Sekadar perkongsian. Kome boleh cuba cara nie untuk memastikan anak-anak kome tu cukup solat 5 waktu.
Seorang ibu bertanya soalan pada seorang ustaz.
Gambar ehsan Google.
"Ustaz saya tak mampu membangunkan anak-anak saya untuk solat subuh . Apa yang perlu saya lakukan..?"
Ustaz menjawab, "Sekiranya rumah puan tetiba dijilat api , apa yang akan puan lakukan..?"
"Saya bangunkan mereka", Jawab sang ibu.
Ustaz bertanya lagi, "Tapi jika mereka tidak dapat dikejutkan juga ?
Demi menyelamatkan mereka saya akan kejutkan juga dengan apa cara sekalipun..jawap ibu tersebut
Maka Ustaz pun berkata, "Itu yang puan lakukan untuk menyelamatkan anak-anak puan dari api dunia.
Maka lakukanlah hal yang sama untuk menyelamatkan mereka dari api Neraka/Akhirat."
Inilah cara yang teman guna kan untuk memastikan anak teman solat cukup 5 waktu. Teman angkat anak teman dari tempat tidur dan bawa terus ke depan pintu bilik air. InsyaAllah, dia akan bangun dan terus ambil wuduk dan solat bersama.
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...