Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurausenda dan bagai lagi. Buku-buku pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan d bawah meja. Maka...... kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku-buku dan hantar pakaian kotor ke bilik air.
Pagi esoknya... seorang akan bertanya emak. "Mama... mana pensil saya.". Kemudian sorang lagi brtanya... " bedak mana mama?" Sorang pulak akan tanya..." anak tudung saya mana mama?.
Mama segera lupakan jeritan semalam... "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang-barang."
Gambar ehsan Google.
Dan sekarang bila mama buka pintu bilik anak-anak...😔😔😔 ada katil yang dah kosong. Tempat sangkut baju pun... sikit jer bajunya.
Apa yang tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran. Mama boleh cam mana satu bau anaknya. Tiap-tiap anak punyai bau istimewa masing-masing. Jadi... Mama pun hidu udara bilik tu sedalam-dalamnya untuk hilangkan rindu pada anak-anak.
Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak-anak. DAN JUGA... kehangatan badan anak-anak dibawah pelukannya masa kecil dulu.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur.
Tapi ia seindah padang pasir yang tak berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit... suruh anakanak2 buka atau tutup.
Kamu semua dah ada dunia sendiri.
Mama dan Papa sentiasa memohon... YA ALLAHHH...peliharalah anak-anak ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.
Nikmatilah waktu yg sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari...
Dedicated to all parents... Kehidupan kita sekarang...😀
Begitulah roda-roda kehidupan, lebih lagi sebagai ibubapa.
ReplyDeleteTerima rindu saat mereka bayi, kanak-kanak, remaja dan besar. Lebih lagi yang telah mendirikan rumahtangga.
Apavyang penting mereka ingat kita sentiasa dan jenguk bila ada masa.