Sunday, April 8, 2018

Kuliah :Fadhilat membaca surah Al-Mulk sebelum tidur

Dalam entry pagi ini, teman hendak kongsikan satu lagi amalan yang boleh dibuat sebelum kita tidur. Amalan kali ini adalah membaca surah Al-Mulk. Al-Mulk bererti Kuasa Pemerintahan. Surah Al-Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran yang terdiri dari 30 ayat. Surah ini termasuk dalam surah Makkiyah. Rasulullah SAW sangat mencintai surah Al-Mulk. Baginda mengharapkan surah Al-Mulk berada di hati setiap mukmin.

Surah Al-Mulk mempunyai banyak fadhilat bagi sesiapa yang melazimkan membacanya, antaranya:
1. Diberi keselamatan dari azab kubur
2. Diberikan syafaat sampai diampuni dosanya
3. Dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga




An-Nasai meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah akan mencegahnya dari siksa kubur. (HR An-Nasai)

Daripada Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah tidak akan tidur sehingga baginda membaca Alif Laam Al-Sajdah dan Al-Mulk. (HR At-Tirmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik, Rasulullah SAW bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu "Tabarakallazi" (HR At-Tabrani)

" Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk" (HR Abu Daud)


Saturday, April 7, 2018

Kuliah : Doa kepada ibu dan ayah

Teman sekadar hendak memanjangkan perkongsian doa ini terhadap ayah dan ibu. Semoga kita menjadi anak-anak yang soleh kepada kedua ibu bapa kita.


Thursday, April 5, 2018

Petua : Untuk mencuci buah-buahan

Kebanyakkan orang mencuci buah-buahan hanya dengan mengunakan air paip. Kita tak tahu pun apa yang disemburkan pada buah-buahan tersebut untuk nampak segar dan tahan lama. Walaupun nampak cantik dan segar, tidak semestinya ia bersih dan selamat di makan.

Buah-buahan

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan satu petua atau tips untuk membersihkan buah-buahan. Mula-mula sekali bersihkan buah-buahan tersebut bersama air garam. Kemudian toskan air dan lumurkan dengan tepung gandum. Biarkan seketika dan kemudian bilas dengan air bersih.

Insya-Allah buah-buahan ini selamat untuk di makan.