Saturday, December 31, 2016

Kuliah : Tanda-tanda kita semakin jauh dari rahmat Allah

Kata Ulama ada tanda kita semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah:

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

Rahmat Allah S.W.T 
Gambar ehsan Google.

Kesannya ialah kita mula malas berzikir mengingati Allah. Malas melakukan ibadah fardhu apatah lagi yang sunat.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh
Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Thursday, December 29, 2016

Petua : Untuk melebatkan rambut dan lambat beruban

Masalah rambut yang nipis dan tumbuh jarang. Ada setengah-setengan golongan mempunyai masalah pertumbuhan rambut. Rambut yang lebat boleh menjadi aset kepada penampilan anda untuk nampak cantik dan segak. Untuk entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk melebatkan rambut malah boleh melambatkan rambut beruban.

Rambut nipis dan jarang 
Gambar ehsan Google.

Biasanya, setelah membuat teh serbuk teh tersebut dibuang begitu sahaja. Kome perlu dapatkan serbuk teh yang telah digunakan itu. Ambil serbuk tersebut, dan rendamkannya. Setiap pagi, ketika hendak mandi basahkanlah rambut tersebut dengan air rendaman hampas teh. Urut kulit kepala dengan hampas teh tersebut. Kemudian, bilas dan mandi lah seperti biasa. Lakukan petua ini sekerap mungkin. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, cara ini juga dapat melambatkan rambut tersebut beruban.

Selamat mencuba.

Sunday, December 25, 2016

Kuliah : Doa terhijab oleh maksiat...

Adakalanya doa kita tidak makbul... kerana terhalang dek 'diam'nya kita apabila melihat kemungkaran di depan mata. Kita lupa pada perintah Allah SWT untuk amar makruf nahi mungkar (melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Logiknya, cuba fikirkan.....bagaimana Allah SWT nak tunaikan permintaan kita jika suruhan-Nya kita tak pedulikan?

Nabi Muhammad SAW pernah bertegas mengenai hal ini:-

"Demi jiwaku berada di tangan-Nya, hendaklah kamu menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran atau Allah akan mempercepatkan azab-Nya ke atas kamu. Lalu jika kamu berdoa pun tidak akan dimakbulkan lagi?" (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Akibat maksiat 

Saya pernah bertanya kepada guru saya perihal ini, katanya:-

"Kita bukanlah Mukmin yang sebenar selagi kita takut kepada manusia berbanding Allah SWT. Bila nampak maksiat dan perkara zalim berlaku di hadapan mata, kita hanya tutup mulut tanpa mencegah atau menegur.

Lebih layaklah kita dipanggil 'syaitan bisu'.

Amar makruf nahi mungkar itu tanggungjawab setiap orang Islam di atas dunia.....bukan tugas pendakwah, ulama', mufti sahaja. Jadi, jangan hairan atau pelik jika azab Allah SWT itu turun bukan sahaja kepada orang yang berdosa, malah kepada orang yang taat pada Allah SWT juga.

Salah satunya adalah doa yang tidak akan makbul."

Allahu rabbi......semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mendiamkan dan membiarkan kemungkaran dan kemaksiatan di hadapan mata kerana Imam al-Qurtubi pernah mengumpamakan orang-orang ini seperti 'ada Yahudi dalam diri'...

Nauzubillahiminzalik...๐Ÿ˜”

Wallahu'alam

Saturday, December 24, 2016

Kuliah : Jangan lupa pulak

Jangan lupa atau saja-saja buat lupa ye...

Lupa 

Thursday, December 22, 2016

Petua : Mengatasi kulit wajah berminyak

Jika kulit wajah berminyak, boleh cuba petua ini untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya mudah sahaja. Apa yang penting, dapatkan bahan utama untuk membuat petua ini. Bahan yang diperlukan ialah daun sup. Daun sup bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi boleh juga digunakan untuk faedah kecantikkan. Daun sup mampu boleh mengurangkan kadar minyak pada wajah.

Kulit wajah berminyak 
Gambar ehsan Google.

Begini caranya jika hendak membuat petua ini. Daun sup itu, hendaklah di potong kecil. Kemudian didihkan bersama dua gelas air selama 15-20 minit. Setelah itu, sejukkan dan sapukan pada wajah dengan rata. Tunggu sehingga air rebusan ini benar-benar meresap dan kemudian bilas bersama pencuci muka yang biasa anda gunakan.


Monday, December 19, 2016

Majlis kahwin dulu-dulu

Bila musim je mesti banyak kenduri kahwin. Asal kenduri kahwin je, mesti time cuti sekolah. Macam dah sinonim pulak yek. Bila cerita pasal kenduri kahwin nie, teringat teman masa dulu-dulu. Kenduri kahwin masa tahun 80an - 90an gitu kebanyakkannya dibuat secara gotong-royong. Tak macam sekarang, kebanyakkannya mengambil khidmat katering. Masa time-time kenduri nie lah yang best. Dapat bermesra dan bermain dengan sepupu-sepapat. Maklum lah, time-time tu teman masih lagi kanak-kanak nakal ๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...

Dulu-dulu, kalau orang kahwin, tak ada tema bagai. Tak macam sekarang. Pelamin orang dulu-dulu pun simple jerk... sekarang nie, kalau boleh nak berhabisan duit hiaskan pelamin. Itu yang ada lepas kenduri kahwin hutang keliling pinggang. Masa plan nak buat kenduri kahwin tu tak beringat yang dia baru nak mulakan hidup berkeluarga๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—.

Apa pun, jom layan majlis perkahwinan orang dulu-dulu.

Majlis kahwin orang dulu-dulu 
Pengantin dan spec mata hitam memang sukar di pisahkan...๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜Ž

Silat 
Mesti ada pertunjukkan silat masa menyambut rombongan pengantin...๐Ÿค—,

Gotong-royong
dulang 
Gotong-royong 
Hidangan kenduri 
Bekwah... gotong-royong menyediakan santapan buat tetamu... 


Orang-orang yang membantu menjayakan kenduri juga tidak dilupakan... sekurang-kurangnya sekotak rokok seorang....๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Gotong-royong 
Itu baru bab kenduri. Biasa lah kan, bila orang kahwin mesti ada pelamin. Pelamin orang dulu-dulu, simple jerk... biasanya guna kerusi nie...

Kerusi pelamin 
Bergambar dengan pengantin diatas pelamin memang dah jadi trend dari dulu sampai la sekarang... Pengapit pulak orang-orang tua kata, mesti anak teruna dan anak dara. Katanya nanti, cepat lah sampai jodoh buat anak teruna dan anak dara tu...๐Ÿ˜Œ

Bergambar diatas pelamin 
Dekat pelamin tu pulak mesti ada pulut kuning dan di cucuk pulak dengan bunga telur. Cuma, zaman sekarang nie dah tak ada pulut kuning. Bunga telur tu dicucuk pada polisterin.

Bunga telur 
Bila cerita pasal bunga telur, teringat pulak pasal bunga telur yang diberikan kepada para tetamu. Dulu-dulu, bekas bunga telurnya sangat simple dan jimat belanja. Teman pernah juga dapat bunga telur macam nie. Gambar bawah nie bunga telur homemade. Dibuat dari kertas tisu. Jimat cost.

Bunga telur 
Pernah juga teman dapat bunga telur macam nie.

Bunga telur dulu-dulu

Lepas bunga telur dalam Gambar diatas tu, muncul pulak bunga telur letak dalam kotak. Diikuti pula bunga telur dalam bekas tembikar dan dalam bentuk gubahan bunga. Sekarang nie orang kurang bagi bunga telur. Sekarang nie trend kalau majlis kenduri kahwin orang bagi paper bag yang diisi dengan benda termasuk lah surah Yassin, sejadah juga tasbih. Ada juga yang disi dengan air kotak๐Ÿ˜Š.

Cerita pasal paper nie, teringat pulak teman masa menghadiri pengkebumian bapa saudara isteri di Kampung Sungai Pinang, Plekbang, Kelantan. Jenazahnya dikebumikan sebelah pagi dalam pukul 8-9 gitu. Selesai pengkebumian, orang yang datang ziarah diberi nasi bungkus (Air Dingin) dan air kotak masa balik dari tanah perkuburan tu. Mungkin itu budaya orang kat kawasan sini agaknya.

Apa pun, setakat nie saja la coretan teman pasal kenduri kahwin zaman dulu-dulu.

Sunday, December 18, 2016

Kuliah : Masuk syurga percuma saja

Kuliah pagi untuk hari ini, berkisarkan seorang bapa sedang berbual dengan anaknya.

Percuma je 
Gambar ehsan Google.

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "
Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"
Jawab bapanya,

  • Bukankah nak berjudi kena bayar?
  • Bukankah nak minum arak kena bayar?
  • Bukankah masuk pub kena bayar?
  • Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma.  Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

  • Jika nak solat, kita tak perlu bayar
  • Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
  • Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
  • Jika berzikir, kita tak perlu bayar

Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.......
Wahai saudaraku!  Menyebarkan mesej ini juga percuma....  Tetapi jika ada yang mengamalkannya, kita pasti diganjari pahala berganda...๐Ÿ˜Š

Saturday, December 17, 2016

Kuliah : Tazkirah di pagi ahad

Abu Hurairah r.a berkata: “Pada suatu hari ketika nabi SAW duduk bersama sahabat, tiba-tiba seseorang datang bertanya:
”APAKAH IMAN?” Nabi SAW menjawab:
Iman ialah percaya kepada ALLAH dan Malaikat-Nya, pertemuan dengan-Nya, percaya kepada Rasul-Nya dan
percaya pada hari berbangkit dari kubur.’

Demi MASA 
Gambar ehsan Google.

Lalu di tanya lagi: “Apakah ISLAM?” Jawab Nabi SAW:
“Islam ialah menyembah ALLAH SWT dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dan mendirikan solat.”

Lalu sahabat itu bertanya lagi: :“Apakah Ihsan?” Nabi SAW menjawab: “Ihsan ialah menyembah Allah SWT seakan-akan engkau melihat-Nya, maka jika engkau tidak melihat-Nya, ketahuilah bahawa Allah melihatmu.”

Lalu bertanya lagi: “Bilakah Hari KIAMAT?” Jawab Nabi SAW: “Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada yang bertanya, tetapi aku akan ceritakan kepadamu beberapa tanda-tanda akan tibanya hari kiamat, iaitu jika hamba sahaya telah melahirkann tuannya, dan jika pengembala unta dan ternakan lainnya telah berlumba membangunkan bangunan-bangunan, termasuk dalam lima perkara yang tidak dketahui kecuali hanya Allah SWT, yang tersebut dalam ayat:
”Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui, bila hari kiamat, dan Dia pula yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang di dalam rahim ibu, dan tidak seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedalam-dalamnya.”

Kemudian pergilah orang itu. Lalu nabi SAW menyuruh sahabat: “Datangkan  kembali orang itu! Tetapi sahabat tidak melihat jejak orang itu tersebut. Maka nabi SAW bersabda:
"Dia adalah Malaikat Jibril yang datang  untuk mengajar agama kepada manusia.” (HR,Bukhari dan Muslim).

Waullahualam...

 Kome dah solat ke?

Monday, December 12, 2016

Kuliah : Hati seorang Ibu

☝๐Ÿป๐Ÿ˜” Sekadar perkongsian, tazkirah sentap di pagi ini. Apabila meningkat usia, hati makin sensetif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambik peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambik peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Hati seorang ibu 
Gambar ehsan Google.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambik peduli permintaan emak bapanya.

*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.

Kasihnya ibu 

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istigfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristgfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga.  Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya.  Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman  jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk.

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum  ada jaminan sampai ke kita.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.

#catatanmenjelangkematian

Sunday, December 11, 2016

Kuliah : La ilaha illallah

Tazkirah Hari Ini.

La ilaha illallah 
Gambar ehsan Google.

Nabi Muhammad SAW memerintahkan supaya perkataan pertama yang diajarkan kepada anak adalah La ilaha illallah. Berdasarkan hadith yang dilaporkan oleh Al-Hakim daripada Ibnu Abbas ra, Rasulullah SAW menyatakan :

”..Jadikanlah La ilaha illallah sebagai perkataan pertama yang diajarkan kepada anak-anakmu..”

Rahsianya adalah supaya kalimah tauhid, iaitu syiar yang menandakan masuknya seseorang ke dalam Islam menjadi perkataan pertama yang didengar oleh anak, perkara pertama yang fasih di lidahnya, dan perkataan pertama yang difahami maksudnya.

( Dr. Abdullah Nasih Ulwan - Tarbiyatul Aulad Fil Islam )

Saturday, December 10, 2016

Kuliah : Kejutkan anak untuk bangun solat subuh.

Sekadar perkongsian. Kome boleh cuba cara nie untuk memastikan anak-anak kome tu cukup solat 5 waktu.

Seorang ibu bertanya soalan pada seorang ustaz.

bangun solat 
Gambar ehsan Google.

"Ustaz saya tak mampu membangunkan anak-anak saya  untuk solat subuh . Apa yang perlu saya lakukan..?"

Ustaz menjawab, "Sekiranya rumah puan tetiba dijilat api , apa yang akan puan lakukan..?"

"Saya bangunkan mereka", Jawab sang ibu.

Ustaz  bertanya lagi, "Tapi jika mereka tidak dapat dikejutkan juga ?

Demi menyelamatkan mereka saya akan kejutkan juga dengan apa cara sekalipun..jawap ibu tersebut

Maka Ustaz pun berkata, "Itu yang puan lakukan untuk menyelamatkan anak-anak puan dari api dunia.
Maka lakukanlah hal yang sama untuk menyelamatkan mereka dari api Neraka/Akhirat."

Inilah cara yang teman guna kan untuk memastikan anak teman solat cukup 5 waktu. Teman angkat anak teman dari tempat tidur dan bawa terus ke depan pintu bilik air. InsyaAllah, dia akan bangun dan terus ambil wuduk dan solat bersama.

Thursday, December 8, 2016

Petua : Untuk mengatasi gusi bengkak

Masalah gusi bengkak. Bila terjadinya masalah gusi bengkak ini, pasti menyakitkan. Terutama masa gigi bongsu tumbuh. Tubuh berasa seperti demam pulak menanggung kesakitan gusi yang membengkak. Selain mengambil ubat penahan sakit yang diberi oleh doktor, kome boleh juga mencuba petua nie.

Sakit gusi 
Gambar ehsan Google.

Caranya, dapatkan lada hitam dan minyak cengkih. Kisarkan sedikit lada hitam sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan minyak cengkih dan sapukan pada bahagian yang bengkak itu. Ia berkesan untuk meredakan kesakitan gusi tersebut.

Selamat mencuba.

Wednesday, December 7, 2016

Tribute to Rohingnya

Apabila masyarakat Islam bangun berjuang apabila mereka di tindas, dinafikan hak mereka, mereka di gelar penganas. Mereka di panggil golongan pelampau agama. Tetapi, apabila mereka yang bukan Islam membakar rumah perkampungan masyarakat Islam, merogol, membunuh, membakar hidup-hidup, tidak pula mereka di gelar pengganas atau golongan pelampau agama. Inilah yang berlaku kepada masyarakat Islam Rohingnya di Myanmar. Yang paling tragis, pembunuhan dan pembersihan etenik  masyarakat Rohingnya mendapat sokongan dari rakyat Myanmar sendiri malah sami-sami Buddha Myanmar juga turut menyokong tindakan pemerintah Myanmar. Manakala masyarakat dunia tidur lena diulit mimpi.

Protest di Kedutaan Malaysia Myanmar 
Gambar ehsan dari Facebook.

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Maina Kiai pula berkata Malaysia sepatutnya lebih menumpukan soal hak kemanusian di dalam negara. Beliau menyamakan situasi penangkapan Maria Chin Abdullah pengerusi Bersih 2.0 dengan situasi yang berlaku pada masyarakat Rohingnya. Klik disini untuk membaca laporan berita tersebut. Mungkin dia tak dapat bezakan situasi di Malaysia dan Myanmar. Maria Chin hanya di tahan untuk membantu siasatan dan telah pun dibebaskan setelah melalui proses mahkamah. Tapi, masyarakat Rohingnya di Myanmar pula di bunuh tanpa mendapat sebarang pembelaan. Dimanakah silapnya sehingga dunia hanya memerhati sahaja pembunuhan dengan tujuan pembersihan etenik di Myanmar. Apakah di sebabkan mereka beragama Islam?

Tidak sepatutnya kejadian seperti ini berlaku lagi di abad 20 ini. Kemanakah nilai kemanusiaan mereka sesama manusia? Yang tragis, sami-sami Buddha turut sama menyokong dan melakukan pembunuhan tersebut. Tertanya-tanya juga, adakah agama Buddha membenarkan perlakuan seperti itu. Tidak kedengaran pula mereka di gelar pengganas atau pelampau agama. Jika ada masalah sekali pun, selesaikan lah di meja rundingan. Selesaikanlah dengan penuh peradaban sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.




Video ehsan dari One Stop Music Bhd Malaysia, on behalf of Sheikh Qalam Record.

Terkini, rakyat Myanmar yang menyokong pembunuhan ini berkumpul dihadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Yangoon membantah tindakkan Malaysia.

Protest di Kedutaan Malaysia Myanmar  
Gambar ehsan dari Facebook.

Pada pendapat teman, adalah lebih baik Malaysia menghentikan serta-merta pengambilan pekerja asing dari Myanmar. Kita memerlukan mereka untuk membangun Malaysia.

Entry ini adalah tribute khas untuk masyarakat Rohingnya.

#PrayforRohingnya

Sunday, December 4, 2016

Kuliah : Tanda-tanda kematian

Daripada Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, Dia akan mengirimkan beberapa malaikat kepadanya sebelum kematiannya yang akan meluruskannya sehingga dia meninggal dalam sebaik baik keadaan. Orang orang lalu berkata, "Si Anu meninggal dalam keadaan yang paling baik."

Tanda-tanda kematian 

Gambar ehsan Google.

Jika kematian telah menjemputnya dan dia mengetahui apa yang dijanjikan Allah baginya, dia akan menolak nyawanya agar segera keluar dari dirinya. Pada saat itu, dia lebih suka bertemu dengan Allah dan Allah pun menyukai bertemu dengannya.

Sebaliknya jika Allah menghendaki keburukan pada seseorang, Dia akan menetapkan baginya satu tahun sebelum kematiannya seekor syaitan yang akan menyesatkan dan menggelincirkannya sehingga dia meninggal dalam keadaan yang paling buruk. Orang orang lalu berkata : "Si Anu meninggal dalam keadaan yang paling buruk."

Jika kematian menjemputnya dan dia mengetahui apa yang dijanjikan Allah baginya, dia akan berusaha mengembalikan nyawanya dan tidak menginginkan nyawa itu lepas dari dirinya. Pada saat itu, dia sangat tidak suka bertemu dengan Allah dan Allah pun tidak suka bertemu dengannya."

[Hadith Marfu' - HR Ibn Abi ad-Dunya]
[Ziarah Ke Alam Barzakh - al-Imam Jalaluddin as-Suyuti]

Saturday, December 3, 2016

Kuliah : Kehebatan sedekah

Tidak akan miskin seseorang itu bila dia bersedekah. Malah, Allah melipat gandakan rezeki buatnya.

Kehebatan sedekah 

Thursday, December 1, 2016

Petua : Untuk menyegarkan kulit

Dalam entry kali ini, teman hendak kongsikan satu petua untuk menyegarkan kulit. Petua nie di kongsikan sebagai pilihan alternatif buat kome. Untuk kome yang berminat untuk mencuba petua nie boleh la dapatkan salah satu dari bahan-bahan ini.

  • Tomato
  • Kentang
  • Timun

Segarkan wajah anda 
Gambar ehsan Google.

Amalkan petua ini sebelum tidur. Mula-mula, bersihkan wajah terlebih dahulu. Kemudian, ambil salah satu dari bahan di atas dan hiris. Kemudian sapukan pada wajah. Kemudian, usapkan bahagian yang telah di potong itu pada wajah dan di biarkan kering. Keesokkan harinya bersihkan wajah dengan tuala dan air hangat. Setelah itu bilas dengan air dingin untuk menutup kembali pori wajah. Jadikan petua ini sebagai amalan untuk menjaga kesihatan kulit wajah.

Selamat mencuba.