Solat itu adalah tiang agama. Solat adalah fardhu dan wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syaratnya. Solat perlu ditunaikan walau dalam apa keadaan sekali pun. Termasuklah jika kita sedang bermusafir. Allah telah memberi kemudahan untuk kita menunaikan solat ketika kita sedang bermusafir. Untuk mereka yang sedang bermusafir, mereka boleh menjamak dan qasarkan solat mereka. Untuk mengerjakan solat jamak dan qasar, seseorang itu perlulah sedang bermusafir sekurang-kurangnya 2 marhalah iaitu lebih kurang 90KM jarak perjalanan. Maka seseorang diharuskan solat Qasar jika sudah mencapai dua marhalah.
Firman Allah Taala :
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ
“Dan jika kamu bermusafir di muka bumi ini, maka tidak berdosa ke atas kamu untuk memendekkan solat (solat empat rakaat dijadikan kepada dua rakaat)”. (Surah An-Nisa’:101)
Nas di atas ini menunjukkan dalil dibolehkan solat qasar (iatu solat empat rakaat dipendekkan kepada 2 rakaat) hal keadaan alkhauf (ketakutan) seperti berperang bukan keadaan aman.
Solat Qasar ialah solat empat rakaat (zohor, asar dan isyak) dipendekkan kepada dua rakaat dengan syarat-syarat yang tertentu.
Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian niat solat jamak dan qasar.
Teman sekadar berkongsi ilmu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Ini adalah kemudahan buat kita untuk beramal. Semoga kita sentiasa istiqomah dalam menjalani ibadat seharian.
Perkongsian yang sangat berguna
ReplyDelete