Wednesday, January 31, 2018

Wordless : Paya Berenjut

Apa yang ada di Paya Berenjut? Paya Berenjut di dalam daerah Kuantan, Pahang. Tak tau la teman apa yang best kat sini. Tapi, nama Paya Berenjut tu agak unik juga.


Paya Berenjut

Tuesday, January 30, 2018

Kelas renang di Saujana Utama Sungai Buluh

Belajar berenang. Memang dah lama plan nak hantar Aisar untuk belajar berenang. Tahun nie baru terlaksana. Senang la sket kalau nak pergi bercuti, tak perlu lagi bawak pelampung. Basically, apa yang di ajar untuk kelas renang nie dari perkara asas, tak tahu berenang sampai la pandai berenang, water confident, terknik pernafasan dan sebagainya.


Belajar berenang

Kelas renang nie di adakan di Kelab Saujana Utama. Kelab Saujana Utama lengkap dengan kemudahan jim, gelangang tenis, kolam renang dan sebagainya. Setiap hujung minggu banyak aktiviti di buat disini.


Kelab Saujana Utama

Latihan renang di buat di kolam dewasa. So, memang budak-budak nie tak jejak lantai kolam la jawabnya. Apa pun credit buat En Amir, guru renang Nie yang sabar melayan kerenah kanak-kanak nie... Aisar sendiri pun masa kelas pertama je ada masalah nak masuk kolam... masuk kelas ke tiga dan seterusnya, laju je di terjun dalam kolam tu.


Belajar berenang

Belajar berenang

Alatan yang penting untuk belajar renang perlu ada swimming board dan gogel. Pakaian renang, mesti la yang bersesuaian, jangan pulak masuk kolam pakai tshirt ngan tracksuit je...


Kelab Saujana Utama

Untuk kanak-kanak, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM200 untuk 8 kali kelas. Kelas di adakan pada setiap hari sabtu dan ahad selama satu jam dari pukul 8 pagi hingga 9 pagi.


Belajar berenang

Kelas untuk pelajar dewasa juga diadakan dengan bayaran sebanyak RM300 untuk 8 kali kelas. Untuk kelas dewasa, pendaftaran kelas adalah mengikut kumpulan dengan minima pendaftaran 5 orang pelajar. Pelajar lelaki akan di tunjuk ajar oleh En Amir manakala untuk pelajar wanita akan di ajar oleh isteri beliau.




Selepas 8 sesi kelas, Aisar dah boleh berenang tanpa kick board. Cuma masih tak perfect lagi laa... Baru 2 kali cubaan berenang tanpa kick board... So, selepas ini akan continue lagi la untuk 8 sesi dengan bayaran tambahan RM170.

Papa Aisar sendiri pun tak pandai berenang.... mmm... tiba-tiba terdetik di hati nak belajar berenang... mmm.... mungkin kah tahun 2018 nie teman pandai berenang...😂🤣😎😊🤗

#jombelajarberenang

Monday, January 29, 2018

Anak derhaka

Sedih teman bila dapat tahu masih ada lagi kes anak derhaka kepada ayah dan ibunya. Tahun lepas ada satu kes, dimana ayah dan ibu telah menfailkan kes saman terhadap anak mereka yang menganiaya mereka. Di awak tahun 2018 nie pulak satu lagi kes anak derhaka pada ayah dan ibunya. Apa la nak jadi pada anak muda zaman nie ye...

Anak ini mungkin lupa Allah akan membalas perbuatan mereka di dunia ini jika mereka menyakiti ayah dan ibu mereka. Klik disini untuk membaca entry tersebut. Tidakkah mereka tahu, ayah dan ibu lah tempat kita mencurahkan kasih sayang dan berbakti kepada mereka selagi hayat kita di kandung badan. Jangan la sesekali menderhaka pada ayah dan ibu kita.



Perkongsian video dari My Metro TV

Sunday, January 28, 2018

Kuliah : Apa makna “Rezeki”?

Rezeki itu bukanlah bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri. Kita belajar tentang sirah mengenai Siti Mariam (as) tidak berkahwin tapi dapat anak. Itu adalah rezeki beliau. Kita lihat pula sirah Sayyidatina Aishah (ra) . Beliau berkahwin namun tak dapat anak. Itu pula rezeki beliau.

Allah hantar Nabi Musa (as) ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.

Allah menghantar Nabi Nuh (as) untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima.

Rezeki adalah ujian

Gambar ehsan Google.

Pelajarilah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada jalan ceritanya yang tersendiri! Semuanya untuk menceritakan kehebatan Allah dalam mengatur segala-galanya dengan indah.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak, ini bermakna ada tanggungjawab yang dipikul juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.

Jadi, sebelum kita terus mengeluh tentang itu ini, perlu difahami dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.

Kalau dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kalau tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Takdir Allah ini misteri sifatnya. Rahsia Allah dalam perbuatan-Nya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkanmu ke syurga.

Jadi...

"Rezeki itu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan beri."

Ya! Yang penting, kamu percaya.. kalau sudah itu takdirmu, itulah yang sebaik-baiknya.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima.

Percaya dan terima.

Wallahu'alam

Perkongsian Oleh: Ustaz Iqbal Zain

Saturday, January 27, 2018

Kuliah : Allah bayar secara tunai

Sekadar perkongsian suatu kisah yang terjadi kepada seorang teman. “Sayangilah Ibu anda”. Kisahnya bermula begini...

Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..

Satu hari saya pergi ke sebuah *Rumah Orang Tua-Tua*. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.

Jadi saya pun belilah kain pelekat, kain batik, beli roti dan macam-macamlah saya beli, saya pun pergilah Rumah Orang Tua-Tua, tak payah sebutlah di mana. Sampai saja kereta saya di perkarangan Rumah Orang Tua-Tua, tiba-tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua-tua tu mai dekat saya.

Ibu

Gambar ehsan Google.

"Yea..yea.. Anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang.."

Saya tak kenai dia siapa, dia mai peluk saya, dia cium saya.

Orang tua tu kata... "Nak.. Kenapa tinggal mak kat sini nak, mak nak balikkkkkk.. Mak rindu dekat rumah.."

Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..

"Makcik..'

Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata.. "Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang.." Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata..

"Mak.. Maafkan saya mak ye.." Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia. Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia? Apa perasan kita?

Semasa saya menyuap roti, air mata dia meleleh-leleh, dia pegang tangan saya,  Subhana Allah... Saya dapat rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia. Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata...

"Nak.. Jangan tinggai mak nak, mak nak balik, mak nak balik.."

Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan di situ. Check-check tengok rupanya dia ada anak 5 orang. Anak dia yang sulung bergelar Tan Sri, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya.

Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.. Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.

Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi Imam dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..

"Mak.. Maafkan saya mak yeee.." Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.

Duduk hari ketiga di rumah saya, waktu Sembayang Isyak, selesai doa saya nak pi salam dengan dia, tetiba dia lapik tangan dia dengan kain tudung, baru dia salam.

Saya kata... "Mak.. Kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam, mak tak lapik tangan dengan saya. Kenapa hari ni mak lapik tangan?"

Dia kata..

"Ustaz.. Kau bukan anak saya ustaz ye.." SubhanAllah. Tiba-tiba dia sebut nama saya "Ustaz". Saya kata...

"Kenapa mak panggil saya ustaz? Saya anak mak.."

Dia kata... "Bukan.. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu, kalau anak saya dia tak akan jadi imam saya, kalau anak saya dia tak akan suap saya makan.."

Bayangkan sahabat-sahabat perasaan seorang ibu ini, tiba-tiba saja dia menangis, saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya pun menangis, saya kata...

"Mak.. Walaupun mak bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya sendiri..".

Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu hati dia rindu sangat dekat anak dia, waktu tu saya pandang wajahnya, saya kata..

"Mak.. Walaupun ibu sebenar saya telah meninggal dunia, tapi mak boleh ganti tempat ibu saya, mak duduklah di sini..".

Waktu nak makan saya suapkan nasi ke mulut dia, dia muntahkan balik makan dari mulut dia, saya tanya..

"Kenapa mak?"

Tiba-tiba saya tengok air muka dia pucat, saya angkat dia, panggil ambulan hantar dia ke hospital.

Waktu dia di hospital, saya ambik kepala dia saya ribakan mak ini, dia pegang tangan saya dia kata..

"Ustaz.. Kalau saya mati, tolong jangan bagi tahu sorang pun anak saya, kalau anak saya tahu saya mati, jangan bagi tahu di mana kubur saya, kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan..".

Saya pegang dia saya kata... "Mak.. Jangan cakap mcm tu mak.."

Isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia. Kami pegang dia..

"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak, jangan mak.."

Dia geleng kepala rupa-rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.

Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan Makcik Hajjah khalijah ini rohnya mudah-mudahan bersama Salafusoleh.

Sahabat-sahabatku, sesiapa yang masih ada mak tolonglah taat pada mak, jangan derhaka pada mak kita, jangan tinggal dia di Rumah Orang Tua, mak kita sakit kita jaga dia, picit kepala mak kita..

Sahabat-sahabat cuba tanya mak kita..

"Seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?".

Tanya mak kita sahabat-sahabat sekalian.. Kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh, sebab tu sahabat-sahabat suapkanlah makanan pada mak kita..

Sahabat-sahabat semua.. Selepas daripada kematian makcik ini, sampailah berita kepada anaknya yang sulong, anak dia terus telefon saya..

Apa anaknya kata pada saya..

"I akan bawa you ke makhamah, I akan saman you sebab you bawa keluar mak I dari Rumah Orang Tua-Tua" 3 tahun dia letak mak dia di Rumah Orang Tua-Tua, dia tak pergi tengok, sebab tu mak dia rindu tak boleh beza saya dan anaknya...

Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih. Saya pergi ceramah di Masjid di Gombak, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.

Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia..

"Pasai pa ni? Ada masalah apa ni..?"...

Dia berkata dalam keadaan menangis..

"Ustaz.. Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya ustaz? Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya?"

Saya kata... "Kenapa hari ni baru tanya kubur mak kamu?"...

Dia kata... "Tolonglah ustaz.. Saya nak jumpa mak saya ustaz, sayalah orang yang bergelar Tan Sri yang nak saman ustaz hari tu.. Saya sekarang ni papa kedana ustaz, isteri saya mati kemalangan, rumah banglo saya bank dah tarik, kereta mewah saya semua bank dah tarik, tinggal satu ja, kereta kancil.."

Saya berkata... "Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi dengan satu syarat, kamu jangan pegang batu nisan mak kamu.."_.

Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, saya tengok depan mata saya sendiri* dia jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah yang tadi pada awalnya, tangan dan mulutnya elok sambil memanggil-manggil..

"Ibu.. Ibuuu... Ibuuuu.."

Tiba-tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir berhampiran kubur ibunya..

Allahuakbarrrrrrrrrrrrr...

Mengucap panjang saya.. Allah SWT tunjuk di atas dunia lagi balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah iktibar dari kisah di atas. "Dan apabila mata ibumu sudah tertutup maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah, iaitu doa seorang ibu".

Thursday, January 25, 2018

Petua : Untuk memutihkan siku dan lutut

Ingin mencerahkan siku dan lutut yang gelap? Kadang-kadang ada juga orang yang ingin memiliki siku dan lutut yang cerah, tapi tak tau macam nak lakukannya. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk tujuan ini. Kome tahu tak minyak zaiton. Selain menjadi bahan di dalam masakkan minyak zaiton juga di percayai mempunyai khasiat untuk mencerahkan kulit secara semula jadi.


Gambar ehsan Google.

Ambil beberapa titisan minyak zaiton dan sapukan pada kulit badan terutamanya pada bahagian siku dan lutut. Amalkan setiap hari bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan melembabkan kulit. Biarkan selama setengah jam sebelum kome mandi seperti biasa. Selepas mandi, sapukan losyen pelembab pada kulit dan kerap amalkan pada bahagian-bahagian kulit yang gelap agar kawasan tersebut menjadi cerah.

Selamat mencuba yea...!

Wednesday, January 24, 2018

Wordless : Teragis betul kemalangan nie

Macam mana la boleh masuk kepala dalam nie. Jenuh pihak Bomba nak potong fender basikal tu...😂😂😂

Ayam tersepit

Sunday, January 21, 2018

Kuliah : Trend share gambar makanan di media sosial

Dalam entry perkongsian kuliah pagi ini, teman hendak kongsikan trend orang-orang di alam cyber yang sering membuat perkongsian juadah makanan mereka di Facebook. Apa pandangan dari sudut agama? Saksikan perkongsian video kuliah ini.


Pokok pangkalnya bergantung kepada niat orang yang kongsikan gambar makanan tersebut. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, January 20, 2018

Kuliah : Rukun Qauli

Rukun Qauli dalam solat. Marilah bersama kita perbaiki solat kita. Masih ramai yang tak tahu. Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sehingga di dengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik tidak SAH, suara angin juga tidak SAH, membaca dalam hati lagi la tak SAH. Satu huruf tidak kedengaran ketika membaca surah Al-Fatihah juga tidak SAH.


Kecuali jika kita berada di tempat yang bising atau speaker masjid terlalu kuat.

Yang mana RUKUN QAULI?

  1. Takbiratul Ihram
  2. Al-Fatihah
  3. Tahiyyat Akhir
  4. Selawat
  5. Salam pertama
Rukun Qauli

Friday, January 19, 2018

Kesan akibat merokok

Teman nie memang benci sangat pada orang yang merokok. Kalau teman tak hidu asap rokok tu, lantak kome la nak merokok ke apa ke... nie, kome yang merokok, teman pulak terbabit sama hidu asap rokok... tak ke hampeh betul kome nie...


Thursday, January 18, 2018

Petua : Untuk cili kisar supaya tahan lebih lama

Sejak dah beli food processor nie, semua kerja jadi mudah. Bawang merah dan bawang dah siap sekilo setiap satunya di mayang atau hiris halus dan di simpan di dalam fridge. Kome boleh baca entrynya disini. Untuk memaksimumkan pengunaan food processor nie, kita buat sendiri cili kisar untuk bekalan seminggu dua atau mungkin juga boleh tahan sebulan...🤔. Mudahkan... kalau nak memasak, semua bahan dah ready...

Cili Kisar

Dalam entry petua hari ini, teman akan kongsikan satu petua supaya cili kisar tahan lebih lama. Untuk memastikan cili kisar ini tahan lebih lama, mula-mula rebuskan dulu cili tu. Jika sebelum ini kome kisar cili tersebut bersama air, dengan mengunakan food processor nie, kalau nak mengisar cili, tak perlu pun masukkan air. Kisarkan je cili tu bersama sedikit minyak sehingga halus. Mudahkan. Kaedah ini akan membuatkan cili kisar tersebut tahan lebih lama.

Selamat mencuba ye.

Wednesday, January 17, 2018

Wordless : Jangan buat kerja sia-sia

Jangan buang masa dengan membuat kerja yang tidak mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan juga buat orang lain...


Kerja sia-sia

Monday, January 15, 2018

Tips untuk mendidik anak

Untuk entry hari ini, teman sekadar memanjangkan perkongsian oleh imuslimshop.com. Pada pendapat teman, tips nie bagus untuk para ibubapa dalam mendidik anak mereka untuk menjadi insan yang hebat. Kita ingin segala yang terbaik untuk anak-anak kita. Tapi adakah kita ibubapa yang baik? Kita mahukan anak kita menjadi hebat? Adakah kita ibubapa yang hebat? Sama-samalah kita guna tips ini sebagai rujukkan.

Tips mendidik anak
Tips mendidik anak

Tips mendidik anak
Tips mendidik anak

Tips mendidik anak
Tips mendidik anak

Tips mendidik anak

Tips mendidik anak
Tips mendidik anak

Tips mendidik anak

Tips mendidik anak
Tips mendidik anak

Sunday, January 14, 2018

Kuliah : Sayangi orang lain agar diri kita di sayangi

Perkongsian dalam segment kuliah pagi ini berkisar berkenaan kasih sayang di antara manusia sesama manusia juga di antara manusia dengan makhluk Allah yang lain.

Kasih sayang

Gambar ehsan Google.

Sayangi Orang Lain Agar Kita Disayangi

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ، ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Dari Abdullah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit.”

(HR Tabrani No: 1460) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Orang yang menyayangi makhluk yang lain, Allah akan menyayanginya.

2. Orang yang mengasihi orang lain, dia akan disayangi oleh Allah dan juga penghuni dilangit.

3. Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani.

Berusahalah menyayangi orang lain. Jauhi perasangka buruk, membuat tuduhan, menghukum, memberi gelaran buruk dan memfitnah terhadap orang lain.

Elakkan permusuhan dan persengketaan. Pereratkan yang dekat dan rapatkan yang jauh.

Saturday, January 13, 2018

Kuliah : Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Sekadar perkongsian untuk segmen kuliah pagi ini. Teman ingin memanjangkan perkongsian berkenaan "Keberkatan Surah Al-Ikhlas". Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

"Jangan Terlalu Memandang Bintang Di Langit Hingga Kita Terlupa Rumput Di Bumi"

Surah Al-Ikhlas
Ketika *Memulakan Kerja*
bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan *keluarlah iblis dan syaitan* yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum *Masuk Ke Rumah*
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah *bersolat* kerana Salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

*Ketika Sakit*
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.

*Khatam al-Quran*
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

*Pahala Membacanya*
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya,
• _Qul Huwallahu Ahad_ itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
• _Allahhus Somad_ itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
• _Lamyalid walam yuulad_ tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
• _Walam yakullahu kufuwan ahad_ tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."

Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.

SUBHANALLAH..!
I hope today Ya اَللّهُ :

✔ Muliakanlah orang yang membaca pesan ini
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya dan
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
✔ Jauhkan dari segala Musibah
✔ Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
✔ Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Surga-MU.


آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Friday, January 12, 2018

Tips untuk mengatasi masalah kepala gas bocor

Masalah kepala gas bocor atau rosak. Kome pernah tak mengalami masalah macam nie. Biasanya berlaku pada kepala hos tong gas tu. Memang biasa kepala gas tu rosak bila dah lama di gunakan. Kome boleh guna tips nie, sementara tunggu untuk mengantikan kepala gas baru. Kome dapatkan gelang getah nie je... Lepas tu, ikut caranya macam yang di tunjukkan dalam video nie.

Gelang getah

Gambar ehsan Google.


Thursday, January 11, 2018

Petua : Cara cucian betul untuk mengelakkan tudung rosak

Cara cucian yang betul untuk mengelak tudung rosak. Alhamdulillah, ramai wanita di luar sana telah berhijrah dengan mengenakan pakaian yang menutup aurat. Tambahan pula sekarang nie banyak fesyen tudung dengan pelbagai jenama di pasaran. Dari harga tudung serendah RM10 hingga lah beribu. Jadi, bila dah beli tudung yang mahal-mahal tu, tentulah kena jaga elok-elok. Jadi, dalam entry hari nie, teman nak kongsikan petua macam mana nak mencuci tudung dengan betul supaya tidak rosak.

Cuci tudung

Gambar ehsan blogger DuniaFarisya.

Sebenarnya mencuci tudung nie tidak boleh di lakukan sembarangan. Selain tidak mencampurkan tudung dengan pakaian lain, cara yang paling efektif mencuci tudung adalah dengan basuhan tangan supaya teksture fabrik tudung tidak rosak. Elakkan juga mengunakan pengering pakaian, sebaliknya memadai dengan menyidai tudung di ampai terlindung dari cahaya matahari yang panas terik untuk mengelakkan tudung pudar warna dan kerosakkan pada tudung tersebut.

Ok la, selamat mencuba ya petua nie...

Wednesday, January 10, 2018

Wordless : Bomoh siam

Teman bukan nak promote pasal iklan White Ants nie... Tapi saja nak share amaran dalam iklan tu... Ada jugak ye orang yang macam nie...

White Ants

Sunday, January 7, 2018

Kuliah : Carilah sahabat yang setia dan beriman

Ayat ini mengingatkan kita supaya menjadi kawan dan sahabat yang baik, ikhlas didalam persahabatan.

Akan ada nanti kawan dan sahabat yang menjadi musuh di akhirat...

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا يَا وَيْلَتَا لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا

"Dan ingatlah pada hari kiamat itu nanti orang yang gemar melakukan kezaliman akan menggigit kedua tangannya dan mengatakan, ‘Aduhai alangkah baik seandainya dahulu aku mengambil jalan mengikuti rasul itu. Aduhai sungguh celaka diriku, andai saja dulu aku tidak menjadikan si fulan itu sebagai teman rapatku. Sungguh dia telah menyesatkanku dari peringatan itu (Al Quran) setelah peringatan itu datang kepadaku.’ Dan memang syaitan itu tidak mau memberikan pertolongan kepada manusia".
(Al-Furqan: 27-29)

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ.

"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa".
(Az-Zukhruf: 67)

Sahabat

Gambar ehsan Google.

Kasih sayang dalam persahabatan yang tidak berdasarkan kecintaan kerana Allah, maka kelak menjadi permusuhan di hari akhirat. Tambah lagi teman yang sering mengajak dan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan-perbuatan yang dimurkai oleh Allah seperti kesyirikan dan kemaksiatan dan dosa, maka dia akan menjadi musuh yang nyata di hari akhirat nanti.

Sahabat yang baik

Namun suasana ini tidak akan berlaku kepada orang-orang yang bertakwa, yang mana mereka menjalin persahabatan kerana Allah SWT dan di atas ketakwaan kepada Allah SWT.

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menukilkan sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Abu Ishaq dari sahabat yang mulia Saidina Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, yang mana beliau mengatakan: “Ada dua orang mukmin yang saling bersahabat dan dua orang kafir yang saling bersahabat. Ketika salah satu dari orang mukmin tersebut meninggal dunia ia pun berkata:

يَا رَبِّ إِنَّ فُلَانًا كَانَ يَأْمُرُنِيْ بِطَاعَتِكَ وَطَاعَةِ رَسُوْلِكَ، وَيَأْمُرُنِيْ بِالْخَيْرِ وَيَنْهَانِيْ عَنِ الشَّرِّ، وَيُخْبِرُنِيْ أَنِّيْ مُلَاقِيْكَ، يَا رَبِّ فَلَا تُضِلَّهُ بَعْدِيْ وَاهْدِهِ كَمَا هَدَيْتَنِيْ وَأَكْرِمْهُ كَمَا أَكْرَمْتَنِيْ، فَإِذَا مَاتَ خَلِيْلُهُ الْمُؤْمِنُ جَمَعَ بَيْنَهُمَا، فَيَقُوْلُ: لِيُثْنِ أَحَدُكُمَا عَلَى صَاحِبِهِ، فَيَقُوْلُ: نِعْمَ الْأَخُ، وَنِعْمَ الْخَلِيْلُ، وَنِعْمَ الصَّاحِبُ.

“Wahai Tuhanku sesungguhnya si fulan dahulu memerintahkanku untuk berbuat taat kepadaMu dan kepada RasulMu, dia juga memerintahkanku untuk melakukan amal kebaikan dan menjauhi kejelekan, dia juga mengabarkan kepadaku bahwa suatu saat aku akan bertemu denganMu, (maka) wahai Tuhanku janganlah Engkau sesatkan dia setelah sepeninggalanku, berilah ia petunjuk sebagaimana Engkau telah memberikan petunjuk kepadaku, serta muliakanlah dia sebagaimana Engkau telah memuliakanku.” Ketika teman dari orang mukmin tersebut itu meninggal dunia, maka Allah pun mengumpulkan keduanya, dan Allah mengatakan kepada mereka: “Hendaklah kamu saling memuji satu sama lain!.” Kemudian orang mukmin tersebut berkata: “Inilah sebaik-baiknya saudara, sebaik-baiknya sahabat dan sebaik-baiknya teman."

Adapun ketika salah satu dari dua orang kafir tersebut meninggal dunia, ia berkata:

يَا رَبِّ إِنَّ فُلَانًا كَانَ يَنْهَانِيْ عَنْ طَاعَتِكَ وَطَاعَةِ رَسُوْلِكَ، وَيَأْمُرُنِيْ بِالشَّرِّ وَيَنْهَانِيْ عَنِ الْخَيْرِ، وَيُخْبِرُنِيْ أَنِّيْ غَيْرُ مُلَاقِيْكَ، فَيَقُوْلُ: بِئْسَ الْأَخُ، وَبِئْسَ الْخَلِيْلُ، وَبِئْسَ الصَّاحِبُ.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya si fulan dahulu melarangku untuk berbuat taat kepadaMu dan kepada RasulMu, dan ia (justeru) menyuruhku untuk berbuat keburukan dan melarangku dari kebaikan. Dia juga mengkhabarkan kepadaku bahawa kelak aku tidak akan bertemu denganMu. Maka orang kafir tersebut berkata: "Inilah seburuk-buruknya saudara, seburuk-buruknya sahabat dan seburuk-buruknya teman".

Justeru, carilah sahabat yang setia dengan keimanan dan ketaqwaan demi kasih sayang yang berpanjangan di akhirat nanti...Aamiin..

Saturday, January 6, 2018

Kuliah : Doa yang diaminkan Malaikat

Sekadar penrkongsian untuk entry segment kuliah pagi ini.

Doa Yang Diaminkan Malaikat

عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ صَفْوَانَ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ صَفْوَانَ وَكَانَتْ تَحْتَهُ الدَّرْدَاءُ قَالَ قَدِمْتُ الشَّامَ فَأَتَيْتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فِي مَنْزِلِهِ فَلَمْ أَجِدْهُ وَوَجَدْتُ أُمَّ الدَّرْدَاءِ فَقَالَتْ أَتُرِيدُ الْحَجَّ الْعَامَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَتْ فَادْعُ اللَّهَ لَنَا بِخَيْرٍ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Dari Abu Az Zubair dari Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan dan riwayat selanjutnya adalah dari Ummu Darda', dia berkata; "Saya pernah pergi ke Syam dan mengunjungi Abu Darda' di rumahnya. Namun saya tidak bertemu dengannya, lalu saya pergi menjumpai Ummu Darda'. Setelah itu, Ummu Darda' bertanya kepada saya; 'Hai Shafwan, apakah kamu akan pergi haji pada tahun ini? ' Saya pun menjawab; 'Ya.' Ummu Darda' berkata; 'Mohonkanlah kepada Allah kebaikan untuk kami, kerana Rasulullah SAW telah bersabda: 'Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dari kejauhan tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus, dan setiap kali ia berdoa untuk kebaikan, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan 'Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu. (HR Mu slim No: 4914) Status: Hadis Sahih

Doa

Gambar ehsan Google.

Pengajaran:

1. Setiap Muslim sewajarnya berbuat baik kepada orang lain.
2. Antara kebaikan yang boleh dilakukan ialah mendoakan sesuatu yang baik untuk orang lain.
3. Doa seorang muslim untuk saudara sesama muslim dari jauh tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan.
4. Orang yang mendoakan saudara secara tersembunyi, di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus untuk mengucapkan 'Amin dan juga mendoakan yang sama untuknya.

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Dari Abu Ad Darda' dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim: 4912)

Semoga kita istiqomah dalam menjalani ibadat seharian. Semoga kita istiqomah juga dengan mendoakan kebaikan sahabat dan saudara Muslim kita di Palestin, Myanmar, Syria dan lain-lain yang ditindas. Juga doa kemenangan untuk pejuang kebenaran dan keadilan diseluruh dunia termasuk dinegara Malaysia tercinta.