Tika seorang muslim itu meninggal dunia, bagi mereka yang suka membaca Al-Quran.. maka Al-Quran itu akan dtg dan duduk di antara jasadnya dan kain kafan. Dan di dalam kubur nanti, ketika Malaikat Mungkar dan Nangkir dtg utk menyoal si mati itu tadi, maka Al-Quran akan datang dan berada di antara ruh yg sedang duduk itu dan malaikat yang akan menyoal.
Gambar ehsan Google.
Lalu berkata para malaikat, "Ketepi kau dari situ, kami datang mahu menyoal ruh ini, jangan kau menghalang pandangan kami". Lalu berkata Al-Quran kepada para malaikat " Manusia ini ketika hayatnya selalu bersamaku, aku akan perlihara dia dari kesusahan kubur".
Al-Quran itu akan berpaling kepada ruh itu tadi, dan berkata kepadanya "Ketika di dunia, kau selalu membacaku, setiap malam dan siang kau mengalun suara dengan ayat² ku, kau mencintaiku tak kenal waktu, maka dengan itu aku jadikan kau kekasihku kini, dan org yang aku cintai akan pula sangat dicintai oleh Allah swt. Bertahanlah dikau jangan kau gentar, aku akan membelamu!"
Lalu Al-Quran kembali memandang malaikat lalu berkata "Jalankan apa yg diperintahkan padamu ke atas ruh ini, akan tetapi aku bersaksi atas pemilik Kaabah dan pencipta teragung bahawa aku akan menyelamatkannya dari segala kesusahan yang mungkin mendatanginya dan akan menemankannya masuk ke dalam Syurga!"
MashaaAllah!! Bacalah Al-Quran walau hanya satu huruf kerana ia adalah teman kita di alam barzakh.
Allahuakbar. Semoga kita mendapat iktibar dari perkongsian ini.
Sumber : IKIM
Kena selalu baca Quran. Boleh jadi teman dikubur nanti.
ReplyDeleteThnks for sharing. :-)
ReplyDeleteSemoga kita semua terus istiqamah dalam membaca Al quran..
ReplyDeleteMelatih diri proses perubahan..walaupun sukar..namun walau sepatah ayat pun untuk permulaan yg paling utama adalah tindakan dan ingat-mengingati.