Wednesday, October 15, 2014

Manggis ohh.. manggis

Buah Manggis. Dalam bahasa Inggeris, depa panggil buah nie mangosteen. Kalau buah durian dikenali sebagai sebagai raja segala buah,  buah manggis pula di kenali sebagai ratu segala buah. Dalam satu pokok manggis, ada pelbagai warna buah manggis yang masak dan bagi satu pokok manggis, buahnya boleh mencapai sehingga seribu biji buah. Buah manggis nie ada yang  berwarna hitam, merah dan coklat karat.

Buah Manggis

Nie warnanya bila dah masak lah. Kalau buah manggis yang belum masak atau muda tu, warnanya ialah hijau kekuning-kuningan. Bila warna pink pula tandanya buah manggis nie sudah mula hendak masak. Orang kampung teman panggil buah yang berwarna pink nie "darah ikan". Unik bukan buah manggis nie.

Buah Manggis

Teman memang sangat suka makan buah manggis nie. Teman nie kalau setakat 50 biji tu, biasa jer. Nie baru rasa jer tau... Tapi, dalam banyak-banyak buah manggis tu hanya buah manggis yang berwarna merah dan coklat karat saja yang menjadi favourite teman.

Apa yang teman nak kongsikan disini, macam mana kome ambil buah manggis nie? Pertanyaan nie hanya untuk orang yang ada pokok manggis saja. Kalau orang yang tak ada pokok manggis nie, confirm lah depa pegi beli kat kedai kan. Teman pulak,  kalau nak makan manggis nie panjat je pokok manggis kat dusun tu.

Buah Manggis

Buah Manggis

Buah Manggis

Actually, ada macam-macam cara untuk mengambil buah manggis nie. Salah satunya, petik je buah manggis tu dengan tangan. Kalau rendah tak payah panjat. Kalau tinggi kena lah panjat atau pun ambil dengan galah.

Ada setengah orang tu panjat pokok manggis dan kemudian  di gegar atau di goncangnya dahan manggis itu untuk menjatuhkan buah manggis itu. Cara ini sebenarnya merosakkan buah manggis dan mengakibatkan buah manggis itu tidak tahan lama. Buah manggis yang jatuh ke tanah menyebabkan isinya, kemerahan dan buah manggis itu akan menjadi keras seperti batu.

Teman memang suka memanjat pokok manggis nie. Masa teman remaja dulu, seronok ke main bila dapat panjat pokok manggis nie. Masa panjat naik ikut batang pokok manggis tu. Bila turun pulak, teman ikut dahan je. Ada dua tiga pokok manggis kat rumah nie yang rendang je. Pokok-pokok nie yang teman suka sangat panjat. Kalau kome nak tahu, pokok manggis nie dahan nya agak liat dan tidak mudah patah.

Buah Manggis

Saat  memanjat pokok manggis nie yang paling best bila sampai ke puncak pokok dan tubuh kita boleh keluar di hujung puncak pokok manggis tu. Pokok manggis pula berbuai-buai kiri dan kanan ditiup angin. Best sangat duduk di atas tu sambil ditiup angin. Sambil duduk diatas tu, sambil makan buah manggis. Seronok betul, hehehehe...

Kalau buah manggis tu jauh sangat untuk dicapai dengan tangan, boleh lah guna galah untuk mengambilnya. Galah untuk mengambil buah manggis nie ada bakul khas yang teman anyam untuk memudah dan menghindar buah manggis dari jatuh ke tangan. Senangkan... Hasil dari kreativiti ini, seseorang itu boleh mengambil 3 biji buah manggis dalam masa satu minit. Rekod ini diambil di mana kedudukan buah manggis tersebut berdekatan di antara satu sama lain.

Nie galah yang biasanya teman buat untuk mengambil buah manggis yang tak dapat di capai dengan tangan. Design nie arwah datuk yang reka. Pernah juga tengok orang kampung guna penapis serbuk teh macam kat kedai mamak tu di ikatkan pada buluh yang di jadikan galah tu. Untuk design yang biasa teman guna nie, di hujung bahagian atas galah tu di belah kecil untuk di buat bakul. Kemudian di sumbatkan dengan manggis muda supaya muncung galah tu terbuka. Lepas tu belahan buluh tu di ikat dengan tali, rotan atau pun dawai. Macam kat gambar di bawah nie...

Jolok buah manggis

Jolok buah manggis

Jolok buah manggis

Agak-agaknya lah tuan tanah +Pokok Manggis Depan Rumah tu panjat pokok manggis kat depan rumah dia tak :d

Isi buah manggis ini berwarna putih bersih dan rasanya pula, masam-masam manis gitu. Kalau nak tahu macam mana rasanya, kome makan sendiri lah :)


Gambar ehsan Google.

Masa jenjalan dalam dusun tu, terjumpa pulak buah durian nie yang baru je luruh. Mujurlah sekarang nie teman sedang berpuasa. Kalau tak, confirm dah selamat buah nie masuk dalam perut teman. Nie durian kampung. Memang sedap, lemak berkrim di sukai ramai...

Durian kampung

Kat dusun nie, bukan setakat pokok manggis je yang boleh di panjat. Pokok langsat nie pun boleh di panjat. Tapi tak boleh la nak berselfy bagai kat atas pokok nie. Tu pantang larangnya. Nanti jatuh pulak. Meh tengok buah langsat muda nie. Tak lama lagi masak lah nie...

Buah Langsat

Buah Langsat

haaa... nampak tak buah langsat tu... masih hijau lagi... bila buah langsat nie dah masak, warnanya putih kekuningan. Buah langsat nie, kalau nak di petik perlu guna gunting buah. Kalau di jolok dengan galah, alamat jatuh bertaburan lah jawabnya.

Ok lah setakat nie pasal cerita buah-buahan di dusun. Kalau nak setakat nak cerita pasal buah rambutan, cempedak, nangka tu... biasa sangat. Anyway, next time bila berkesempatan, teman cerita pulak buah yang sangat rare di pasaran.

3 comments :

  1. saya pun suka manggis, sedapp
    tapi susah nak dapat
    :)

    ReplyDelete
  2. Patutlah tersedak. Balik kampung ni nk kena panjat maggis juga nanti ni. :-)

    ReplyDelete
  3. amboi... buat saya teringin je nak makan manggis, sabo je laa..kalo Izni jiran sebelah umah ke depan umah saya dan gi ngendeng dah minta, heeee

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...