Rambut adalah mahkota wanita. Memiliki rambut yang lebat dan sihat dan berseri adalah impian setiap orang. Penjagaan rambut amat penting, baik bagi kaum wanita mahu pun kepada kaum lelaki. Sebab itulah penjagaan rambut perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Klik disini untuk mengetahui petua penjagaan rambut supaya sihat berseri.
Gambar ehsan Google
Gambar ehsan Google
Hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk melebatkan rambut. Bagi mereka yang memiliki rambut yang tak berapa nak lebat tu, boleh lah mencuba petua ini. Caranya mudah sahaja. Kome perlu ada bahan yang disenaraikan dibawah;
- Minyak bijan
- Bunga melur atau bunga melati
- Daun pandan
Bunga melur atau bunga melati dan daun pandan perlulah dihiris halus / cincang atau pun ditumbuk sehingga hancur. Bahan ini kemudiannya dicampur bersama minyak bijan. Sebatikan campuran ini dan kemudian disapukan pada keseluruhan bahagian kepala (rambut). Biarkan selama 20 minit sebelum rambut dicuci bersih. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.
Selamat mencuba. Bila dah mencuba, tinggal lah komen ye.
skrg ni mike de masalah rambut gugur..huhuhu..
ReplyDeletebelum sempat lagi nak mencoba..walau papa pun thanks untuk tips nie yaaa..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
nak kena cuba gak nii... pas salin rambut bnyak gugur..
ReplyDeleteCuba lah... Kalau biarkan, nanti mudarat pulak...
Deletekena cuba gak ni.. lepas salin rambut bnyak gugur..
ReplyDelete