Sunday, February 21, 2016

Kuliah : Amalan seumpama bekas bocor

Kita ambil wuduk dengan sempurna tapi membazir air, ia seumpama bekas BOCOR...

Kita solat, sedekah, baca Quran, pergi haji dan umrah banyak kali tapi kita sering membuat memfitnah atau mengumpat orang, ia seumpama... bekas BOCOR...

Kita beri banyak sedekah dengan belanja kawan-kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. Ia seumpama... bekas BOCOR...


Gambar ehsan Google.

Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat pada Allah tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci dan ia seumpama... bekas BOCOR...

Kita kuat beramal membaca Al-Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. Ia juga seumpama bekas BOCOR...

Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada orang lain dengan tujuan memikat. Ia boleh di umpamakan seperti bekas BOCOR...

Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberiannya Ia umpama bekas BOCOR...

Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. Ini juga boleh di umpamakan seperti bekas BOCOR...

Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa Allah jadikan hidup kita terseksa begini. Ia juga di umpamakan bekas BOCOR...

AYUH.. sahabatku mari kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan diBOCORkan bekas itu Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk. Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan Allah SWT di akhirat kelak.

* Peringatan utk diri sendiri serta sahabat-sahabat ku semua. * 

Saturday, February 20, 2016

Kuliah : Kisah lembu dan tuannya

Sekadar perkongsian pagi nie. Bila kita tidak solat, samalah diri kita dengan haiwan tu.

Suatu kisah tuan dan lembunya.

Lembu

Gambar ehsan Google.

LEMBU : Aku makan rumput. Tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. Makanan kita tidak sama.
LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAKI : Aku tidur atas katil. Engkau tidur dalam kandang, mana nak sama.

Tiba-tiba kedengaran laungan azan....

LEMBU : Itu suara apa tuan?
LELAKI : Seruan azan ajak bersembahyang.
LEMBU : Tuan tak sembahyang ke?
LELAKI : Tidak...
LEMBU : Samalah kita Tuan...

Thursday, February 18, 2016

Petua : Untuk menghilangkan ruam pada bayi

Ruam pada bayi. Baby yang baru lahir selalu ada masalah nie. Ruam menyebabkan baby tidak selesa dan kerap menangis. Ini pastikan akan merunsingkan ibu bapanya. Bagi mengatasi masalah ini, boleh lah cuba petua ini.



Gambar ehsan Google.

Pernah dengar daun letup tak? Daun letup nie banyak khasiatnya. Pokok letup ini adalah tumbuhan yang menjalar. Biasanya daun letup nie boleh didapati di kawasan semak. Ambil segenggam daun letup. Kemudian rendamkan kedalam air suam bersama sedikit ibu garam. Ramas perlahan-lahan kemudian mandikan bayi dengan air tersebut. Lakukan setiap kali bayi di mandikan sehingga hilang ruam tersebut.


Wordless : Showcase Kuala Lumpur

Bukan senang nak tengok permandangan macam nie. Walau pun sudut kamera tidak berapa menarik, Tapi teman ambil juga untuk entry Wordless.

Showcase Kuala Lumpur

Sunday, February 14, 2016

Leftenan Adnan Bin Saidi

Hari ini Dalam Sejarah. Pada petang hening, 14 Februari 1942.

Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura. Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi2 tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun. Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.


Gambar ehsan Google.

Kendati pun diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun. Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh. Leftenan itu lebih rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan jagaannya dirampas musuh.

48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi2 silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan beliau dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.

Jeneral Yamashita berkata selepas berjaya membunuh Leftenan Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu; "Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun." Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir.

Hari ini, kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau kerana pada hari ini, pada petang hening, 14 Februari, 1942, Leftenan Adnan Bin Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya.

Innalillahiwa'innailaihiro'ji'un.

Friday, February 12, 2016

Sam Seng Tau

Ini baru samseng sebenar.

Polis : luu siapa.....apa u buat kat sini
Cina : gua samseng tau
Polis : apa .....berani u kata u samseng
Cina : haiyaaa.....betul lah gua... samseng tau
Polis : berani hang ....nanti I tangkap u masuk lokap....
Cina : haiyaaa cakap nama pun kena tangkap ke.....ulang ulang Malaysia Manya terok lol........
(Dengan tunjuk ic beliau kepada polis)


Jangan tension sangat kerja tu. Hari nie kan hari Jumaat. Esok dah cuti. Boleh rileks.

Thursday, February 11, 2016

Petua : Untuk mengelak kulit melecur

Petua untuk mengelak kulit melecur akibat terkena air panas. Bila bekerja di dapur, kadang-kadang tanpa di sedari, secara tidak sengaja terkena air panas yang boleh mengakibat kulit melecur. Kalau tak terkena air panas, terkena percikkan minyak panas semasa mengoreng. Semua ini terjadi jika tidak berhati-hati semasa di dapur.

Colgate Cooling Ice

Gambar ehsan Google.

Sebagai langkah rawatan segera, teman kongsikan satu petua untuk mengelak kesan melecur akibat terkena benda panas.

Ubat gigi

Gambar ehsan Google.

Cara yang paling mudah sekali mengubati kulit melecur adalah dengan menyapukan ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik sahaja terkena api atau benda panas.

Setakat nie teman tak pernah praktikkan petua nie lagi. Kalau kome ada yang terkena benda panas dan kulit melecur. Cuba lah petua nie ye...

Sunday, February 7, 2016

Kuliah : Kelebihan orang yang bersyukur

Tazkirah untuk hari ini...


Dan daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak harus bersifat hasad (iri hati) melainkan dalam dua perkara iaitu : Seseorang yang dikurniakan oleh Allah al-Qur’an (dihafaz dan difahaminya), maka ia membacanya sepanjang malam dan siang dan seseorang yang dikurniakan Allah harta lalu ia membelanjakannya (ke jalan yang diredhai Allah) sepanjang malam dan siang.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, February 6, 2016

Kuliah : Mengejut anak untuk solat subuh

Mendidik anak- anak untuk solat 5 waktu, sebaik-baik dilakukan seawal mungkin. Bila dah besar baru nak ajar, memang payah la. Solat cukup 5 waktu itu sendiri secara tidak langsung dapat mendisiplinkan anak kita dan mengajar anak tentang tangungjawab kita kepada Allah. Solat adalah hubungan kita dengan Allah. Jaga solat, insyaAllah kita dalam perlindungan Allah.


Gambar ehsan Google.

Biasanya, yang payah dibuat ialah mengejut anak untuk solat subuh.

Seorang wanita bertanya kepada mufti : "Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?

Mufti menjawab: "Apa yang akan kamu Iakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak—anak kamu sedang tidur?" 

Wanita itu berkata: "Saya akan mengejutkan mereka dari tidur". 

Mufti menjawab: "Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?" 

Wanita itu kemudian menjawab: " Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah.

"Mufti kemudian menjawab: "Jika itu apa yang kamu akan Iakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia, Iakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak." Sayang dan bimbingi Iah mereka ke jalan Allah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Wednesday, February 3, 2016

Wordless : Pagi yang indah

Damainya ku rasakan pada pagi ini.

Pagi di Kuala Lumpur

Pagi di Kuala Lumpur

Pagi di Kuala Lumpur

Monday, February 1, 2016

Nak cari plumber atau tukang paip di saujana Utama Sungai Buluh?

Anda ada masalah paip air bocor? Jangan risau. Jika anda berada di Saujana Utama Sungai Buluh dan kawasan sekitarnya,  boleh lah hubungi En Junaidi di nombor 018 252 8256. Beliau sedia membantu anda.



Message ini di kongsikan oleh admin apakehei.