Macam mana nak menghilangkan hanyir ayam? Dalam entry sebelum ini, teman ada kongsikan petua untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Klik disini kalau kome hendak membacanya. Kali ini teman akan kongsikan petua untuk menghilangkan bau hanyir ayam.
Gambar ehsan Google.
Mudah saja nak buat petua nie. Mula-mula bersihkan ayam itu seperti biasa. Kemudian masukkan sedikit tepung gandum dan gaul sehingga rata. Tepung yang di masukkan bergantung kepada jumlah ayam. Kalau lebih pun tak apa. Tiada masalah. Setelah di gaul sehingga rata, biarkan selama beberapa minit untuk menghilangkan bau hanyir tersebut. Selepas itu, bilas ayam tersebut dan kemudian bolehlah masak seperti biasa.
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...