Monday, May 29, 2017

Fidget Spinner untuk Aisar

Apa bendanya Fidget Spinner nie? Masa teman ambil Aisar dari sekolah hari tu, ada juga teman nampak kawan-kawan sekolahnya dok main benda nie. Mungkin mereka nie curi-curi bawak benda nie ke sekolah. Maklum la, nak tunjuk kat kawan-kawan sekolah. So, berbalik pada persoalan tadi... apa benda Fidget Spinner nie? Fidget Spinner nie adalah gadget atau permainan baru yang semakin trending sekarang nie. Fidget Spinner nie terdiri dari bearing yang terletak di bahagian tengah yang menjadi injin atau nadi utama untuk memutarkan bilah spinner ini.


Fidget Spinner

Spinner nie ada pelbagai jenis, bentuk juga dari serendah-rendah harga hingga ke harga yang mahal. Yang teman pernah jumpa, harga yang paling murah ialah RM15 dan yang paling mahal berharga RM50. Beza harga yang mahal dan murah adalah dari segi reka bentuk, material dan kelancaran bearingnya ketika berputar.


Fidget Spinner

Teman diberi tahu, fidget Spinner nie function nya macam stress ball tu... bola kecil yang macam span yang boleh di picit dan di ramas... untuk hilangkan stress la... katanya...

Ada juga design fidget Spinner yang owsome... macam fidget spinner logo batman nie...


Fidget Spinner Batman

Kalau search kat internet tu, kome boleh jumpa pelbagai jenis, bentuk fidget Spinner nie... kalau kome yang baru berjinak-jinak dengan fidget Spinner nie boleh je belajar kat YouTube. Kat bawah nie, teman kongsikan satu video dari YouTube mengajar untuk bermain dengan fidget Spinner nie.




Sunday, May 28, 2017

Kuliah : Fadhilat solat Terawih

Perkongsian fadhilat solat terawih. Selamat berpuasa dan solat terawih buat semua. Semoga kita istiqomah dalam menjalani ibadat kita seharian.

Solat Terawih 
Gambar ehsan Google.

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Semoga amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin

Saturday, May 27, 2017

Kuliah : Ibadah 'Puasa'

Alhamdulillah syukur kepada Allah, bertemu lagi dengan Ramadhan untuk tahun 2017 nie. Teman harap sangat semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan untuk menjadi lebih istikomah dalam menjalani ibadat seharian. Jom kita ulangkaji semula ibadat berpuasa di bulan Ramadhan nie.

Niat Puasa -

"Sahaja aku berpuasa, pada esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"

Niat puasa
Niat puasa sebulan 
Niat berbuka puasa 


Syarat wajib puasa :-
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Sihat
  5. Bermukim (tidak musafir)
  6. Suci (dari haid dan nifas)

Syarat sah puasa :-
  1. Islam
  2. Berakal dan Mumayyiz
  3. Suci (dari haid dan nifas)
  4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-rukun puasa:-
  1. Orang yang puasa
  2. Berniat
  3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

Perkara yang membatalkan puasa :-
  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Keluar haid dan nifas
  5. Gila
  6. Murtad
  7. Keluar mani dengan sengaja
  8. Bersetubuh di siang hari

Perkara sunat ketika berpuasa :-
  1. Segera berbuka puasa
  2. Berbuka dengan kurma/juadah manis
  3. Baca doa
  4. Melambatkan bersahur
  5. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
  6. Sentiasa bersedekah
  7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
  8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

Makruh ketika berpuasa :-
  1. Bersuntik
  2. Berbekam
  3. Berkumur-kumur
  4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
  5. Mandi yang berlebihan
  6. Rasa makanan di hujung lidah

Golongan yang wajib qada' puasa :-
  1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
  2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
  3. Orang yang kedatangan haid dan nifas
  4. Orang yang meninggalkan niat puasa
  5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
  6. Orang yang pitam/mabuk
  7. Orang yang sangat lapar dan dahaga

Mereka yang di kenakan membayar fidyah puasa :-
  1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk ramadhan berikutnya - (Fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang di tinggalkan di samping mengqada' Puasa) bagi tahun yang tertinggal. Kalau tidak di qada' sehingga melampaui 2 tahun, maka di kenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari bagi setiap hari yang tertinggal (tiada tambahan atau gandaan).
  2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.
  3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa.
  4. Orang yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (Fidyahnya : Di buat oleh kerabat si mati / di ambil daripada harta pusakanya).
  5. Perempuan yang mengandung / yang menyusukan anaknya perlu mengqada' puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang di tinggalkan. Sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat bersetubuh siang hari di bulan ramadhan :-

Orang yang bersetubuh pada siang hari di bulan ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) seperti :-

  1. Memerdekakan seorang hamba mukmin (lelaki atau perempuan), 
(Sekiranya Tidak Mampu)
  1. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
  2. Memberi makan kepada 60 Orang fakir miskin.

Walau bagaimana pun, jika persetubuhan itu di lakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya / di paksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat

Tingkatan puasa:-

  1. Puasa Umum - Sekadar menahan makan, minum dan keinginan berjimak.
  2. Puasa Khusus - Memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas.
  3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa di atas dan di sempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir dan batin.

Mereka yang di benarkan meninggalkan puasa :-
  1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
  2. Orang musafir
  3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah
  4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
  5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yang di susui itu

# Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam mukminin dan mukminat... Semoga puasa pada tahun ini memberi manfaat kepada kita... Semoga puasa pada tahun ini lebih mudah daripada tahun sebelumnya dan membanyakkan kita membuat amal Ja'riah... Insyallah...

*Jangan lupa qada' puasa yang tertinggal....!!!

Thursday, May 25, 2017

Petua : Untuk menghilangkan panau

Penyakit panau. Panau adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit yang di jangkiti terasa gatal terutama ketika berpeluh. Semua golongan mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit ini. Sebab itu, kita perlu menitik beratkan penjagaan kesihatan kulit. Untuk merawat masalah panau ini, teman kongsikan beberapa petua yang boleh diambil sebagai rawatan pilihan alternatif.

Gambar ehsan Google.

Merawat panau dengan mengunakan halia
Halia juga sering digunakan untuk merawat panau. Caranya begini. Ambil seulas halia dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian sapukan pada kulit yang bermasalah. Biarkan sehingga 15-20 minit, dan boleh la dibilas sehingga bersih.

Gambar ehsan Google.

Lengkuas untuk merawat panau
Lengkuas juga boleh digunakan dalam merawat masalah panau. Ambil beberapa ulas lengkuas, bersihkan dan kemudian tumbuk sehingga lumat. Setelah itu perah untuk mendapatkan airnya. Sapukan air ini pada bahagian kulit yang bermasalah.


Gambar ehsan Google.

Daun lidah buaya untuk merawat masalah panau
Ambil sedikit lendir daun lidah buaya dan sapukan pada bahagian berpanau. Biarkan sehingga kering. Lakukan sekerap yang boleh.

Selamat mencuba.

Sunday, May 21, 2017

Kuliah : Permasalahan 'RIBA'.

Permasalahan 'RIBA dalam urusan kewangan kita seharian. Sekadar perkongsian dalam segmen kuliah hari ini adalah berkenaan 'RIBA' dalam urusan kehidupan kita seharian. Sampai bila kah perlu kita biarkan 'RIBA' membelengukan diri kita dengan 'RIBA'.



Kembalilah kepada Islam. Jadikan Al-Quran sebagai panduan kita sebagai Khalifah di dunia ini.

Saturday, May 20, 2017

Kuliah : Jagalah Allah, Allah menjagamu

Sekadar perkongsian. Jagalah Allah, Allah menjagamu.

*"IHFAZILLAH YAHFAZKA"*
 (Jagalah Allah, Allah Menjagamu)

...Satu kisah  benar yang dikongsi oleh Ustazah Norhafizah Musa, moga ada manfaatnya.

Jaga lah hak Allah, nescaya Allah jaga kamu 
Gambar ehsan Google.

Si ibu mengajak anak solat dahulu di satu tempat. Tapi si anak menolak kerana mengatakan rumah sudah hampir dari situ. Si ibu selalu mengajarkan si anak untuk sebut “Ihfazillah yahfazka” yang bermaksud, jagalah Allah, Allah menjagamu. 

Si ibu mengingatkan: “Sayang, jagalah Allah, Allah menjagamu. Ini hak Allah, solat awal waktu diutamakan. Kita tak tahu apa akan jadi selepas ni kan?.”

Si ibu tersenyum menasihati.Si anak tidak puas hati, dengan muka keletihan, masam mencuka, diambil telekungnya keluar dari perut kereta, memandang kiri dan kanan jalan, terus melintas, berlari menuju ke surau di hentian itu. Dia cuba memprotes.Si ibu berdoa, moga anaknya memahami satu hari nanti. Hak Allah perlu diutamakan lebih dari yang lain. Utamakan Allah dalam tiap apa jua tindakan. Itu yang ingin diserap dalam fikiran si anak.

Usai sahaja solat berjemaah, si ibu melihat anaknya bergegas keluar selepas bersalam dengannya. Mungkin masih marah, fikir si ibu. Walaupun dalam keadaan marah, si anak tetap solat dan salam si ibu selepas berdoa, cuma tidak bercakap, tanda tidak puas hati.

“Pinnnnnnnnnnnnn”

kedengaran hon yang kuat. Seperti ada kemalangan akan berlaku. Si ibu tidak fikir lain lagi, hanya si anak dalam fikirannya.

Langkahnya laju keluar dari surau selepas di pakainya tudung dan diambilnya telekung secepat yang boleh tanpa sempat melipat lagi. Si ibu resah. Dalam hati tidak putus-putus berdoa minta Allah selamatkan anaknya.“Miraaaaaa, Miraaaa..mana kamu sayang??” si Ibu menjerit mencari anaknya.

Bergenang air mata ibu. Si ibu melihat tiada kemalangan di situ, tapi anaknya tidak djumpai. Si ibu melintas jalan, menuju ke kereta, rupanya si anak berada di sebelah kereta, duduk, ketakutan. 

Bila si ibu hampir, si anak terus mendakap ibunya. “Ibu, maafkan Mira ibu. Maafkan Mira sebab kurang ajar dengan ibu. Ibu, tadi masa Mira nak melintas jalan, Mira dah tengok kanan kiri, tak de kenderaan, tapi tiba-tiba laju lori datang, Mira tak tahu dari mana lori tu. Mira yakin Mira tak boleh nak lari selaju tadi, ada sesuatu yang bantu Mira untuk melintas dengan cepat, kerana tu Mira selamat.

Ibu, Mira teringat pesan ibu ‘Ihfazillah Yahfazka’. Ya Allah ibu, Mira dapat rasakan Allah bantu Mira, mungkin kerana Mira dah tunaikan hak Allah tadi. 

Ya Allah, Mira tak tahu jika Mira mati tadi sebelum tunaikan hak Allah tu. Ibu, terima kasih, maafkan Mira ibu. Mira sayang ibu.” Teresak-esak Mira menceritakan kejadian sebenar.

Tanpa disedari ramai rupanya yang berada di situ mendengar sama kisah si anak tadi. Ada yang menangis sama, ada yang merah matanya menahan sebak, mereka semua mula beredar menuju ke surau dan masjid berdekatan untuk menunaikan hak-hak Allah yang belum ditunaikan. Masing-masing termuhasabah.

"MEMPERKASA ILMU, TARBIYAH DIRI"

Thursday, May 18, 2017

Petua : Untuk menurunkan tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi. Untuk entry hari ini, teman hendak kongsikan satu petua untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Masyarakat kita terutamanya, ramai yang mengidap penyakit darah tinggi. Untuk membuat petua ini, bahan utama yang diperlukan ialah daun kucai.

Daun kucai 
Gambar ehsan Google.

Macam mana hendak membuatnya? Ambil secekak daun kucai dan dibersihkan. Kemudian, kisar bersama sedikit gula batu tanpa mencampurkannya dengan air. Setelah itu, ambil pekatan hasil kisar itu dan di embunkan semalaman. Setelah itu, bolehlah diminum sebelum makan. Amalkan selalu. Insya Allah hasilnya pasti memuaskan.

Selamat mencuba.

Wednesday, May 17, 2017

Wordless : Berlabuh di pantai

Berlabuh di pantai dari ombak yang ganas membadai tepian pantai.
 
Berlabuh di pantai
 

Tuesday, May 16, 2017

Terima kasih Cikgu

Bangun...! Selamat pagi Cikgu...! Teringat kembali masa zaman persekolahan dulu... Yang paling teman ingat sekali pada cikgu Math teman di Sekolah Menengah Sri Kampar (SMSK)... Cikgu Aziz... Teman nie idok le pandai Math sangat... Tapi teman memang sangat suka Math dan usaha sungguh-sungguh untuk pandai Math... Cikgu Aziz nie pernah nasihat teman... Math nie bukannya susah... Senang je... Tanam kat fikiran... dalam hati... Math nie senang je... Kalau kita fikir Math nie senang... Insya Allah... Senang je nak buat Math nie... Lepas tu adoiiiii.... sideburns kena tarik.... Itu lah kenangan yang sehingga kini ingat di hati dan telah menjadikan teman seperti yang ada sekarang... Alhamdulillah... Syukur pada Allah telah menghantar guru-guru yang hebat untuk mendidik kami untuk menjadi manusia yang hebat.
 
Terima Kasih Cikgu
Gambar ehsan Google.
 
Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu:

1- Mudarris : yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja.

2- Mu’allim : yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain.

3- Mursyid : yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar.

4- Murabbi : yang bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertaqwa dan beramal soleh.
 
Bangun..! Terima kasih Cikgu...!
 
#TerimaKasihCikgu

Sunday, May 14, 2017

Kuliah : Boleh ke sambut hari Ibu?

Sekadar perkongsian. Hari Ibu, menurut pandangan Islam. Boleh ke kita sambut hari ibu? Perlu ke ada hari khas untuk membalas jasa ibu. Mmm... Pada pendapat teman... Tak perlu pun...  Sebab, kita memang sepatutnya menghargai dengan penuh kasih dan saying pada ayah dan ibu kita yang telah melahirkan, membesar dan mendidik kita dengan kasih saying. Jadi, kita memang sepatutnya menyayangi mereka dengan sepenuh hati kita.
 
Jom kita saksi video kuliah dari Ustaz Azhar Idrus nie berkenaan sambutan hari Ibu.
 
 
Kalau ikut asal usul sambutan hari Ibu nie berasal dari satu adat pemujaan Ibu di zaman purba Yunani. Baca disini untuk lebih lanjut.

Kuliah : Jangan di beza-bezakan anak-anak kita

Sekadar perkongsian. Nie teman kongsikan tips dalam mendidik anak-anak kita. Jangan la kita sesekali membeza-bezakan anak-anak kita. Layan dan kasih la anak-anak kita sama rata. Ikutilah video yang di kongsikan di bawah ini.


Saturday, May 13, 2017

Kuliah : Kenapa kita sukar bangun untuk solat malam?

Mengapakah kita sukar bangun untuk solat malam? Ini adalah antara sebab-sebabnya. Sekadar perkongsian untuk renungan bersama.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan mendapat iktibar darinya.

Sunday, May 7, 2017

Kuliah : Doa keluar rumah

Sekadar perkongsian. Doa keluar rumah untuk rujukan dan amalan seharian.

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi saw bersabda:



ุฅِุฐَุง ุฎَุฑَุฌَ ุงู„ุฑَّุฌُู„ُ ู…ِู†ْ ุจَูŠْุชِู‡ِ ูَู‚َุงู„َ

"ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุชَูˆَูƒَّู„ْุชُ ุนَู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ู„ุงَ ุญَูˆْู„َ ูˆَู„ุงَ ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„ุงَّ ุจِุงู„ู„َّู‡"

ِ ู‚َุงู„َ ูŠُู‚َุงู„ُ ุญِูŠู†َุฆِุฐٍ ู‡ُุฏِูŠุชَ ูˆَูƒُูِูŠุชَ ูˆَูˆُู‚ِูŠุชَ ูَุชَุชَู†َุญَّู‰ ู„َู‡ُ ุงู„ุดَّูŠَุงุทِูŠู†ُ .ูَูŠَู‚ُูˆู„ُ ู„َู‡ُ ุดَูŠْุทَุงู†ٌ ุขุฎَุฑُ ูƒَูŠْูَ ู„َูƒَ ุจِุฑَุฌُู„ٍ ู‚َุฏْ ู‡ُุฏِู‰َ ูˆَูƒُูِู‰َ ูˆَูˆُู‚ِู‰َ


Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan;

“Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah” (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali denganNya),

Maka dikatakan ketika itu: “Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga. Syaitan pun akan menjauhi darinya. Syaitan yang lain akan mengatakan: “Bagaimana mungkin engkau dapat mengganggu seseorang yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan?!” 

(HR Abu Daud dan at-Tirmizi. Sahih)

#Subhanallah

Saturday, May 6, 2017

Kuliah : Sampai bila kita hendak dakwah dan bimbing pasangan dan anak-anak kita?

Sekadar perkongsian. Sampai bilakah perlu kita berdakwah dan membimbing pasangan dan anak-anak kita? Jawapanya, selagi hayat di kandung badan.



Thursday, May 4, 2017

Petua : Untuk menjadi wanita cantik dan anggun

Cantik dan aggun tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang mahal. Macam mana nak buat tu? Petua ini adalah amalan yang boleh dilakukan seharian.

Wanita anggun 
Gambar ehsan Google.

Macam nie caranya;
 
  1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
  2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik.  Kemam air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
  3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan  usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi,  ulang usapan ini sebanyak 3x.  Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
  4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
  5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan, "Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
  6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.
  7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.
  8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.
  9. Perbanyakkan selawat keatas Nabi, sentiasa sedekah senyuman dan perbanyakkan solat Tahajud.
 
Amalkan hari-hari....insha Allah anda akan kelihatan 'cantik'.