Kome pernah kena bisul tak? Apakah bisul dan macam mana bisul itu terjadi, kome boleh klik disini untuk maklumat lebih lanjut. Penyakit bisul nie tak kenal usia, baik kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa terdedah kepada jangkitan bisul. Apa yang penting, kebersihan diri perlulah di utamakan. Ok, dalam entry nie, teman kongsikan beberapa petua yang boleh di cuba.
Gambar ehsan Google.
Kome boleh cuba petua-petua kat bawah nie ye.
- Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.
- Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tempek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.
- Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
- Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
Ok, selamat mencuba ye.
Anak dara saya baru je kene bisul aritu kat kepala..lambat plak entry psl ni kuar ye..klau tak bole gak apply pd dia..hehe
ReplyDeletesalam..done follow ur blog.
ReplyDeletei pernah kena bisul kat pinggang mmg sakit nk pegi kelas pakai melekat pulak kat bisul tu...hahahah smpai sekarang berparut besar....
tp masa tu roommate i baik2 belaka diaorang tlg sapu kan ubaat, bersihkan semua hahaaa and 1 lg tips pegi kedai sensei cina nnt dia bg ubat mata kata rendam dlm air n sapu kn kat sekeliling bisul tu hahahaha....boleh blah bila ingt balik..by the way nice entry..!!!! salam perkenalan
Done follow your blog juga....
DeleteSalam singgah ya
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah kat sini...
DeleteAlhamdulillah, perkongsian sangat berguna
ReplyDelete