Saturday, June 30, 2012

Kuliah - Peringatan Buat Kaum Lelaki

Friday, June 29, 2012

Jenis-jenis durian

Hi semua... Hari nie teman nak sharekan jenis-jenis atau spesis durian yang ada sekarang ni...







Thursday, June 28, 2012

Petua - Merawat masalah Bintil atau Ketuat

Kaedah rawatan untuk bintil atau ketuat yang teman nak sharekan disini agak pelik sikit. Tapi, mungkin juga kaedah ini berkesan. Kalau nak cuba, rasanya tak salahkan.


Rawatan melalui kaedah susu pekat manis dan jilatan kucing


Gambar : ehsan dari blogger kucingutara

Caranya begini. 

Mula-mula sapukan susu pekat manis pada bintil (ketuat). Selepas itu, ambil seekor kucing dan suruh ia jilat bintil ketuat itu. Cuba lah beberapa kali, sehingga ketuat itu hilang.

Selamat mencuba!

Wednesday, June 27, 2012

How to Choose a Good Durian?

6 Steps to Choosing A Good Durian

First of all, what is a good durian? For us, a good durian is one that is ripe, fresh and free from larvae/worms. However, a durian with worm doesn't mean it is not good because it can still be delicious.



Gambar : ehsan Google




So how do you know if a durian is good or fresh?


Here are some steps you can try when looking for a good durian:




Look at the tip, if it is too dry means it is no longer fresh. A little dry is okay.
Look at the bottom, if it is crack it may be over-ripe or not so fresh. But it still can be delicious.
Smell the durian, if there is a strong smell, it is most likely good. If there is no smell, it is probably not ripe.
Use your fingernails to scratch the durian, if it sounds hollow it is likely to be a good one.
Put the durian close to your ear, shake it and listen carefully, if there is a 'moving' sound, it is likely to be good.
Look for holes around the durian, if there is tiny hole somewhere, there is likely to be a worm (larva of an insect) that has burrow into it.
Yes, there is actually a 7th step, but it's not going to be useful. If you have the chance to open the durian, open it and taste it.





Ways Of Opening A Durian
 


There are few ways to open the durian. Some might find opening a durian just too difficult, so I'll list other methods in case you want to try another way.





Use a short knife, one that is slightly bigger than the standard swiss army knife- most durian farmers use this.
Use a big knife, the one for chopping meat - ladies love to use this.
Use bare hands - works well for some over-ripe durians.
Use a special durian opener, which is made of wood. Not exactly sure where you can find this tool.
Use a chainsaw - works very well, but not encouraged. If you're gonna open one this way, shoot a video and send it to me afterwards, yeah? Thanks.



Next entry, i will share with you the type of durian we have here.

Tuesday, June 26, 2012

Peninggalan Sejarah di Pulau Pinang

Kalau ke Pulau Pinang, tak lengkap la kalau tak pegi ke Padang Kota Lama. Di sana banyak tempat menarik untuk di lawati. Antaranya Fort Cornwallis. Ia adalah sebuah kubu yang dibina oleh British semasa penjajahannya di Tanah Melayu. Kini, kota ini menjadi peninggalan sejarah yang berharga untuk di kunjungi.







Nie adalah koordinate GPS untuk ke Fort Cornwallis...

5.421319,100.344183


View Larger Map


Untuk kesini, pengunjung akan dikenakan RM3 per entry...

Dibawah nie monument perang dunia ke 2... gambar dibawah nie diambil pada 14 April 2012 yang lalu... kini monument ini telah di pagarkan untuk melindunginya dari pengunjung yang tidak beretika.


Untuk pengunjung yang ingin melawat ke monument ini, teman sharekan koordinatenya kat bawah nie...


5.422387,100.341834


View Larger Map

Ok, next time teman share lagi lokasi menarik untuk dilawati... sama-sama lah kita melawat tempat-tempat menarik di negara kita, Malaysia

Monday, June 25, 2012

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk



Bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak 1433H yang kian menjelang, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk di Menara Kuala Lumpur pada 14 Julai 2012, Sabtu mulai jam 7.30 pagi.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 ke atas di mana setiap kumpulan terdiri daripada tiga hingga empat orang sahaja dan terbuka kepada 30 kumpulan di mana 20 kumpulan untuk kategori terbuka dan 10 kumpulan lagi bagi kategori masjid.

Yuran penyertaan sebanyak RM50 akan dikenakan untuk setiap kumpulan. Sehubungan dengan itu, anda semua dijemput untuk menyertai dan memeriahkan lagi pertandingan ini dan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.00 bersama sijil penyertaan sedang menanti para pemenang.

Selain daripada itu, para pengunjung juga boleh menikmati bubur lambuk secara PERCUMA selepas jam 12.00 tengahari.
Jadi jangan ketinggalan, bawalah keluarga dan sahabat handai anda ke Menara Kuala Lumpur untuk menyertai dan menikmati bubur lambuk istimewa sempena sambutan Ramadhan ini.

Bersama ini disertakan borang penyertaan dan untuk keterangan lanjut, sila hubungi Suriati Yusuf di talian 03-2072 1219 atau layari laman web www.menarakl.com.my atau ‘like’ facebook rasmi Menara Kuala Lumpur www.facebook.com/officialmenarakl.

Aisar first wall ART

Thanks to Nippon Paint... Actually, perkara nie berlaku dalam bulan March 2012 yang lalu. Nak dijadikan cerita, tok mama yang menjaga Aisar ketika teman dan sayang bekerja, tiba-tiba jatuh sakit dan terbaring di lantai dapur. Dianggarkan kejadian tu berlaku sekitar 1.30 - 2.00 ptg. Tinggal la Aisar keseorangan tanpa pengawasan dan makan tengaharinya sehingga la kami tiba dirumah sekitar 6.30 ptg. Untuk menambah buruk kan lagi keadaan, cuaca diluar hujan bertambah lebat dan kilat sambar menyambar dengan dentuman guruh. Dalam rumah pulak, gelap gelita dan pakaian di ampaian basah lenjun tidak diangkat. Nasib baik la Aisar tidak menangis. Kebiasaannya, Aisar nie takut bila suasana gelap.


Klik disini untuk mengunjungi web site Nippon Paint Malaysia.

.

Gambar ehsan : Google

Sewaktu sayang sampai dirumah sekitar 6.45 ptg, dia tak berani nak masuk kedalam rumah sehingga la Aisar muncul di depan pintu. Teman pula tiba selepas 10 minit. Sewaktu sayang tiba hari tu, ada la dia call teman. Tapi signal reception agak teruk, dan panggilan pula terputus-putus. Sampai saje dirumah, teman terus memeriksa keadaan tok mama. Dari pemerhatian, nampaknya bukan serangan strok. Lagi pun, tok mama tak ada masalah darah tinggi, kencing manis atau penyakit jantung. Nampak semuanya OK jer... Cuma tok mama mengadu, dia tak boleh menggerakkan badan. Bila bergerak sahaja, kepalanya akan pening berpusing-pusing. Teman nak angkat bawanya masuk kereta pun dia tak mahu bergerak langsung. Dok terbaring jer kat dapur tu... Last-last lepas discuss dengan sayang, teman call 999 untuk dapatkan ambulans dan bawa ke Hospital Sungai Buluh... So, bermalam laa kami kat Emergency Room tuuu... huhuhuhuhuhuh... first experience laa... betul2 mencabar kesabaran dengan karenah doktor2 kat sana... Anyway, selepas 24 jam duduk terbaring kat Emergency Room tu, doktor pun tak ada buat apa-apa pun... cuma datang check... bagi ubat dah... tu jer... so, lepas discuss dengan sayang, kami bawa keluar tok mama dari Hospital Sungai Buluh dan sambung rawatan di rumah jer...

Anyway, jauh tersasar la pulak... berbalik pada tajuk entry hari nie.... Keesokkan harinya, bila sampai je kerumah dari Hospital Sungai Buluh....

Aisar kata teman... Papa... saya ada sesuatu nak tunjuk kat awak... Apa dia... dia pun tunjuk laa hasil contengan dia di dinding rumah...






Teman tanya, kenapa lukis kat dinding... katanya kertas lukisan dah habis... memang pun, masa sampai dirumah semalam... scatch booknya bertaburan di hall... Patut laa dari tingkat bawah sampai laa ke tingkat atas... semuanya penuh dengan hasil seni Aisar.


Nie la hasil lakaran art wall Aisar pertama...







Nasib baik lah, masa buat pemilihan cat dalaman hari tu... perkara-perkara macam nie telah teman fikirkan dan di ambil kira...


huhuhuh... tension pun ada... di tambahkan dengan kepenatan... mmm... kena pujuk hati nie... teringatkan Aisar selalu nyanyikan lagu nie...


"Bulat Besar, bulat kecil..." menjadi penyejuk hati...




Teman ambik spange... semangkuk air... start operasi Bulat Besar... Bulat Kecil nie...



Bila dah ada anak nie... Sabar adalah kekuatan untuk mendidik anak-anak... betul tak... nie pendapat teman jer la...


Ok, next story lagi tentang si kecil nie...

Wordless - Bangsar South

Sunday, June 24, 2012

Kuliah - Beribadahlah kita seperti kita akan mati esok

Saturday, June 23, 2012

Kuliah - Penghuni Neraka Minta Di keluarkan Dari Neraka

Allah Subhanahu wataala , Tuhan Yang Maha Berkuasa, memberitahu kita, bahawa penghuni neraka meminta untuk balik semula ke dunia, kerana tidak tahan menanggung azab Neraka... Firman Allah SWT di dalam Surah Al Faathir:-



"DAN ORANG-ORANG KAFIR, bagi mereka Neraka Jahannam.. Mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati, dan tidak pula diringankan dari mereka, azabnya.. Demikianlah Kami membalas setiap orang yang sangat kafir.." [36]..


"DAN MEREKA BERTERIAK DI DALAM NERAKA ITU: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami, niscaya kami akan mengerjakan amal yang soleh, berlainan dengan apa yang telah kami kerjakan..".. Dan, APAKAH KAMI TIDAK MEMANJANGKAN UMURMU dalam masa yang cukup untuk berfikir, bagi orang mahu berfikir, dan (apakah tidak) DATANG KEPADA KAMU , PEMBERI PERINGATAN? Maka rasakanlah azab Kami, dan tidak ada bagi orang2 yang zalim seorang penolong pun.." [37]...

Apakah peringatan Allah itu belum belum cukup jelas kepada kita? Sehingga kita masih lagi LENGAH dan LALAI , dan TIDAK BERSEGERA mahu taat dan patuh kepada hukum-hakam-Nya? Sehingga masih ada diantara kita yang mempersenda-sendakan, dan memperolok-olokkan ajaran Islam?..... 

ATAUKAH KITA MASIH BERANGGAPAN ALLAH AKAN BERSIKAP 'LENIENT' terhadap kita, dan mengampun kita? Ingatlah bahawa JANJI ALLAH ITU BENAR, dan Allah samasekali tidak akan memungkiri janji-janji-Nya.....

Thursday, June 21, 2012

Petua - Merawat masalah bintil atau ketuat

Kaedah ini adalah agak ekstrem dalam merawat bintil atau ketuat. Bagaimana pun kaedah ini dikatakan cepat sembuh atau hilang. Ini merupakan kaedah ketiga dalam siri merawat bintil atau ketuat. Kaedah ini ada dua cara :



Cara pertama : Kikis bintil itu. Ikat dengan sehelai rambut, jangan dibuka. Jika ia tertanggal, ikat lagi. Insya-Allah bintil itu akan hilang.

Cara kedua : Cara ini akan terasa sakit sedikit. Kikis bintil itu sehingga luka. Sapukan cuka (asid) getah. Anda akan terasa pedih. Bagaimana pun cara ini lebih cepat baik atau sembuh.


Selamat Mencuba...

Klik disini untuk membaca kaedah kedua dalam merawat bintil atau ketuat

Wednesday, June 20, 2012

Games Hina Islam

Devil May Cry 3

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

























Tuesday, June 19, 2012

Wordless - Menara TM

Monday, June 18, 2012

Realiti kehidupan di TV3

Apa ke hei la orang-orang kita nie... Inilah rancangan realiti kehidupan yang sering dipaparkan di TV3


Sunday, June 17, 2012

Kuliah - Suatu Anugerah

Sedikit ilmu untuk di kongsikan bersama...


Saturday, June 16, 2012

Kuliah - Solat

Ilmu untuk dikongsi bersama... Ilmu bukan untuk disimpan...