Terbatal solat Jumaat. Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat berpuasa hari ini. Adapun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.
Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.
Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.
Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.
Amat pun menunaikan sembahyang berjemaah itu. Semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali, tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya. Risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu, Amat pun berbisik kepada orang di hadapannya..
Amat : "Jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.."
Lalu orang itupun menjawab...
"Alah, setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu."
Lalu orang di sebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pun berkata,
"Eh, korang nie.. Dalam sembahyang mana boleh bercakap?"
Selepas itu, ada seorang yang lain pula bersuara,
"Yang kau bercakap tu aper?"
Sahlah... sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. Jangan asyik sangat mengadap sosial media nie... Jom kome, pergi masjid untuk solat Jumaat.
haha..org pompuan tkpe baca time ni...oo..dah masuk zohor..
ReplyDeletehhhahahaha serius terhibur bila baca XD
ReplyDeletecerita ini macam lawak...
ReplyDeletetetapi mempunyai mesej yang padu.
jangankan Amat....saya pun pernah alami duit cukup-cukup tambang..
silap hari bulan boleh pulang jalan kaki
Haha terhibur mama baca
ReplyDelete