Monday, December 15, 2014

No plat kereta lain dari yang lain

Kereta Viva Elite bernombor WTE 3792 teman jumpa di Plaza Tol Subang NKVE hari Jumaat (12 December, 2014). Saja jer nak buat entry pasal kereta nie. Nombor plat kereta nie bukannya unik pun. Cuma apa yang menarik perhatian teman, kedudukan susunan nombor plat kereta nie. Kat kedai mana lah agaknya owner kereta nie buat nombor plat tu ye?

Viva WTE 3792


Tapi kat kereta tu ada kesan kemek sket... Mungkinkah pada asalnya kedudukan nombor plat normal, tapi bila kena langgar nombor tu jatuh ke bawah... nampak macam kartun sangat lah pulak :d kan... Saiz huruf dan nombor pun tak sama...

Tak kisah la... agak-agaknya kedudukan nombor plat macam nie, JPJ saman tak?

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...