Thursday, October 9, 2014

Laman Grill Steak and Bar-B-Que

Tempat makan best di Shah Alam - Laman Grill Steak and Bar-B-Que yang terletak di Laman Seri Business Park, Shah Alam. Biasa lah, teman nie kalau nak pegi ke suatu tempat yang baru, teman mesti buat research sket. Sumber utama untuk mendapatkan info, mesti lah mengunakan carian Google. So, meng Google lah teman petang tu sebelum solat maghrib  tu untuk mencari lokasi kedudukan Laman Grill Steak. Dekat je rupanya lokasi Laman Grill Steak nie dari Saujana Utama. Ingatkan jauh benor. Rupanya dah selalu lalu kat area tu. Teman saja yang tak tau ada tempat makan yang famous kat dalam tu.


Laman Grill


Teman kongsikan koordinate GPSnya dibawah.


3°05'32.9"N 101°32'37.1"E

Alamatnya :
G33, Blok 5, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13
Shah Alam, Selangor.

Phone No : 03-5523 7386

Nie teman kongsikan hasil carian Laman Grill Steak and Bar-B-Que di Google Maps. Yang best sekali, di Google Street View, kome boleh tengok dekorasi Laman Grill Steak and Bar-B-Que nie. Klik kat sini kalau kome nak cuba view guna Google Street View. Laman Grill Steak and Bar-B-Que nie menyediakan makanan berkonsepkan Itali. So, sesiapa yang nak mencuba Italian food boleh la datang ke sini. Nie pun, first time buat teman dan keluarga di restoran Itali.

Laman Grill - Google Street View

Disebabkan kunjungan di Laman Grill Steak ni bersempena hari istimewa teman, so makanan yang teman nak order pun tentu la yang paling istimewa kat sini. Bila baca review kat internet, macam-macam review yang ada. Ada yang positive dan tidak kurang juga yang negative.

Laman Grill Steak and Bar-B-Que nie adalah milik Chef Zubir, salah seorang juri untuk program Master Chef kat ASTRO tu.


Chef Zubir

Teman nasihatkan kalau kome nak datang kesini, buatlah tempahan awal. Call je no nie 03-5523 7386 dan untuk maklumat lanjut, kome boleh layari web site Laman Grill. Kome boleh like FB Laman Grill Shah Alam disini.


Laman Grill Steak and Bar-B-Que


Deco

Jom tengok menu apa yang best kat sini.


Menu

Main Fare

Main Fare

Baby Lamb

Sweat Ending

Sweat Ending

So, apa menu yang nak di pilih ye... mmm... semuanya nampak best... Ok la, teman dah buat pilihan... Teman nak cuba Australian Baby Lamb Foreshank... adinda pun buat pilihan yang sama juga... Untuk Aisar, dia lebih gemarkan pasta... So, mamanya dah pilihkan Spageti Carbonara Assorted Mushrooms in cream sauce. Maaf, teman tak share gambarnya dalam entry nie.

Manakan tidak, sampai je pinggan spageti tu, terus ngap masuk mulut Aisar :) Lapar sangat lah tu. Untuk minuman, teman orderkan Oreo Milk Shake untuk Mama dan Aisar. Teman order Strawberry jus.

Oreo Milk Shake

Strawberry jus

Secara jujurnya, Strawberry Jus nie tak berapa nak best. Nie hanyalah pendapat teman saja sebab, teman pernah minum jus Strawberry yang lagi sedap dari yang dihidangkan di Laman Grill nie. Kat bawah nie ialah Tip Bits. Teman tak order pun benda nie. Tapi pelayan tu kata nie ialah complimentary buat kudap-kudap sementara menunggu main course siap. Anggaran masa dalam 30-40 minit. Ok je la. Kalau tak tunggu, bila lagi nak merasa makan masakan chef terkenal nie. Ok la tu... tak la bosan menungu sambil mulut mengunyah Tip Bits nie...

Crispy Creep

Ok, nie la... Australian Baby Lamb Foreshank. Actually, pada pendapat teman la resepi nie telah di Malaysia kan. Actually, sayuran tu sama macam sayur campur biasa tu. Ada sayur bayam hijau, di campurkan bersama karot dan broccoli. Nampak menyelerakan, dari segi rasanya pun ok la. Tapi tak boleh lawan steak kat Tommy Roma's tu. Mungkin nie adalah cara masakan Itali kot. Cuma expectation teman tu tak sampai... dah ke laut nampaknya.

The down side hidangan nie, waktu dihidangkan makanannya tak panas. Mungkin dah lama siap dan tidak dihantar atau pun makanan disejukkan oleh air cond. Entah la... Sebab tu, expectation ke laut.


Australian Baby Lamb Foreshank

Australian Baby Lamb Foreshank

Ok, selesai sudah komen tentang main fare. Next, teman komen tentang desert pulak. Adinda pesan Sweat Potato, saja nak try katanya. Pada hal silap order hehehehehe... teman pulak pesan Warm Chocolate Cake.


Laman Grill Steak and Bar-B-Que

Laman Grill Steak and Bar-B-Que

Laman Grill Steak and Bar-B-Que


Ok, Sweat Potato tu ok la... Keledek rebus yang di lenyek... Actually rasa keledek tu manis, macam makan ubi keledek di Cameron Highland tu. Manis-manis gitu. Sebab tu namanya Sweat Potato.

Untuk Warm Chocolate Cake. Ini desert yang best. Presentationnya pun dah menarik. DI atas tu ada ais cream vanila. The best thing is, cup cake chocolate nie panas-panas gitu. Dan dalam cup cake tu, ada chocolate cair yang suam-suam gitu. Di makan pulak dengan ais cream vanila yang sejuk. Menerbitkan suatu rasa yang sangat unik. Best sangat... Menyesal pulak order satu.

Next time, kalau makan kat sini lagi mesti teman order Worm Chocolate Cake nie lagi. Apa pun, suatu pengalaman yang menarik makan disini.

Laman Grill Steak and Bar-B-Que

Ada juga pengalaman yang tak berapa best. Kalau tengok dalam resit tu, ada Tip Bits. Kata sebagai complementary. Nie charge RM2.00 pulak... Malas nak bertekak pasal RM2.00 tu... lagi pun, benda tu dah masuk dalam perut pun. Teman bayar je la... Next time kalau makan kat sini lagi... kalau bagi lagi Tip Bits nie, teman tolak dari awal lagi... Kalau kat Tony Roma's, depa bagi roti, tak charge pun kat customer. Tak kisah la depa charge ke tak... tapi benda tu tak appear kat dalam bil.

Next time datang sini lagi nak order Warm Chocolate Cake. Sedap sangat.... hehehehehe... 

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...