Friday, September 6, 2019

Perihal seorang perempuan

Hari nie teman nak bercerita pasal perempuan. Kalau kome nak tahu, perempuan nie makhluk yang sangat unik. Lahirnya wanita adalah untuk kasihi, di sayangi bukan untuk di sakiti. Sebenar-benarnya, kehadiran seorang wanita lah yang menceriakan dan memberi kekuatan buat seorang lelaki. Macm mana nak fahami perempuan. Apa yang di zahirkan dari kata-katanya, selalunya ada maksud yang lain... Itu lah perempuan...

Perempuan... ๐Ÿคฃ

Kalau takde tudung yang match dengan bajunya, maknanya dia TAKDE tudung ok. Walaupun tudungnya penuh almari.

Kalau baju yang sama dia dah pakai selalu selama 3-6 bulan, maknanya dia TAKDE baju ok. Walaupun bajunya dah tak muat almari.

Perempuan

Keronsang yang dia beli RM10 dapat 20 biji tu, boleh habis tau walaupun dia kata dia tak makan keronsang tu. Dan dengan muka macam orang dah ambil keronsang dia,  dia akan kata, tak taulah pegi mana semua keronsang tu.

Beratnya 50kg tapi kawannya 49.5 kg, dia dah rasa dirinya gemooookkkk sangat. Esoknya dia start diet. Kejap je tu... Lepas sehari dua, dia akan ajak makan luar...

Dia yang buat hal, lepas tu dia yang merajuk.

Kalau orang usik tudung yang dia dah gosok cantik licin bagai telur rebus baru dikupas, dia boleh meletup bagai bom atom tersimpan beribu tahun lalu. Walhal boleh je gosok balik. Takpun ejas je elok-elok. Dah pakai kang kedut gak balik.

Dia boleh pakai tudung dengan pelbagai cara lipatan, lilit sana sini, pin sana sini kat kepala dia, siap buat tutorial lagi, takpun dia gigih ikut tutorial orang lain, tapi lipat kain dia malas.

Orang marah anak dia tak boleh, tapi dia marah anak dia sampai hujung kampung boleh dengar, takpe pulak.

Dia tahu sakit bersalin tu macam nyawa dihujung rambut, tapi seriknya sekejap je. Tak lama, dia nak mengandung lagi.

Sakit bersalin dia boleh lalui berulang kali tapi jarinya kena pisau sikit dah meraung macam apa entah.

Di mata lelaki, kaler ada 12, ikut kaler pensil anak kat sekolah. Yakni hijau is hijau, biru is biru dan seterusnya. Tapi di mata perempuan, kaler ada 36++ mcm kaler stabilo yang kotak besar tu, itupun tak cukup tau. Hijau je ada 6-8 warna, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau mint, hijau tua, hijau muda, hijau tua sikit, hijau bla bla bla... Itu baru hijau ok. Itu belum lagi ungu biji kundang, ungu ros, ungu kuat, ungu pelan, arggghhhh macam-macam la... so, jangan silap kaler ok.

Mulutnya kata lain sedangkan hatinya nak lain. Lepas tu bila orang tak paham, dia sedih. Huhuhu....

Dia tahu sakitnya dianiaya orang yang dia sayang, tapi dia tak pernah serik bagi peluang lagi dan lagi walaupun dia tahu dia akan disakiti lagi dan lagi. Sedangkan tak semua yang mengerti.

Dia boleh jadi dragon fly yang comel, boleh jadi dragon fire yang menakutkan, tapi dia adalah dragon ball yang susah nak dapat walaupun dah banyak episod. Dah dapat pun boleh terlepas balik ok...

Itulah perempuan, penghibur terbaik yang Allah kirimkan buat semua kita di dunia. Selagi dia tak minta diluar kemampuan, turutilah. Andai tak mampu, betulkanlah dia secara berhemah. Dia bidadari kamu di syurga nanti. Kat sana nanti, walau hodoh mana dia di dunia, dia akan jadi paling cantik, In Shaa Allah. Love you so much dear...


4 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...