Tuesday, August 30, 2016

Ular serang kereta... Betul ke?

Seorang juru jual melaporkan kereta rosak akibat serangan ular. Akibat dari serangan itu, bonet kereta tersebut kemik dan laporan telah di buat di Balai Polis Ulu Yam. Kejadian ini dilaporkan berlaku di jalan besar Sungai Tua, Ulu Yam. Untuk laporan penuh, kome boleh klik disini untuk membacanya.

Ular serang kereta 

Teman sendiri pun rasa pelik, boleh ke ular rosakkan kereta? Kalau spesis anaconda gergasi tu lain cerita la. Tapi bila dah baca berita penuh tu, barulah teman faham. Nampak sangat pengadu tu tak tahu bertutur bahasa Malaysia atau Inggeris. Tertanya-tanya pulak, dia tu warga Malaysia ke? Umur pengadu 48 tahun, tak kan tahu sepatah pun perkataan bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris lagi la ke laut? Macam mana boleh jadi juru jual yek...😂😂😂😂

Tak apa la, biarkan dia dengan cara dia.🤗🤗🤗

Monday, August 29, 2016

Jom Bantu

Jom kita bersama-sama membantu saudara kita ini. Walau pun sumbangan yang kita hulurkan tidak lah sebanyak mana, tapi sekurang-kurangnya dapat meringan beban yang di tanggung oleh mereka. Mereka adalah saudara seagama kita. Jika kita boleh membantu saudara seagama kita yang jauh di seberang laut. Kenapa tidak kita bantu saudara kita ini? Sekarang saudara kita ini memerlukan bantuan kita. Esok lusa, jika di takdirkan kita pula memerlukan bantuan.

Shanizah Mohd Shizan 
Gambar ehsan Harian Metro

Untuk berita lebih lanjut lagi, harap kome boleh layari sisipan portal Harian Metro disini. Bantulah dengan sekurang-kurangnya menyebarkan entry ini. Terima kasih semua. Semoga kalian diberi kebahagiaan dan dimurahkan rezeki, aminn...

Apabila Dato Menteri berlakon iklan...

Sambil belek-belek message WhatsApp yang mencecah ribuan tu, ada satu perkongsian video dari sahabat zaman sekolah dulu. Iklan dari Alam Flora, iaitu syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kebersihan Bandaraya Kuala Lumpur.

Apa yang menarik pasal video nie? Mula-mula itu, teman idok le perasan pelakon-pelakon iklan tu... Yang dok bercakap tu, ingatkan bangla mana la depa ambik... Last-last minit baru perasan, rupanya yang dok bercakap tu rupanya Dato Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan.

Saksikanlah video ini...




Hahahaha... Apa pun, teman tabik pada Dato yang sanggup turun padang untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan mengasingkan sisa pepejal untuk kemudahan bersama. Pak menteri yang lain patut mncontohi beliau, walaupun subjek iklan tu tak berkenaan langsung dengan port folio beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan, tapi sanggup tanpil untuk menyedarkan orang ramai.

Apa yang penting ialah bila diberi amanah, hendaklah ditunaikan dengan sebaik mungkin. Kelak nanti akan dipersoalkan disana.

Pssss.... Teman dah bosan dengan pemimpin yang suka berdolak-dalik, cakap tak serupa bikin, menyalah guna kuasa, fitnah, politik memburuk-burukkan orang... Sangat bosan.... Pilihanraya nanti, tau la dema....

Sunday, August 28, 2016

Kuliah : Nikmat atau Azab

Apabila kita meninggal dunia dan sudah dikebumikan, hanya dua keadaan sahaja yang akan berlaku. Sama ada kita mendapat nikmat atau kita mendapat azab. Tidak akan ada masa rehat untuk kita waktu itu.

Azab dan nikmat kubur 
Gambar ehsan Google.

Jika kita ditentukan mendapat azab di dalam kubur, maka tidak akan ada peluang untuk kita menziarahi dan saling berkunjung. Orang yang dikenakan azab itu akan terus di azab di dalam kubur sehinggalah selesai kesemua dosa-dosanya.

Bayangkan orang yang tidak menutup aurat, sebagaimana hadis Nabi s.a.w, seurat rambut yang didedahkan kepada orang yang bukan mahram, seribu tahun dia akan diazab di dalam api neraka Allah SWT. Itu seurat rambut. Jika satu kepala, bagaimana?

Bagaimana pula orang yang meninggalkan solat? Satu solat yang ditinggalkan, 60 ribu tahun akan dibakar di dalam api neraka Allah SWT. Itu satu rakaat, jika tidak pernah mengerjakan solat sepanjang hayatnya? 60 ribu tahun di dalam neraka Allah SWT, masa yang tidak akan ada penghujungnya lagi, berterusan di azab sehinggalah dosa-dosanya menjadi ringan disebabkan amalan-amalan yang dikerjakan sewaktu di dunia dahulu dan juga doa-doa daripada anak yang soleh. Maka Allah SWT kurangkan dan ringankan dosanya.

Jika tiada zuriat, hanya mengharapkan kepada amalan-amalan soleh yang dilakukan ketika di dunia dahulu. Jika tiada amalan, maka berterusanlah dia menerima azab Allah SWT. Mudah-mudahan, dan pohonlah semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalanga orang yang mendapat nikmat selepas kematian kita.

Petikan dari Maui'zhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh

Saturday, August 27, 2016

Kuliah : Akibat solat di hujung waktu

Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

solat 
Gambar ehsan Google

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya. Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit;

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif. Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang-

Wednesday, August 24, 2016

Wordless : Iklan Pecoh Palo

Wordless untuk hari ini... #Iklanpecohpalo


Iklan nie hanya terdapat di Kelantan saja...

Tuesday, August 23, 2016

Loveats

Tempat makan best di Tanjong Malim. Kali nie teman buat review makan grill burger pulak. Loveats nie terletak di Taman Universiti, Tanjong Malim. Saja nak tukar selera, kita makan burger pulak. Burger kat sini lain dari yang lain. Loveats adalah satu-satunya cafe atau restoran yang menyediakan burger grill di Tanjong Malim.

Loveats Restoran

Di Loveats, ada pelbagai menu berger yang di sajikan. Ada burger daging, ayam, ikan, kambing, dan juga vegetarian. Roti burgernya sangat lembut dan unik. Boleh dikatakan roti burgernya sangat lain dari yang lain. Roti burgernya berwarna kelabu. Kalau dari segi saiz, bergernya hanya bersaiz biasa saja. Tidak lah besar. Burger untuk kanak-kanak turut juga di sediakan. Untuk maklumat lebih lanjut, layari saja Facebook Loveats disini.


Loveats menu


Nie antara burger-burger yang dihidangkan disini.



Untuk kunjungan pertama nie, teman order burger lamb dan burger daging saja secara Ala-Carte. Ada juga hidangan set. Tapi teman saja ambil ala-carte untuk minum petang nie. Tak nak ambil heavy sangat... Nanti tak makan malam pulak... Untuk minuman, teman order A&W Sarsaparilla float saja. Di Loveats nie, kalau hendak order pelanggan perlu pergi ke kaunter sendiri. Self service. Mereka tidak ambil order di meja.

Loveats

Loveats - Kids menu

Selang beberapa minggu teman singgah lagi makan burger kat sini. Bukan apa, adinda teringin nak makan lagi. Memang best dan owhsome sangat lepak dan makan-makan disini. Staff nya sangat friendly. Kali kedua singgah sini, order burger lain pulak. Ada free WiFi access lagi. Kalau nak access WiFi nie, mintak je password kat kaunter. So, bolehlah makan sambil melayari internet, membuat assignment atau check email disini.

Loveats

Untuk Aisar, teman order je meal for kids, chicken sosej grill topping dengan cheese bersama kentang goreng. Bila order kids meal, akan dapat ice cream percuma. Tidak la lama sangat menunggu makanan yang di pesan.

Ok, inilah santapan untuk di habiskan petang nie... Lamb burger...


Loveats - Lamb Burger

Loveats - Beef Burger

Loveats - Lamb Burger

Apa macam... Nampak best kan burger kat Loveats nie... Nie pulak habuan untuk Aisar... Kids Meal, Grill Sosej dan French Fries.


Loveats - Kids Meal

Bila order Kids Meal, akan dapat free ais cream. Nie yang sebenar si Aisar nie nak makan... Gril Sosej dan French Fries tu, papa dan mama dia tolong habiskan.


Free ais cream for kids meal

Untuk membasah tekak di petang hari nie, teman order A&W Sarsaparilla float jer... memang menyegarkan...


A&W Float

Habis sudah makanan yang pesan. Perut pun sudah kenyang. Memang best la makan burger kat sini. Teman sudah ada favorite burger kat sini. Next time, teman terjah makan-makan disini lagi.

Untuk mereka yang bercadang makan-makan disini, teman kongsikan koordinate GPSnya disini : 3.684854, 101.529629

Alamatnya :

22, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak

No Telefon : 05-458 1536 / 012-309 2069

Dibuka dari pukul 5:00 petang hingga 11:00 malam setiap hari kecuali hari sabtu. Setiap hari sabtu, kedai ini akan ditutup.

Jom #tempat makan best di Tanjong Malim
#Makan burger

Monday, August 22, 2016

Al-Kisahnya orang Perak

Anok kome nie koje drebar aje... 

Majid, seorang pemuda yang masih bujang, pendiam dan amat pemalu. Pada hari raya yang lalu, Majid telah berkunjung ke rumah rakannya. Dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya, Majid telah terpandang seorang gadis yang dikenalinya semenjak sekolah lagi. Hatinya telah terpikat, dan berhasrat untuk memperisterikannya.

drebar 

Gambar ehsan Google.

Majid telah menyuarakan hajatnya kepada kedua orang tuanya, dan menunjukkan lokasi rumah gadis tersebut supaya senang kedua ibubapanya hendak pergi meminang nanti. Selepas itu, Majid pun pulang ke bandar dan meninggalkan urusan tersebut kepada orang tuanya.

Selang beberapa hari, kedua orang tua Majid telah mengunjungi rumah gadis tersebut untuk tujuan merisik. Setelah beberapa lama bersembang, bapa gadis tersebut pun bertanya kepada ibu bapa Majid…

Bapa Gadis : Yang sebenornyer, amende ke hajat kome berdua ni datang ke rumoh keme yang borok ni?...

Bapa Majid : Ye la.. dari tadi beborok, tak nyer kabor mender hajat nye yek... Haaa, moknyer.. Ace kabo ke hajat si Majid tu…

Emak Majid : Gini la.. yang sebenornyer, anok bujang keme dah terbekenan dengan anok dara kome.. jadinyer keme ni nok la nanyer, dah ader ke orang yang punye? Kala belum ader, keme nok la merisik-risik…

Emak Gadis : Ooo.. kesohnyer, keme ni pun tok kenei lagi dengan anok deme … Mende kojenyer?....

Emak Majid : Ntoh.. keme ni tk berapa reti nok nyebut base omputih.. kalo bahse Melayunyer.. dia kabo koje drebar ajer…

Emak Gadis : Oooo.. Drebar jer..(Mencebek selalu).. Gini la.. yang sebenornyer, anok keme .. sebenornyer, dah ader orang meminang.. (Dah setat buat bedo'oh…) Budok jantan tu koje opis kat Pejabat Tanoh tu…

Bapa Gadis : Ha’ah.. (Menyokong..) Keme pon mintok maah lah yek, kome ni pon tok tau yang anok keme tu dah ader yang udah mintok… Kiranyer takde jodoh la.. Nok buat ope mane yek….

Bapa Majid : Ye la.. Mengkala udah gitu, keme pon tak buleh la nok buat ape2.. Mende anok kome pon tok setarap dengan anok keme.. Nanti la keme kabo ke anok bujang keme nanti…

Emak Gadis : Ye la.. memang idak setarap lah yek..... Anok keme kerani pejabat loyor.. anok kome drebar...

Lalu kedua ibu bapa Majid pun memohon untuk berundur. Selesai bersalaman, sedang mereka menuruni tangga, emak gadis tersebut pun bertanya…

Emak Gadis : Dreba ape anok kome tu?.. Lori Balok ke Lori Bijih…?

Emak Majid : DREBA KAPEITOBANG!!! (Sambil masuk ke dalam kereta..)..

Dari jauh terdengar suara gadis tersebut meraung kat dapur. Kedua ibubapanya menepuk dahi masing-masing…

orang dah ngabokan... orang tamok sentiase rugi😆😆😆

Sunday, August 21, 2016

Kuliah : Anak derhakakah kita?

Mungkinkah kita tanpa disedari tergolong dalam golongan anak yang derhaka kepada ibu bapanya...? Sekadar perkongsian. Sama-samalah kita renungan, semoga mendapat iktibar darinya.

Anak derhaka 


Tuesday, August 16, 2016

Tolong sebarkan

Mohon bantuan kepada pengunjung blog apakehei untuk sebarkan berita kehilangan adik Noor Amila Edrus Norsham, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang di perumahan Jinjang, Kepung, Selangor. Untuk maklumat lanjut, kome boleh klik disini untuk pautan berita Utusan Malaysia. Sama-sama la kita doakan semoga kakak-kanak ini ditemui dengan selamat.

Noor Amila Edrus Norsham
Gambar ehsan Utusan Malaysia 
Utusan Malaysia 

Monday, August 15, 2016

Memancing di kawasan larangan

Ada sepasang suami isteri pergi memancing di satu pulau.. tidak lama kemudian si suami ingin berehat, lalu si isteri pergi bersendirian dengan speed boat di tempat yang dilarang memancing itu dan secara kebetulan didatangi oleh pengawal tempat itu...

Belayar

Gambar ehsan Google.

Pengawal: Selamat pagi puan

Isteri: Selamat pagi

Pengawal: Tahukah puan tempat ini dilarang memancing..?

Isteri: Ya saya tau...

Pengawal: Kalau begitu saya akan menangkap puan, kerana puan memancing di tempat yang terlarang.

Isteri: Apa masalahnya..? Apakah ada tanda-tanda bahawa saya mahu memancing..?

Pengawal: Itukan puan ada bawa alatnya untuk memancing...

Isteri: Kalau begitu, saya juga akan melaporkan awak kepada pihak berkuasa...

Pengawal: Puan mahu laporkan saya tentang apa..?

Isteri: Saya akan melaporkan awak mahu merogol saya..

Pengawal: Adakah tanda-tanda bahawa saya mahu merogol puan..? Menyentuh pun tidak

Isteri: Tapi awak bawa alatnya...

Pengawal: ?????????????????
😂😂😂😂😂

Tuesday, August 9, 2016

Kuliah : Nafkah dan tanggungjawab apabila kematian suami

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Pembahagian Faraid 

Gambar ehsan Google.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yang kematian suami.

1. Semasa hidup simati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best-best, bergaji besar.

2. Rezeki anak-anak simati dapat beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tapi tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dalam bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak-anak tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati untuk si isteri dan anak-anak.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 orang anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta-harts simati akan dapat juga pada adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dapat paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula naps-nas dan dalil-dalil bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh sibalu dengan anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka-mereka itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak-anak dengan jumlah yang sibalu dapat dan anak simati dapat mustahil dapat cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan sibalu, si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris-waris semua lesap lepas dapat bahagian massing-masing.

Walaupun berhak pada harta simat tapi kena tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul jangan ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri... ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa bila gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak simati, tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik-adik kite suami kita anak-anak kita dari bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi teman nak ingatkan apa yang agama ajar, bila simati meninggalkan anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah untuk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, tanggung diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sangat adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kene menanggung orang-orang dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan  diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjawab si wali-wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih si yatim adalah perempuan) dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban /membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! Dapat pembahagian harta simati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam

Monday, August 1, 2016

Menara jam tinggalan penjajah di Kuala Kubu Bharu

Monument peninggalan penjajah di Kuala Kubu Bharu. Menara jam ini telah dibina sekitar tahun 1930an lagi sempena pertabalan King George VI dan Ratu Elizabeth. Menara jam ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Tanah dan Galian, Kuala Kubu Bharu. Walau pun binaan ini merupakan artifak bersejarah, tetapi tiada pihak yang tampil untuk memelihara khazanah negara ini. Lokasinya agak strategik juga, dimana ia terletak diatas bukit yang boleh dijadikan tempat riadah di hujung minggu. Bagaimana pun, monument ini terbiar sepi di tepi bukit itu.

Clock Tower, Kuala Kubu Bharu

Mungkin ada yang tak tahu kewujudan monument ini di Kuala Kubu Bharu. Teman pun sebab teman ada urusan di Pejabat Tanah dan Galian tu. Kalau tak, teman sendiri pun tak tahu pasal binaan nie.