Saturday, December 31, 2016

Kuliah : Tanda-tanda kita semakin jauh dari rahmat Allah

Kata Ulama ada tanda kita semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah:

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

Rahmat Allah S.W.T 
Gambar ehsan Google.

Kesannya ialah kita mula malas berzikir mengingati Allah. Malas melakukan ibadah fardhu apatah lagi yang sunat.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh
Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Thursday, December 29, 2016

Petua : Untuk melebatkan rambut dan lambat beruban

Masalah rambut yang nipis dan tumbuh jarang. Ada setengah-setengan golongan mempunyai masalah pertumbuhan rambut. Rambut yang lebat boleh menjadi aset kepada penampilan anda untuk nampak cantik dan segak. Untuk entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk melebatkan rambut malah boleh melambatkan rambut beruban.

Rambut nipis dan jarang 
Gambar ehsan Google.

Biasanya, setelah membuat teh serbuk teh tersebut dibuang begitu sahaja. Kome perlu dapatkan serbuk teh yang telah digunakan itu. Ambil serbuk tersebut, dan rendamkannya. Setiap pagi, ketika hendak mandi basahkanlah rambut tersebut dengan air rendaman hampas teh. Urut kulit kepala dengan hampas teh tersebut. Kemudian, bilas dan mandi lah seperti biasa. Lakukan petua ini sekerap mungkin. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, cara ini juga dapat melambatkan rambut tersebut beruban.

Selamat mencuba.

Sunday, December 25, 2016

Kuliah : Doa terhijab oleh maksiat...

Adakalanya doa kita tidak makbul... kerana terhalang dek 'diam'nya kita apabila melihat kemungkaran di depan mata. Kita lupa pada perintah Allah SWT untuk amar makruf nahi mungkar (melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Logiknya, cuba fikirkan.....bagaimana Allah SWT nak tunaikan permintaan kita jika suruhan-Nya kita tak pedulikan?

Nabi Muhammad SAW pernah bertegas mengenai hal ini:-

"Demi jiwaku berada di tangan-Nya, hendaklah kamu menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran atau Allah akan mempercepatkan azab-Nya ke atas kamu. Lalu jika kamu berdoa pun tidak akan dimakbulkan lagi?" (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Akibat maksiat 

Saya pernah bertanya kepada guru saya perihal ini, katanya:-

"Kita bukanlah Mukmin yang sebenar selagi kita takut kepada manusia berbanding Allah SWT. Bila nampak maksiat dan perkara zalim berlaku di hadapan mata, kita hanya tutup mulut tanpa mencegah atau menegur.

Lebih layaklah kita dipanggil 'syaitan bisu'.

Amar makruf nahi mungkar itu tanggungjawab setiap orang Islam di atas dunia.....bukan tugas pendakwah, ulama', mufti sahaja. Jadi, jangan hairan atau pelik jika azab Allah SWT itu turun bukan sahaja kepada orang yang berdosa, malah kepada orang yang taat pada Allah SWT juga.

Salah satunya adalah doa yang tidak akan makbul."

Allahu rabbi......semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mendiamkan dan membiarkan kemungkaran dan kemaksiatan di hadapan mata kerana Imam al-Qurtubi pernah mengumpamakan orang-orang ini seperti 'ada Yahudi dalam diri'...

Nauzubillahiminzalik...😔

Wallahu'alam