Thursday, March 30, 2017

Petua : Menghilang dan meredakan panas kepala

Panas kepala. Ada kalanya ketika demam, kepala akan terasa panas dan berbahang. Faktor cuaca yang tidak menentu juga mungkin mengakibatkan sakit kepala. Dalam entri hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mereda dan menghilangkan panas di kepala.


Gambar ehsan Google.


Untuk membuat petua ini, apa yang perlu kome dapatkan ialah pucuk daun bunga raya muda. Ambil pucuk daun bunga raya ini sekadar yang diperlukan. Kemudian masukkan kedalam bekas yang berisi air dan ramas sehingga keluar lendir. Sapukan lendir ini pada keseluruhan kepala. Insya Allah, panas kepala akan hilang.

Selamat mencuba... 😊😊😊

Sunday, March 26, 2017

Kuliah : Amalan di bulan Rejab

Bulan Rejab adalah antara bulan-bulan haram di dalam Islam. Segmen kuliah hari ini berkongsi sedutan video kuliah bertajuk amalan di bulan Rejab. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.



Kuliah : Nikmat sujud

Masa muda jangan tinggalkan solat sebab sujud itu nikmat. Betapa banyak orang tua yang ingin sujud, tetapi Allah telah menarik nikmat kesihatannya, harus duduk solat di atas kerusi dan takkan pernah lagi merasakan nikmat sujud.


Gambar ehsan Google.

Bersujudlah sementara ada peluang, kerana ada berjuta-juta manusia di dalam kubur yang ingin kembali dihidupkan supaya dapat bersujud kepada Allah.