Sunday, November 5, 2017

Kuliah : Melatih cara pandangan yang dapat menjamin kesucian hati

Bagaimana hendak menjaga pandangan mata dan kesucian hati. Kita adalah pendosa. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak mampu untuk lari dari membuat dosa. Tanpa kita sedari, setiap hari kita membuat dosa. Dalam entry pagi nie, teman kongsikan sedutan dari segment kuliah berkenaan, “Bagaimana seharusnya seseorang memandang orang lain dalam pergaulan sehari-hari?”

Menjaga kesucian hati

Gambar ehsan Google.

Ciri-ciri orang orang soleh itu, dia tak pernah memandang buruk orang lain selain dirinya sendiri.

Kalau dirimu masih melihat  keburukan pada orang lain, maka paling minimum carilah sekurang-kurangnya satu kebaikannya sampai ketemu, pasti ada!

Akan tetapi jika kau tetap tidak dapat menemukan kebaikannya, maka janganlah terburu-buru mencelanya, sebaliknya CELA-lah dirimu sendiri atas kegagalanmu menemukan sisi kebaikannya.

Sebab ketahuilah... Seburuk-buruk manusia pasti dia masih menyimpan FITRAH yang suci. Dan tak ada manusia yang jatuh lebih rendah dari fitrahnya.

Berusahalah dirimu selalu berakhlaq dengan akhlaq Allah yang dalam pandangan rahmatNya berkenan menghapus 1001 keburukan manusia  dengan hanya satu kebaikan taubat.

Dan janganlah kau tiru akhlaq iblis, kerana kesombongannya, ia justru menghapus 1001 nilai kebaikan manusia hanya kerana satu kekurangan. Fahamilah...

Nasihat Oleh Kiyai Dhiyauddin

#UstazIqbalZain

Saturday, November 4, 2017

Kuliah : Tiga ciri-ciri manusia yang tidak mampu dikuasai oleh hasutan syaitan

Dalam entry hari ini, teman hendak memanjang perkongsian kuliah berkenaan hasutan syaitan. Segment kuliah  kali ini membicarakan tiga diri-ciri manusia yang tidak mampu di kuasai hasutan syaitan.

Godaan Syaitan
Gambar ehsan Google.

PERTAMA:

Mereka yang beriman dan bertawakal (berserah) hanya kepada Allah s.w.t sahaja serta tidak pula mempersekutukanNya dengan segala sesuatu selainNya baik dalam bentuk iktikad (keyakinan), ucapan mahupun perbuatan. Firman Allah S.W.T:

‎إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ.

“Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Rabbnya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya sebagai pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.” (Surah An Nahl, ayat 99-100)

Antara amalan yang boleh merosakkan keimanan seseorang kepada Allah ialah mengunjungi dan mempercayai kata-kata para bomoh (dukun), meramal nasib baik dan buruk melalui objek tertentu, meminta hajat kepada selain Allah seperti jin, pepohon dan sebagainya.

KEDUA:

Mereka yang ikhlas kepada Allah s.w.t dalam setiap amal soleh yang dilakukan. Lawan kepada ikhlas ialah riya' iaitu melakukan sesuatu ibadah demi mengharapkan sanjungan, pujian dan lain-lain seumpama. Berkata Iblis laknatullah sebagaimana yang dirakamkan di dalam al-Quran:

‎قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

“(Berkata Iblis): Demi kekuasaanMu, aku akan menyesatkan mereka (manusia) semuanya, kecuali para hambaMu yang mukhlasin (orang orang yang ikhlas)  di antara mereka”. (Surah Shad ayat 82-83)

Di antara tanda-tanda seseorang ikhlas kepada Allah ialah, dia tidak kembang apabila dipuji dan tidak pula kendur apabila dikeji. Pujian dan kejian orang tidak akan mempengaruhi kualiti dan kuantiti amalnya kerana yang menjadi tujuannya dalam beribadah ialah Allah, bukan manusia. Oleh itu, dia sentiasa istiqamah (konsisten) dalam beramal soleh, baik secara terang-terangan mahupun tersembunyi, ketika dipuji mahupun dikeji.

KETIGA:

Mereka yang berpegang teguh kepada ajaran Allah yang diturunkan melalui perantaraan al-Quran dan al-Sunnah NabiNya yang sahih. Firman Allah s.w.t:

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

“Sesiapa yang berpaling dari pengajaran (Allah) Yang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.” (Surah az Zukhruf ayat 36)

FirmanNya lagi:

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَاتَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَاتَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَتْ مَصِيرًا

“Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin (para sahabat), Kami biarkan dia di dalam kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam (neraka) Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali." (Surah An Nisa` ayat 115)

FirmanNya lagi:

‎إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلاَّ مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

“Sesungguhnya hamba-hambaKu tidak ada kekuasaan bagimu (Iblis) terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikutimu iaitu orang-orang yang sesat.” (Surah Al Hijr ayat 42)

Sabda Nabi s.a.w:

‎تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ

"Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara (yang) kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya." (Hadis riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan Imam Malik dalam Al-Muwaththa')

Wallahu a'lam.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Friday, November 3, 2017

Impiana Palace di Telemovie "Semerah Darah"

Telemovie “Semerah Darah”. Tak terfikir dan tak terlintas langsung Impiana Palace boleh jadi lokasi pengambaran drama atau pun filem. Telemovie  “Semerah Darah” arahan Mamat Khalid nie pengambarannya bermula pertengahan tahun hari tu. Sequel yang second last dan yang last tu berlangsung di Impiana Palace.


Abang Mamat Khalid nie memang peramah orangnya, mudah di dekati, tak sombong dan sangat menyukai seni. Kalau kome tak percaya, pergi ke Sarang Hub, cafe yang di bangunkan oleh Abang Mamat Khalid. Pelbagai hasil seni ada di simpan di situ. Kebiasaannya, Abang Mamat Khalid ada di cafe tu setiap malam.

Ada masa nanti, teman kongsikan review untuk Sarang Hub.