Friday, December 27, 2019

Teman nak kabor tips duduk asrama nie

Apa khabor semua? Dah settel ke persiapan sekolah anak-anak... ater ari selase ni budak-budak yang udah dapat offer asrama penuh udoh nak daftar...tahniah la yang dapat tu... dari list yang teman dapat agak dari pelbagai latar belakang yang nak masuk... ater teman nak khabor kepada mak bapak yang nak pegi regista anak ada beberape perkare yang mengkomer kena bersedia pada hari pendaftaran tersebut... Ini ada beberapa tips or perkara yang komer kena bersedia...

Ater yang pertama...
Datang la awei.... pastikan borang borang komer udah di isi dan barang barang lengkap...kalau komer datang pukui 4 petang... makanye daftar dengan pak guard ler kome... tak ade cikgu nak nunggu komer sampai pukul 4...  Jangan lupe yuran dan duit koop.... ater kalo di koop sekolah sains batu lapan komer boleh pakei debit card... tapi yuran sekoloh tak boleh, kena cash... yang kurang mampu boleh bayor seberape yang ade... asei komer datang je...



Gambar ehsan Google.

Yan kedue...
kalau boleh... kalau boleh ler... jangan le bawak ramei bebeno mari nak daftar tu... kalau boleh elok budak tu dgn mak bapak nye ajer.... senang nak ngurus boleh fokus.... peronah teman nengok ade yang datang daftar dgn 3 kerete... abih diangkutnya...

Yang ketige...
Dengor le taklimat yang pengetua sampaikan. Yang penting komer kenai pengetua sekolah anak komer... Ada yang sampai anak form 4 pun tak kenai pengetua... .Jangan masa pengetua bagi taklimat komer dok kantin atau pi kfc pulak... Dapatkan nombor warden... PK HEM... Cikgu kelas... Cumenye bila dapat nombor tu jangan nalipon tiap hari pulak tanya... anak teman ok ke... Kalau deme tak nalipon miker... Anak miker ok la tu...

Yang keempat...
Bila masuk asrama... Jangan terkejut pulak.... Jarang sekali dapat katil... Loker dan tilam baru... Asei Boleh pakai terima je la seadanya.... Bawa pad lock... Engsel dan tiko getah sikit buat lapik loker... Kalau boleh jangan mak bapak yang susun. Bawak xtra sikit barang yang senang hilang... Macam songkok or butang baju melayu dan selepar... Bior je anak miker yang susun... Dengan bantuan buddy dia... kalau sekolah teman deme udoh pasang cadar siap-siap nak cover tilam buruk hehe...
ater kalau ada masa berkenalan ler dengan abang-abang dorm... mane yang muke bengih tu cer komer bagi beskut meri sepeket senyum la dia... silap-silap dia yang jage anak komer...

Yang kelime...
Pegi nengok tandas dan bilik ayo... kalau anak komer tak berapa nak boleh guna bilik ayor asrama tu sebab tak capai KPI dia.... Boleh le pikio-pikio bawak balik.... Ada kes budak tu 2 minggu tak berak...

Yang keenam
Selalunya sekolah akan bagi mak bapak makan di dewan makan (DM)... maka makan ler komer 3 beranak... tengok muka anak tu telan nasi... Dengan lauk... Tapi makan DM dah ok dah... Chicken chop pun ade... Jangan ler bawak dia pi mcD or KFC... Dok asrama food panda bukan boleh antor orda...

Yang ketujuh
selalunya ada buddy budak senior yang akan guide... Budak ni hari yang miker daftar memang ler baik... tapi lepaih tu belum tentu... mintak nolong dia tunjukkan tempat-tempat... sistem basuh baju... jemor baju... bilik warden... bilik sakit... ater ambik nombor talipon budak tu... selalunya deme ada bawa talipon seludup... Budak seniior kan... hahaha... suruh dia tunjuk baju-baju yang kena pakai... jadual dan sebagainya... ater pandai-pandai le ulor sekupang dua kat dia... idak pun bagi no phone akak budak form 1 ni... hahaha... kikikiki

Yang kelapan
Ater kalo anak miker tu saiznya 100 kilo dapat katil atas... Pegi ler pejabat asrama mintak tuko ke bawah... ater kalau tilam... loker... papan katil udoh nak roboh pun mintak tukor... karang mati terbunuh pulak kawan dia yang duduk bawah... tapi selalunya bdk form 1 kena duduk atas ler...

Yang ke 9....
Bila semua udah ready..... maka selalu berlakulah drama ayor mate.... bagi duit sikit... komer balik je..... tengok riak muka dan cara berjalan dia masuk asrama... tapi teori ni tak boleh pakei juga... ada yang nampak kompiden... malam meraung... ada yang goyah tapi steady...

Yang ke 10..
Sebenornya bila anak masuk asrama yang mental mak bapak... menung... depression... rindu anak... anak steady je... yang penting jangan komer memaksa anak... kalau dia tak mau... bawak je kelour... Lagi satu jangn komer sewa homestay dan tiap-tiap hari datang jumpe... kalau udah ghupe itu bawa balik le... dan daftar 1 hb... 25 hb udah boleh balik cuti raye cina...

Yang ke 11...
Anak boleh call guna public phone... tinggai duit siling kat dia... atau boleh pinjam talipon haram budak senior... kalau anak call demam... sakit... kena buli.. Jangan komer meroyan datang malam-malam buta... call warden bagi tau... bior deme siasat... selalunya tak betul pun... alasan dia nak balik... homesick... kalau dia kata baju hilang... selalunya baju dia sidai jatuh diampaian... dan dia tak ambil pun... so, dia cakap hilang...

Yang ke 12...
Masa daftar, mak pak kena serah borang APDM dan slip gaji pada cikgu... dari situ ler anak ni akan dapat bantuan project khas... miskin tegor... B40... M40 or T20... (betui ye)... jadinye... kalau pendapatan keluarga tulis di borang RM1500... Jangan ler keme datang naik veilfire... pakai handbag LV... jam Rolex... Sebab yuran makan pun kita klasifikasi ikut pendapatan... tak logik le kan kalau B40 tapi hebat beno gayenye... cover line la sikit... haha... Jangan sensitip pulak ye sebab memang ada yang berlaku...

Yang akhir....
Parents bila nak tinggai anak di asrama jangan kita jadi terlalu over protective... bila kemer tinggai anak kemer di asrama... idola dia abang dan kakak senior... ikutan dia dan dibesarkan oleh pengaruh rakan... yang ketiga dia ikut cakap cikgu... parents ni jatuh no 4 dah... bersedia untuk itu... kalau sekali-sekali budak senior suruh kemas katil or ambik air or iron baju... itu dia mintak favour bukan buli... tapi kalau tiap-tiap hari kena suruh dah jadi hamba abdi... Boleh report kat warden...

Ater yang paling akhir...
Budak senior always ada hidden rules yang cikgu-cikgu pun tak tau... itu status dia sebagai senior... contoh... ada kawasan yang budak form 1 tak boleh lalu... ada benda yang budak form 1 tak boleh guna... ada jenis baju dan pakaian yang tak boleh pakai... ini contoh jer...

Ater kalau parents yang baca post ni boleh terima dan anak form1 yang nak daftar boleh terima... Teman rasa miker dan anak miker dah bersedia nak masuk asrama... kalau mental tak boleh terima realiti ni, teman mintak pikio-pikio kan lah... komer boleh bagi yang lebih baik untuk anak ini dirumah dari kemudahan  asrama dan budaya asrama.....

So, welcome to "new asrama life style"... Bila masuk asrama mak pak kena faham konsep SHARING... Banyak yang anak ini kena share... share kehidupan... share kemudahan... share colgate... share shampoo... dan yang lebih ekstrem share berus gigi... kikikikikiki...

Tips paling akhir... ajor anak miker tu untuk menunjukkan karektor yang sesuai dengan gaya budak baru form 1... Ingat dikeliling dia ada budak form 2 and form 3... dan yang penting ada senior form 4 dan form 5... Jadi yang pertama,,,

  1. Jangan terlalu over nak menonjol or nak jadi attention seeker sangat sampai orang jadi menyampah pulak...
  2. Jangan terlalu slow... too humble... malu sangat... senior tak suka budak baru yang mcm ni...
  3. Jangan terlalu menunjukkan muka poyo tu sangat atau sanggup buat apa saja nak join budak senior.. Teman risau takut komer jadi kuli batak dia pulak...
  4. Show your greatness BUT keep on being humble..show your respect and greet them whenever you pass them... you should be allrite....


Sunday, December 22, 2019

Kuliah : Agama dan akhlak

Untuk entry pagi ini, teman hendak memanjangkan satu kisah penceritaan berkenaan "Akhlak dan Agama". Perkongsian pagi ini berkisar tentang kisah ini.

Hari itu seorang sheikh ada menyebut, tentang satu hadis pasal seorang wanita yang ingin memilih calon suami. “Apabila kamu redha dengan agamanya dan akhlaknya.”

Lalu sheikh tanya kami, “kenapa nabi sebut agama dengan akhlak itu diasingkan. Dan tak disebut salah satu darinya. Apa ada perbezaan antara agama dan akhlak?”

“Adakah orang berakhlak itu tidak beragama ?”
“Adakah orang beragama itu tidak berakhlak ?”

Kami semua terdiam seketika. Sambil memikirkan jawaban. Dan termenung panjang sampaikan kesudah tak ada seorang pun mampu beri jawaban. 

Agama dan Akhlak

Gambar ehsan Google.

Akhirnya, sheikh kata,

Ya memang ada perbezaan antara akhlak dan agama. Orang yang beragama tidak semestinya dia tu berakhlak. Dan orang berakhlak sudah pastinya dia beragama. 

Sheikh pun senyum, dia sambung lagi dengan memberi contoh. 

Contoh begini mudah. Kamu seorang yang rajin solat. Rajin pergi jemaah di masjid. Kamu seorang yang bab agama memang mantap. Ilmu penuh di dada. Kelas pengajian semua kamu hadir. Tak ada miss langsung. 

Tapi bila sebut bab akhlak. Kamu tak setaraf dengan agama yang ada di dada kamu. 

Bila bercakap. Tinggi suara. Bila lambat sikit kamu marah marah. Bila tak puas hati sikit kamu lepaskan dengan pukul sana pukul sini. Semua hati yang ada disekeliling kamu jadi terguris. 

Jika tak kena dengan kehendak kamu. Kamu menghina. Mengherdik sampai dapat apa yang kamu nak. Kamu hempuk tangan kamu di meja tak puas hati dengan orang lain. 

Kami semua terdiam. Fokus dan cuba memahami. Sambil muhasabah aku termasuk juga ke dalam tu. Huhu...

Sheikh sambung lagi... Kali ni dengan nada yang lembut sedikit.

Beza dengan orang berakhlak. Mereka ni, sangat baik. Bila bercakap lemah lembut. Bila tak puas hati tak marah-marah. Tapi mudah memaafkan. Tak mudah naik angin nak marah-marah.

Terus aku teringat 1 hadis lain. “Sebaik baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”

Dan aku juga terfikir mengapa ada ayat al-Quran yang menyebut Allah mengutuskan nabi itu kerana nak menyempurnakan akhlak. 

Mungkin jawaban sheikh tu telah menjawab semua soalan difikiran aku tu.

Pak Arab adalah contoh. Mereka sangat menititik beratkan bab solat awal waktu. Agama mereka hebat. Kebanyakkan mereka hafiz 30 juz hatta’ yang berseluar jeans pun. Tetapi, seorang hafiz al-Quran. 

Tapi bila sebut bab akhlak. Mereka kurang. Bila sebut siapa yang mudah melenting marah. Kasar suara pada orang lain. Mereka lah yang terkehadapan. 

Dan itulah juga sebabnya Allah mengutuskan nabi di tanah Arab. Kerana nak perbaiki akhlak mereka. Ya lah mana tidaknya. Cuaca panas. 

Maka angin dalaman pun mudah naik. Suhu kereta mana tak naik kalau tiada penyejuk dengan air. Air itu adalah akhlak. 

Agama adalah enjin dalam kehidupan. Kalau tak ada enjin kita tak boleh bergerak. Begitulah juga akhlak. 

Kalau tak ada akhlak. Maka kita adalah insan yang lemah dan mudah marah. 

Sehinggakan ada hadis nabi sebut ringkas bab marah. Bila ada seorang sahabat minta nasihat dari nabi. Nabi Muhammad sebut ringkas. 

“Laa Taghdob!”

“Jangan lah kamu marah.” 3 kali nabi ulang ayat tersebut. 


Maka bagi sesiapa wanita di luar sana. Yang berkenan dengan seorang lelaki. 

Nasihat aku, kalian kena perhati betul betul mereka ni. Jika baik akhlak dan agamanya maka terimalah. Walaupun muka tidak seindah pelakon TV3 idaman kalian. 

Berapa ramai yang bercerai setelah menikah kerana duk tilik lelaki itu ada gaya ustaz. Ada serban di kepala. Ada rida’ di bahu.  Ada ilmu boleh baca kitab arab padu. 

Tapi akhlak ke laut. Tak boleh dibuat suami. Huhuhu... Semoga kita semua dapat memperbaiki akhlak dan agama dari hari ke hari sebelum kita menghadap Allah.

Nak ulang sebut hadis,

Rasulullah bersabda,

إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.”

(HR. Tirmidzi.

Manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwa Ta‘ala berfirman:


 إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ


Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

 (Surah Ar-Ra’d: 11)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, December 21, 2019

Kuliah : Apabila kita semakin berumur

Sebagai peringatan untuk semua. Setiap tahun, umur kita akan semakin bertambah. Setiap tahun jugalah ramai yang ada azam baru. Apa kata tahun nie kita berazam untuk menjadi lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelumnya.

Semakin usia meningkat

Gambar ehsan Google.



  1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat.
  2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah
  3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya
  4. Makin kita berumur, solat sunat Qobliyyah dan Ba'diah jangan tinggal
  5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba'diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba'diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni
  6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur
  7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha dan tahajjud jangan tinggal
  8. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, sehari kena baca Al-Quran
  9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali
  10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
  11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w kena banyak
  12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Wednesday, December 18, 2019

Wordless : Kuih Janda Kaya

Ajee... nama kuih, pelik benor... Janda kaya letaknye pada kuih... Kalo didengar orang rumah, mau berperang jawab nye... Ate, kome tau tak kat mana boleh dapat kuih janda kaya nie... nak juge try...


Kuih Janda Kaya



Monday, December 16, 2019

Review 4DX cinema

4DX cinema nie bukan benda baru di Malaysia. Baru tak baru jugak la, dalam setahun lebih gitu. 4DX cinema nie mengunakan teknologi dari Korea Selatan. 4DX cinema pertama di lancarkan di GSC Paradigm Mall, Johor Bharu. Buat masa ini, di Lembah Klang 4DX cinema ni hanya ada di GSC One Utama. Itu pun, selepas hampir setahun pelancaran pertamanya di Johor Bharu. Klik disini untuk membaca sisipan berita tersebut. Teman nie je yang baru ada kesempatan nak mencuba menonton di 4DX cinema nie.

4DX Cinema

Itu pun untuk memenuhi pemintaan anakanda Aisar. Punyalah gigih Aisar meng Google cari info pasal 4DX cinema nie. Siap explain kat papa dia nie yang tak ambil tahu sangat pasal dunia hiburan nie. Ok, untuk Aisar, papa sanggup buat apa saja. Selalu tu, teman booking tiket wayang GSC panggung standard je. Ada sekali tu, teman book GSC ATMOS cinema untuk menonton filem Avengers End Game.

One Utama

Untuk first time menonton di 4DX cinema nie, teman book filem Jumanji : The Next Level, tayangan pertama pukul 10.40 pagi. Punya la gigih bangun awal pagi. 8.30 pagi bertolak dari rumah ke One Utama. Nak jadi cerita, ini adalah kali pertama teman ke One Utama. Bukan apa, teman nie jenis yang malas nak bersesak-sesak kat tempat yang crowded macam One Utama nie. Ok, teman sampai di One Utama nie dalam pukul 9.45 pagi. Kalau ikutkan sampai awal, tapi di sebabkan terlepas simpang masuk, terpaksalah berpusing jauh sket. Apa pun, masih lagi tiba awal dan sempatlah breakfast di KFC sementara menunggu waktu boarding.

Satu hal juga lah. One Utama nie kan agak besar. Orang kata, "malu bertanya, sesat jalan". So, teman tanyalah pada security lokasi panggung GSC nie. Jalan punya jalan, akhirnya jumpa jugalah.

Masih awal lagi. So, sempat la nak snap gambar spot yang menarik di GSC One Utama nie. Well, personally not bad. Di One Utama nie ada pelbagai panggung. Ok la, next time boleh cuba panggung lain pulak.


4DX

4DX

Sempat lagi beberapa gambar untuk entry nie sebelum masuk panggung.


4DX

Agak teruja juga bila masuk ke panggung 4DX nie. Susunan seat pun sangat berbeza dari panggung biasa.



Gambar ehsan Google.

Setiap seat boleh bergerak mengikut mod filem tersebut. Siap ada side effect lagi seperti tempias air, angin atau salji. Mode side effect air boleh di ON atau OFF di control panel seat.

Tak semua filem ada di tayangkan di panggung 4DX nie. Hanya filem-filem tertentu sahaja yang ada. Memang best kalau menonton filem-filem aksi di panggung 4DX nie. Kalau bawa anak-anak lagi best, seronok dia orang...


4DX Seat

Seat di panggung 4DX nie pun selesa. Pergerakkan seat bergantung kepada jalan cerita. Jadi, hati-hati kalau nak makan tu. Risau ada yang tercampak ke belakang pulak nanti...

Apa pun memang best sangat menonton di panggung 4DX nie... Kalau nak menonton filem aksi lagi nanti teman akan datang lagi kat sini.


Saturday, December 14, 2019

Kuliah : Enam golongan yang doanya di angkat

Dalam entry pagi nie, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan doa mereka yang mustadjab. Golongan-golongan tersebut ialah ;

1. Orang yang berpuasa.

2. Orang yang di zalimi.

3. Orang yang sedang safar.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ثلاث دعوات مستجابات دعوة الصائم و دعوة المظلوم و دعوة المسافر

“Tiga orang yang do’anya diijabah: do’a orang yang berpuasa, do’a orang yang dizalimi, dan doa orang yang sedang safar.” (Shahih Jami’ no 3030).

Safar bermaksud golongan yand sedang bermusafir dan terputus bekalan (kewangan, makanan dan sebagainya).





4. Doa orang tua untuk anaknya.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ثلاث دعوات مستجابات لاشك فيهن دعوة الوالد على و دعوة المسافر و دعوة المظلوم

“Tiga do’a yang pasti diijabah: doa orang tua untuk anaknya, doa musafir dan doa orang yang dizalimi.” (Shahih Jami’ no 3031).


5. Orang yang banyak berdzikir.

6. Pemimpin yang adil.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:

ثلاثة لا يرد الله دعاءهم الذاكر الله كثيرا والمظلوم والإمام المقسط

“Tiga orang yang do’anya tidak ditolak Allah: orang yang banyak berdzikir, orang yang dizalimi dan pemimpin yang adil.” (Shahih Jami’ 3064).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Thursday, December 12, 2019

The beautiful voice Google Maps VOICE assistance

Do you know whose beautiful voice  is used in goggle maps as voice assistant ? Now you can imagine the face whenever you use Google apps and Maps. Teman memang kerap guna Google Maps untuk nevigate. Sesekali baru teman guna waze. Atee, teman pun baru je tau aweks yang selalu temankan masa drive mengelak kesesakkan traffic nie... kikikiki... Comeii...





Tuesday, December 10, 2019

Wordless : Fraser's Hill

Fraser's Hill juga di kenali sebagai Little England. Kalau pergi ke Fraser's Hill, clock tower nie satu tempat yang wajib pergi untuk bergambar. Clock Tower nie adalah icon dan mercu tanda Fraser's Hill. Kenapa Fraser's Hill di kenali sebagai Little England? Kome boleh rujuk disini dan disini ye.