Sunday, March 25, 2012

Restoran Chamca

Tempat makan best di Puchong. Restoran ini terletak di Bandar Bukit Puteri, Puchong sebaris dengan entry teman sebelum ini berkenaan Restoran Baser. Klik disini untuk membaca entry tersebut. Restoran Chamca ini merupakan antara restoran kegemaran teman.

Kalau kome semua nak tahu, restoran Chamca nie dah masuk pun dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan, di TV3 tu. Kalau tak percaya, cuba tengok plak kat bawah nie...


Kalau pagi2 teman datang sini, teman mesti order roti kukus. Kalau tak pun roti bakar. Ianya dihidangkan dalam set atau pun boleh juga di pesan secara al-carte. Di waktu tengahari, ada juga dihidangkan nasi campur. Tapi teman tak pernah cuba makan nasi campur disini.

Kebiasaanya, kalau datang kesini di waktu tengahari teman lebih suka makan kuew tiaw ratna. Sayur-sayurannya segar dan rasanya pun menyelerakan. Kuahnya agak pekat sedikit. Selain dari sayuran, antara ramuannya adalah udang dan sotong. Mmm... Memang sedap. Cuba lah, dan rasa lah sendiri. Maklum la, cita rasa kita berbeza...





Untuk kali ini, teman order Sirap Bandung special jer... rasanya memang menyegarkan dan dapat menghilangkan kekeringan di tekak nie...


Disini juga, ada disediakan surau untuk pengunjung bersolat. Walaupun ianya kecil, tapi cukup laa untuk pengunjung menunaikan kewajipan masing-masing dalam keadaan yang selesa.

Restoran Chamca juga menyediakan access WIFI secara percuma. Jadi boleh pengunjung mengunakan masa yang terluang dengan melayari internet. Sebagai komen teman terakhir, restoran ini mengamalkan kebersihan ditahap yang boleh di banggakan.



Kalau berkunjung ke kawasan Puchong, singgah-singgah la menjamu selera di Restoran Chamca nie. Teman sharekan koordinate GPS seperti di bawah.

3° 0'48.93"N
101°36'56.64"E

1 comment :

  1. macam menarik jer restoran nie...ade masa boleh berkunjung..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...