Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang wanita pelacur akhirnya diberi taufiq untuk bertaubat kepada Allah disebabkan ihsannya memberi minum kepada seekor anjing.
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ahli sihir Firaun yang berkumpul untuk melawan Nabi Musa, kesemua mereka akhirnya beriman kepadanya.
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam Rasulullah saw iaitu Saidina Umar Al Khattab.
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (Saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.
Gambar ehsan Google
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ramai ketua perompak dan penyangak berubah menjadi wali Allah seperti Fudhail bin Iyadh dan Bisyir al-Hafi.
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang peminum arak berubah menjadi alim yang warak iaitu Malik bin Dinar.
Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.
Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.
Jangan memandang orang dari darjat kedudukan kerana seorang lelaki dari Yaman yang masyarakat meminggirkannya dengan menganggap dia sebagai orang gila rupanya diberitahu Rasulullah saw bahwa namanya terkenal di langit iaitu Sayyidina Uwais al-Qarni.
Subhanallah...
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya untuk memburu redhaNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah. Amiin..
Google
Amin..
ReplyDeletemenyentuh hati baca artikel ni...hhuhu