Saturday, September 26, 2015

Kuliah : Doa untuk berhenti merokok

Anda berhajat untuk berhenti merokok? Amalkan doa untuk berhenti merokok seperti berikut:

1. Baca Surah al-Fatihah
2. Selawat Nabi sebanyak 100 kali
3. Ayat Kursi 100 kali
4. Surah al-Ikhlas 100 kali
5. Baca Surah al-Maidah ayat 90-92 sebanyak 70 kali


Insya-Allah, masalah tersebut boleh dihentikan dengan usaha dan istiqamah.


Perkongsian dari FB AnugerahQuran.

Sunday, September 20, 2015

Kuliah : Tujuh perkataan mulia yang perlu diucapkan setiap hari

Sekadar perkongsian. Boleh dijadikan amalan kita setiap hari. Semoga kita dapat memperbaiki diri dan istikomah dalam setiap perkara yang kita lakukan.


Saturday, September 19, 2015

Kuliah : Dekatkah diri kita dengan masjid atau surau?

Jauh atau dekatnya rumah seseorang itu dengan surau atau masjid bukanlah menjadi kayu  pengukur jarak yang membolehkan seseorang itu untuk hadir bersembahyang di surau atau masjid. Tetapi ianya di ukur dekatkah hati seseorang itu dengan surau atau masjid. Jika surau atau masjid di sebelah rumah pun belum tentu seseorang itu akan hadir untuk bersolat berjemaah di surau atau masjid. Mungkinkah kita tidak di izinkan untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak

Saturday, September 12, 2015

Kuliah : Sunnah sebelum tidur

Jom amalkan sunnah nabi sebelum tidur.

Sunnah sebelum tidur

Friday, September 11, 2015

Jerebu semakin teruk di Kuala Lumpur

Sekitar 4.30 petang di Kuala Lumpur, jerebu semakin teruk.

Jerebu

Jom belajar pelbagai cara ikat tali kasut

Cara ikat tali kasut paling owsome. Teman hanya tahu dua cara saja untuk mengikat tali kasut. Rupanya ada banyak lagi cara yang boleh kita guna untuk mengikat tali kasut. Dah boleh dijadi fesyen dan tred terkini untuk di suaikan dengan pakaian kita.

Ladder

Zipper

Double Back

Loop Back

Bushwalk

Sawtooth

Footbag

Display

Hash

Twistie

Hidden knot

Ridding Bow

Checkerboard

Lattice

Bi-Colour

Gambar ehsan Adidas

Apa macam, ada tak cara ikat kasut yang kome suka?

Thursday, September 10, 2015

Petua : Masalah saluran jantung tersumbat

Sayangi jantung anda dengan tidak merokok dan amalkan gaya hidup yang sihat dan selalu bersenam. Dua bulan sudah sahabat teman telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung atau angiografi / bypass. Minggu sudah pula, office mate teman pula telah disahkan dua dari tiga saluran jantungnya tersumbat. Actually, petua ini di kongsikan beliau.

Arteri


Ini adalah rawatan alternative yang boleh di ambil jika tidak mahu melalui pilihan akhir iaitu pembedahan pintasan jantung. Jika melalui carian Google, ramuan ini sebenarnya di cipta oleh seorang doktor bernama Vaid Sahab di Auyerveda.

Penawar Jantung tersumbat


Ramuan tu teman kongsikan di sini;

  • Air perahan lemon - 1 cawan
  • Cuka apple - 1 cawan
  • Air halia - 1 cawan
  • Air bawang putih - (7 ulas bawang putih + air suam)


Didihkan keempat-empat bahan di atas selama 40 minit. Kemudian sejukkan. Setelah sejuk campurkan 3 cawan madu lebah (asli). Kacau sehingga sebati. Masukkan didalam botol kaca dan simpan didalam peti sejuk.

Gambar sebelum pengambilan

Arteri tersumbat - Sebelum

Gambar selepas pengambilan

Arteri tersumbat - Selepas

Gambar ehsan Google.

Cara pengambilan.
Minum campuran ini sebanyak 3 sudu besar (sudu makan) semasa perut kosong. Amalkan selama sebulan bagi mereka yang telah disahkan mengalami masalah jantung tersumbat.

Boleh juga di jadikan amalan sebagai langkah pencegahan. Nak mudah beli je kat kedai. Jus ini telah pun di komercialkan. Klik kat sini untuk under online atau ke laman FB mereka disini.

Monday, September 7, 2015

Spotted : AJA18

Spotted kereta bernombor plat AJA 18. Sekali tengok dah jadi AJAIB pulak daa...

AJA18

Saturday, September 5, 2015

Kuliah : Ubat penyakit sombong

Dalam segment kuliah pagi ini, teman nak kongsikan macam hendak menghindarkan atau menjauhkan diri dari sifat sombong.


Gambar ehsan Google.

Diam dan jangan banyak bercakap. Maniskan dalam senyuman.
Biasanya kalau banyak bercakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita. Berkata pada perkara yang perlu dan lebihkan senyuman.

Berasa cukup dengan apa yang dimiliki.
Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tidak puas dan hendak lebih lagi.

Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular.
Biasanya kalau sudah popular nanti akan pandang rendah pada orang lain.

Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan saling hormat-menghormati.
Biasanya kalau tidak ada rasa belas kasihan nanti sifat zalim pula yang akan hadir.

Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain.
Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kiya hilang kawan atau tiada kawan langsung.

Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah s.w.t. Jika kita tidak bermuhasabah diri, nanti kita hanya tahu yang diri kita ini kononya bagus.

Selalulah berdoa dan memohon taufik dan hidayah dari Allah s.w.t. Jika kita tidak berdoa, di khuatiri kita akan di jangkiti penyakit "Syirik kecil". Nauzubillah.

Friday, September 4, 2015

Spotted : WRY 7

Teman terserempak dengan kereta Ferrari nie di Bukit Gambang City Resort pada 31 Ogos lepas. Cukup sporty. Tred mark kereta Ferari nie memang selalu warna merah yer. hehehe... Cute la kereta nie... Nombor pun cantik... WRY 7. Pergg... tak sapa nak bagi teman duduk kat ruang driver tu... :(

WRY 7

Apa pun, kereta Ferrari nie memang sangat ohhsome... Kalau kome nak tahu pengasas kereta Ferrari nie bernama Enzo Ferrari. Kalau nak baca mengenai tokoh, sila la klik disini ye. Kalau nak tahu bagaimana sejarah Ferrari bermula, kilangnya di bom ketika perang dunia kedua... klik la disini ye... Betapa hebatnya kereta Ferrari nie di mana kereta pertamanya adalah dari model Ferrari 125S yang di keluarkan pada tahun 1947 sehingga la menjadi kereta yang termahal di dunia dari model 1962 Ferrari 250 GTO yang dijual pada harga $38,115,000.

Teman tak pasti kereta nie dari model yang mana. hehehehe... rare type agaknya...

Thursday, September 3, 2015

Petua : Untuk memutihkan wajah

Memutihkan atau mencerahkan wajah. Nie bukan untuk mempromosikan produk Qu Puteh. Dalam entry ini teman hendak kongsikan bagaimana orang terdahulu mengamalkan petua ini untuk memutih dan mencerahkan wajah mereka


Gambar ehsan Google.


Untuk mengamalkan petua, bahan utama yang di perlukan ialah buah avocado. Selain enak di buat jus, buah avocado ini banyak manfaatnya untuk kesihatan. Antaranya ialah untuk memutihkan kulit.


Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja, ambil buah Avocado dan kupas kulitnya. Kemudian gosok buah avocado ini perlahan-lahan pada bahagian wajah selama 15 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari. Kulit akan menjadi lebih bersih dan cerah.