Monday, July 31, 2017

Bila lupa diri sendiri...

Tiba-tiba saja nak komen sket pasal isu semasa terutama bab politik nie. Kata-kata yang keluar dari mulut seseorang itu mencerminkan keperibadian orang itu sendiri. Mungkin dah tak ada benda lain nak cakap, tapi nak juga cakap walau pun perkara yang di ungkapkan itu nampak sangat memperbodohkan diri sendiri. Tak ramai pemimpin yang sanggup berjuang untuk kepentingan orang lain umumnya masyarakat. Yang ada bersepah-sepah macam sampah, ialah pemimpin yang mementingkan diri sendiri, menyalah gunakan kuasa, rasuah dan sebagainya. Mereka yang macam sampah ini jugalah di pilih oleh orang-orang yang tak berfikiran jauh yang dok pangkah dan vote mereka sebagai pemimpin ๐Ÿ˜”.

Lupa la tu...


Baca disini untuk berita lebih lanjut.

Apa pun, teman sekadar mengingatkan segala apa yang kita buat di dunia ini semuanya akan di pertanggung jawabkan dan di perhitungkan di sana nanti. Kelayakkan akademik degree, PHD dan sebagainya tidak mencerminkan seseorang itu bijak. Ya, betul mereka memang pandai tapi tidaklah sebijak sebagaimana yang kita sangkakan ๐Ÿ˜Š.

Mungkin mereka lupa, mereka seronok menunding jari pada orang lain, tanpa disedari 4 jari lagi menunding ke arah diri sendiri...

Kita ada akal dan fikiran yang dikurniakan Allah. Jadi, gunakan lah ia sebaik mungkin. Bersihkan dan bebaskan minda anda sejenak... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan... 

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...