Susah nak tengok bunga Bakawali di Taman Larangan, Impiana Palace nie berkembang mekar. Teman pun dah tak ingat sudah berapa kali pokok Bakawali nie berbunga. Orang tua-tua pernah kata, masa pokok nie berbunga dan berkembang, ada 'Penjaga' yang menjaga pokok bunga nie. Mereka kata lagi, ketika pokok bunga bakawali ni akan berbunyi ketika bunga nya hendak berkembang. Entah laa.. Tak pulak teman dengar bunyi masa bunga Bakawali nie nak kembang. Misteri kan bunga Bakawali nie.
Gambar nie teman ambil pada 1 November, 2014 pukul 12 tengah malam. Weiii... seram juga masa nak rakam gambar nie... dah la dengar bunyi salakan anjing berdayu-dayu... sejuk pulak tu... perghhh... scary betul laaa... :)
Kenapa nak ambil gambar bunga nie tengah malam... Sebab bunga Bakawali nie hanya kembang pada waktu malam sahaja. Itu pun untuk sehari je... Lepas tu, kuntuman bunga Bakawali tu akan layu dan gugur ke tanah. Memang unik.
pertama kali tengok bunga bakawali . pernah tanam pokok tu tapi tak perasan pernah berbunga ke tidak ...
ReplyDeleteMemang takut jika macam tu. jam 12 ambil gambar dia. Memang seram. Tapi bunganya cantik.
ReplyDeletesubhanallah..cantiknya bunga bakawali ni..teringat lagu ally mazlin tajuk bakawali..
ReplyDelete