Alhamdulillah, kita masih lagi dapat menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadhan kali ini, walaupun kita tak dapat untuk solat terawih pada tahun nie. Anggap lah ia suatu dugaan buat kita untuk renungkan bersama-sama. Sebelum ini, di bulan-bulan Ramadhan yang lepas kita tidak bersungguh-sungguh untuk bersama-sama mengimarahkan masjid atau surau untuk mengerjakan solat terawih di masjid atau surau.
إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِینَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا یُضَـٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرࣱ كَرِیمࣱ
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia" [Surah al-Hadid 18]
#Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan ialah bersedekah. Amalan yang mudah dan menjanjikan pahala yang besar dan berganda-ganda. Bahkan sifat dermawan merupakan sifat orang yang bertaqwa. Orang yang kuat bersedekah akan memasuki syurga melalui pintu sedekah (rujuk HR al-Bukhari).
#Bersempena kita berada di bulan Ramadhan ini, maka sepatutnya kita menggandakan amal sedekah kita dan menjadi manusia yang paling pemurah berbanding di bulan yang lain.
#Sayidina Ibnu Abbas r.huma berkata: "Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dalam berbuat kebajikan. Rasulullah saw akan menjadi lebih pemurah terutama di bulan Ramadan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadan. Rasulullah saw memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda akan lebih banyak lagi berbuat kebajikan (lebih pemurah) melebihi dari angin yang bertiup" (HR Muslim)
#Antara perkara yang kita boleh lakukan dengan harta dan wang kita untuk bersedekah:
- Infaq untuk pembinaan masjid, surau, sekolah, tempat menuntut ilmu, rumah anak yatim dan seumpamanya.
- Wakaf mesin air minuman
- Infaq al-Quran, buku agama dan buku yang bermanfaat
- Membiayai anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan orang sakit.
- Membiayai para pelajar menuntut ilmu
- Membina atau menyediakan rumah untuk fakir miskin dan orang musafir
- Membiayai para alim ulamak dan orang yang menyampaikan ilmu
- Belikan barang-barang keperluan dan kemudahan untuk masjid/surau
- Mewaqafkan kenderaan untuk kerja-kerja kebajikan dan khidmat kemasyarakatan.
- Membiayai golongan yang kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah/haji.
- Menyediakan makanan dan minuman utk orang yang memerlukan dan juga binatang yang berkeliaran.
Dan apa sahaja yang berunsur kebaikan dan kebajikan.
#Selain itu, terdapat beberapa jenis perbuatan yang dianggap sedekah/beroleh ganjaran sedekah:
- Memberi senyuman dan bermanis muka
- Melakukan kerja amar mahruf nahi mungkar
- Menolong menyelesaikan masalah orang lain
- Memberi khidmat/pertolongan kepada orang yang memerlukan
- Mendamaikan orang yang bersengketa.
- Menolong mengangkat barangan (meringankan beban orang lain)
- Melangkah kaki ke tempat solat (tempat yang baik).
- Membuang duri atau perkara yang menghalang laluan di jalan
- Tidak mengganggu, menyusah dan menyakiti orang lain
- Dan segala perbuatan baik yang dianjurkan oleh agama.
#Selain itu, Islam menganjurkan beberapa adab dalam memberi dan menerima sedekah:
- Ikhlas
- Memberi barang yang baik dan disayangi
- Tidak mengungkit pemberian
- Tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk
- Mengucapkan terima kasih saat menerima
- Menghargai pemberian orang lain dengan menjaganya
- Tidak meminta-meminta akan sesuatu
لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" [Surah Aali Imran 92]
Rebutlah peluang Ramadhan ini dengan memperbanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan. Tunaikan segera kerana belum tentu kita akan hidup lagi pada esok hari dan pada Ramadhan yang akan datang.
Terima kasih atas ingatan.
ReplyDeleteSemoga amalan diberkatiNya..
ReplyDeleteassalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!
ReplyDeletePerkongsian yang sangat bermanafaat.
ReplyDeleteSemoga sedekah kita diterima olehNYA.
Yang kita sedekah itulah sebenarnya kita punya yang kita punya mungkin hak orang lain mana tahu kereta rosak ke, gas habis ke wallahualam.
moga2 apa yg kita buat ini diterima-Nya aminnn
ReplyDelete