Kita ambil wuduk dengan sempurna tapi membazir air, ia seumpama bekas BOCOR...
Kita solat, sedekah, baca Quran, pergi haji dan umrah banyak kali tapi kita sering membuat memfitnah atau mengumpat orang, ia seumpama... bekas BOCOR...
Kita beri banyak sedekah dengan belanja kawan-kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. Ia seumpama... bekas BOCOR...
Gambar ehsan Google.
Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat pada Allah tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci dan ia seumpama... bekas BOCOR...
Kita kuat beramal membaca Al-Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. Ia juga seumpama bekas BOCOR...
Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada orang lain dengan tujuan memikat. Ia boleh di umpamakan seperti bekas BOCOR...
Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberiannya Ia umpama bekas BOCOR...
Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. Ini juga boleh di umpamakan seperti bekas BOCOR...
Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa Allah jadikan hidup kita terseksa begini. Ia juga di umpamakan bekas BOCOR...
AYUH.. sahabatku mari kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan diBOCORkan bekas itu Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk. Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan Allah SWT di akhirat kelak.
* Peringatan utk diri sendiri serta sahabat-sahabat ku semua. *
peringatan utk kita semua..moga dikuatkan iman..
ReplyDeleteNak kena jaga amalan kita selalu. Walaupun dah lama buat, boleh jadi BOCOR juga jika tak kena cara. Apa yang penting kena ikhlas.
ReplyDelete