Benda nie setahun sekali je teman buat. Kalau ada pun hanya dua kali setahun je. Tapi, biasanya teman renew road tax untuk setahun. Disebabkan setahun sekalilah benda nie timbul. Apa masalahnya? Nak menanggalkan road tax lama dan bersihkan kesan gam. Itulah masalahnya.
Selepas road tax ditanggalkan, ada pulak kesan gam dicermin kereta. Macam mana nak hilangkan kesan kotoran gam tu? Mudah saja. Kome jangan panik pulak. Kome pegi ke dapur, ambil sedikit minyak masak. Sikit je tau. Lepas tu, kome lumurkan pada kesan gam di cermin kereta kome tu. Guna kertas tisu je. Sental perlahan-lahan sehingga kesan gam tersebut hilang. Guna pembersih cermin atau sedikit sabun pencuci pinggan mangkuk untuk menghilangkan kesan minyak di cermin tu dan lapkan cermin kereta sehingga kering.
Sebagai pilihan alternative, kome tak payahlah tampal terus road tax kereta tu ke cermin. Guna je plastik sticker yand banyak dijual di kedai aksesori kereta tu. Harganya pun murah je, tak sampai pun MYR 5. Tampal je road tax kereta tu pada sticker, kemudian tampal sticker tu ke cermin kereta. Next time bila nak tukar road tax baru, tanggal jer sticker nie. Mudahkan.
saya pun guna plastic sticker :)
ReplyDeleteErmm.. lama dah guna sticker tu... :D
ReplyDeletenext time bila pakai kereta harus guna sticker kereta.. =)
ReplyDeletedan kalau roadtax tu dah tamat tempoh cabut jer laa..tak payah nak tayang roadtax smpai 5 tahun lepas yang punya..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-