Kulit wajah kome kering? Sesetengah orang mengalami masalah kulit wajah yang kering serta kusam. Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah kulit kering. Kome boleh klik disini untuk membaca petua tersebut.
Dalam entry petua hari ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah kulit wajah yang kering. Tiada bahan kimia yang merbahaya. Hanya mengunakan tumbuh-tumbuhan sahaja. Petua kali ini hanyalah mengunakan kobis. Jangan tak percaya pulak, kobis ini selain di jadikan menu dalam hidangan seharian boleh juga di manfaatkan untuk tujuan kecantikkan.
Gambar ehsan Google.
Caranya, mudah sahaja. Dapatkan kobis bulat. Kemudian tumbuk kobis tersebut sehingga lumat. Kalau malas nak tumbuk, boleh dikisar sehingga halus. Kemudian jadikan ia sebagai masker. Sapukan pada wajah seminggu dua kali. Insya Allah, kulit akan menjadi lemban, halus dan menawan.
Selamat mencuba.
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...