Friday, August 22, 2014

Rahsia perangai anak

Macam mana nak tahu perangai anak-anak kita? Walau pun di masa entry ini di publishkan, teman hanya mempunyai seorang permata hati, teman nak kongsikan info ini sebagai panduan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita.

Anak
Gambar ehsan Google.

Anak Sulung

  1. Anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  2. Sering berjaya dalam hidup.
  3. Lebih pandai mengambil hati orang tua.
  4. Mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah

  1. Lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  2. Lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  3. Suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  4. Sering merasakan diri mereka terpinggir.
  5. Terlalu mengalah

Anak Bongsu

  1. Happy go-lucky dan yakin diri.
  2. Manja.
  3. Berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  4. Sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal

  1. Sering merasakan diri mereka kesunyian.
  2. Lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  3. Lebih bijak bergaul.
  4. Lebih cepat matang.
  5. Terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  6. Sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

P/S : Walaupun kebanyakkannya berperangai seperti diatas tetapi adakalanya perangai anak2 adalah sangat berbeza seperti yang diceritakan, ini adalah disebabkan cara didikan ibubapa itu sendiri....dan cara pergaulan mereka dengan masyarakat...

3 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...