Sekadar perkongsian. Jagalah Allah, Allah menjagamu.
*"IHFAZILLAH YAHFAZKA"*
(Jagalah Allah, Allah Menjagamu)
✍...Satu kisah benar yang dikongsi oleh Ustazah Norhafizah Musa, moga ada manfaatnya.
Gambar ehsan Google.
Si ibu mengajak anak solat dahulu di satu tempat. Tapi si anak menolak kerana mengatakan rumah sudah hampir dari situ. Si ibu selalu mengajarkan si anak untuk sebut “Ihfazillah yahfazka” yang bermaksud, jagalah Allah, Allah menjagamu.
Si ibu mengingatkan: “Sayang, jagalah Allah, Allah menjagamu. Ini hak Allah, solat awal waktu diutamakan. Kita tak tahu apa akan jadi selepas ni kan?.”
Si ibu tersenyum menasihati.Si anak tidak puas hati, dengan muka keletihan, masam mencuka, diambil telekungnya keluar dari perut kereta, memandang kiri dan kanan jalan, terus melintas, berlari menuju ke surau di hentian itu. Dia cuba memprotes.Si ibu berdoa, moga anaknya memahami satu hari nanti. Hak Allah perlu diutamakan lebih dari yang lain. Utamakan Allah dalam tiap apa jua tindakan. Itu yang ingin diserap dalam fikiran si anak.
Usai sahaja solat berjemaah, si ibu melihat anaknya bergegas keluar selepas bersalam dengannya. Mungkin masih marah, fikir si ibu. Walaupun dalam keadaan marah, si anak tetap solat dan salam si ibu selepas berdoa, cuma tidak bercakap, tanda tidak puas hati.
“Pinnnnnnnnnnnnn”
kedengaran hon yang kuat. Seperti ada kemalangan akan berlaku. Si ibu tidak fikir lain lagi, hanya si anak dalam fikirannya.
Langkahnya laju keluar dari surau selepas di pakainya tudung dan diambilnya telekung secepat yang boleh tanpa sempat melipat lagi. Si ibu resah. Dalam hati tidak putus-putus berdoa minta Allah selamatkan anaknya.“Miraaaaaa, Miraaaa..mana kamu sayang??” si Ibu menjerit mencari anaknya.
Bergenang air mata ibu. Si ibu melihat tiada kemalangan di situ, tapi anaknya tidak djumpai. Si ibu melintas jalan, menuju ke kereta, rupanya si anak berada di sebelah kereta, duduk, ketakutan.
Bila si ibu hampir, si anak terus mendakap ibunya. “Ibu, maafkan Mira ibu. Maafkan Mira sebab kurang ajar dengan ibu. Ibu, tadi masa Mira nak melintas jalan, Mira dah tengok kanan kiri, tak de kenderaan, tapi tiba-tiba laju lori datang, Mira tak tahu dari mana lori tu. Mira yakin Mira tak boleh nak lari selaju tadi, ada sesuatu yang bantu Mira untuk melintas dengan cepat, kerana tu Mira selamat.
Ibu, Mira teringat pesan ibu ‘Ihfazillah Yahfazka’. Ya Allah ibu, Mira dapat rasakan Allah bantu Mira, mungkin kerana Mira dah tunaikan hak Allah tadi.
Ya Allah, Mira tak tahu jika Mira mati tadi sebelum tunaikan hak Allah tu. Ibu, terima kasih, maafkan Mira ibu. Mira sayang ibu.” Teresak-esak Mira menceritakan kejadian sebenar.
Tanpa disedari ramai rupanya yang berada di situ mendengar sama kisah si anak tadi. Ada yang menangis sama, ada yang merah matanya menahan sebak, mereka semua mula beredar menuju ke surau dan masjid berdekatan untuk menunaikan hak-hak Allah yang belum ditunaikan. Masing-masing termuhasabah.
"MEMPERKASA ILMU, TARBIYAH DIRI"
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...