan ramai orang, mereka cuma ambil pesanan untuk Coconut Shake Special sahaja. Harganya cuma RM2.50 sahaja.




Agaknya, berapa yer pelanggan mereka sehari. Kome boleh agak tak? Meh kita tengok bekas ais krim wallnya... saiz taperware ais krim tu standard je... macam yang ada di pasaraya tu...Untuk membuat Coconut Shake nie, mereka mengunakan ais krim wall berperisa vanila.





 Pergg... tengok tu dia, bekas ais krimnya dah melepasi ketinggian pinggang orang dewasa. Tiga hari teman berada di Melaka, tiga hari itu juga lah teman ke sini dok pekena coconut shake nie. Memang marvelous la...


Kalau kome bercadang menikmati coconut shake disini dengan selesa. Kome masuk kedalam sket... ikut lorong disebelah gerai tu. Ada restoran yang selesa untuk kome menikmati coconut shake dengan family tersayang. Kat bawah ni rostorannya. Parkingnya pun agak selesa.




Nie keadaan dalam restoran tuu... ramaikan pelanggan mereka... Untuk makanan, kali ini teman hanya order kuih dan nasi lemak bungkus. Cukup lah untuk minum petang. Masa on the way nak keluar tu, teman tengok kereta masih lagi berderet-deret melintasi gerai coconut shake untuk take away tu. Nie starter sebelum drive balik SU3.



Masa nak balik ke rumah pun teman order take away untuk pekena di rumah. Pendek kata, percutian ke Melaka kali ini dipenuhi dengan Coconut Shake Original Klebang.

Kalau kome ke Melaka, jangan lupa singgah di Klebang... Pekena dulu Coconut Shake nie... Tak tahu jalan nak kesini, teman kongsikan koordinatenya dibawah;


2 12'57.20"N, 102 12'24.09"E

Last komenKlebang Original Coconut Shake memang TERBAIK! 

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...