Sunday, November 29, 2015

Kuliah : Pentingnya adab

Solat di masjid itu penting... tapi adab dalam masjid itu lebih penting. Solat itu penting... namun adab dalam solat itu lebih penting. Membaca Al-Quran itu penting... namun adab membaca Al-Quran itu lebih penting. Kerana amalan tanpa adab tidak akan ada keberkahannya.


Gambar ehsan Google.

Sebagaimana ada seseorang yang ingin memberikan hadiah yang besar kepada raja namun dengan pakaian yang tidak sopan, dengan tangan kiri, dengan perlakuan yang biadab... tentu saja raja akan murka dan menolak hadiah tersebut kerana hakikatnya raja tidak perlu pemberian. 

Namun sebaliknya walaupun pemberiaan yang kecil namun dengan adab yang baik akan membuat seorang raja gembira dan menerima pemberian tersebut walaupun hakikatnya raja tidak perlu dengan pemberian tersebut. 

Adab adalah mengagungkan segala sesuatu yang berhubungan dengan agama. Seringkali lahirnya para ulama adalah kerana ibubapanya memuliakan Adab. 

Sultan Muhammad Al Fatih, panglima besar penakluk Konstantinopel (Istanbul) [yang mana kelahirannya telah difirasatkan Rasulullah sebagai pemimpin terbaik bersama tentera terbaik akan membuka Konstantinopel]. Disebutkan bahwa ibubapanya sangat memuliakan adab. Dikisahkan orang tuanya tidak pernah duduk apabila dirumahnya ada al-Quran .. 

Dalam kitab Ihya, seseorang yang menghormati orang dunia lebih daripada orang akhirat maka anaknya tidak akan pernah jadi anak soleh apa lagi ulama 

Raja Rom mendapatkan keberkahan kerana adab, ketika dikirim surat oleh Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam dia menjaga surat dan menyimpannya maka Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam berkata bahawa kerajaan Rom (Eropah) tidak akan runtuh sampai hari kiamat. 

Sebaliknya Raja Parsi ketika dikirim surat oleh Baginda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa sallam dia merobek, menyiat dan membuangnya maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam berkata kerajaan dia akan runtuh. Maka runtuhlah kerajaan Parsi. 

Dengan adab, amal kecil akan bernilai besar dan sebaliknya tanpa adab amal besar bisa tidak bernilai... 

Semoga kita dapat menjaga adab-adab dalam setiap amal perbuatan kita. Semoga hari-hari kita di berkati oleh Allah dengan adab. 

Aamiin. 


(catatan singkat bayan Kyai Uzairon) 


*Maksud adab ialah meletakkan segala sesuatu sesuai pada tempatnya dan kedudukannya.

*Sekadar perkongsian untuk renungan bersama.

2 comments :

  1. adab itu melambangkan sifat kita ...

    ReplyDelete
  2. Begitu penting menjaga adab. Kena baiki yang mana kurang lepas ni. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...