Suka makan kerang tak? Kerang nie, boleh di masak dengan pelbagai cara. Ada yang suka makan kerang rebus, ada pulak yang suka makan kerang bakar. Kerang juga boleh dibuat kerabu atau sambal kerang. Apa pun, sebelum masak tu, kulit kerang tu perlu dibuang dulu. Kecuali lah jika hendak di buat kerang bakar, tak perlu di buang kulitnya.
Gambar ehsan blogger Yhu2nk401
Biasanya, bila nak makan kerang nie, kulit kerang tu perlu di buka baru boleh dikeluarkan isi kerang tu. Inilah masalahnya. Kadang-kadang tu, agak susah sket nak buka kulit kerang tu. Teman akan kongsikan satu petua mudah supaya kulit kerang tu senang dibuka.
Macam mana caranya? Ok, semasa kome hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah kome mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu.
Ok, Selamat mencuba! Selamat makan kerang... :d
oh rebus letak minyak sesudu ek.. okay... tq the petua yea pakkk.... heheheh...
ReplyDeleteOoo... pernah nampak orang buat... tapi tak tau pula itu petua untuk memudahkan dia terbuka yer... thanks Izni.. :D
ReplyDeletekalau ada cara mudah senang sikit...ni nak makan tapi malas nak mengopek...
ReplyDeleteoic.. now i know.. thanks ye deme kongsi tips ni..
ReplyDeletesedapnya kerang, thanks tips nya :)
ReplyDeleteKerang masak rendang...sedapp..
ReplyDelete