Monday, July 31, 2017

Bila lupa diri sendiri...

Tiba-tiba saja nak komen sket pasal isu semasa terutama bab politik nie. Kata-kata yang keluar dari mulut seseorang itu mencerminkan keperibadian orang itu sendiri. Mungkin dah tak ada benda lain nak cakap, tapi nak juga cakap walau pun perkara yang di ungkapkan itu nampak sangat memperbodohkan diri sendiri. Tak ramai pemimpin yang sanggup berjuang untuk kepentingan orang lain umumnya masyarakat. Yang ada bersepah-sepah macam sampah, ialah pemimpin yang mementingkan diri sendiri, menyalah gunakan kuasa, rasuah dan sebagainya. Mereka yang macam sampah ini jugalah di pilih oleh orang-orang yang tak berfikiran jauh yang dok pangkah dan vote mereka sebagai pemimpin ๐Ÿ˜”.

Lupa la tu...


Baca disini untuk berita lebih lanjut.

Apa pun, teman sekadar mengingatkan segala apa yang kita buat di dunia ini semuanya akan di pertanggung jawabkan dan di perhitungkan di sana nanti. Kelayakkan akademik degree, PHD dan sebagainya tidak mencerminkan seseorang itu bijak. Ya, betul mereka memang pandai tapi tidaklah sebijak sebagaimana yang kita sangkakan ๐Ÿ˜Š.

Mungkin mereka lupa, mereka seronok menunding jari pada orang lain, tanpa disedari 4 jari lagi menunding ke arah diri sendiri...

Kita ada akal dan fikiran yang dikurniakan Allah. Jadi, gunakan lah ia sebaik mungkin. Bersihkan dan bebaskan minda anda sejenak... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan... 

Pendeknya saat membesarkan anak-anak

Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurausenda dan bagai lagi. Buku-buku pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan d bawah meja. Maka...... kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku-buku dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya... seorang akan bertanya emak. "Mama... mana pensil saya.". Kemudian sorang lagi brtanya... " bedak mana mama?" Sorang pulak akan tanya..." anak tudung saya mana mama?. 
Mama segera lupakan jeritan semalam... "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang-barang."

Didik anak-anak
Gambar ehsan Google.

Dan sekarang bila mama buka pintu bilik anak-anak...๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜” ada katil yang dah kosong. Tempat sangkut baju pun... sikit jer bajunya. 

Apa yang tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran.  Mama boleh cam mana satu bau anaknya.  Tiap-tiap anak punyai bau istimewa masing-masing. Jadi... Mama pun hidu udara bilik tu sedalam-dalamnya untuk hilangkan rindu pada anak-anak.

Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak-anak. DAN JUGA... kehangatan badan anak-anak dibawah pelukannya masa kecil dulu.

Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur. 
Tapi ia seindah padang pasir yang tak berpenghuni. 
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit... suruh anakanak2 buka atau tutup. 

Kamu semua dah ada dunia sendiri.
Mama dan Papa sentiasa memohon... YA ALLAHHH...peliharalah anak-anak ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.

Nikmatilah waktu yg sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari...

Dedicated to all parents... Kehidupan kita sekarang...๐Ÿ˜€

Sunday, July 30, 2017

Kuliah : Cara mengambil wudhu dengan mengunakan sebotol air

Teman sekadar berkongsi video yang di buat oleh salah seorang petugas Tabung Haji semasa beliau berada di tanah suci. Beliau menunjukan bagaimana untuk mengambil wudhu dengan hanya mengunakan sebotol air mutlak. Kalau nak tau macam mana cara, tonton la video ini sehingga habis.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.