Sunday, November 6, 2016

Kuliah : Tidak mahu memakai tudung kerana tidak mahu hipokrit.

Untuk renungan bersama tentang isu bertudung dan menutup aurat. Pernah juga teman dengar ungkapan "Saya tidak bertudung kerana saya tidak mahu menjadi hipokrit, tidak ikhlas. Kelihatan saya bertudung tapi jiwa saya tidak." Ungkapan-ungkapan sebegini pernah juga teman dengar keluar dari mulut seorang yang mengaku sebagai Islam.

Aurat wanita 
Ehsan dari Google

"Saya tidak sembahyang kerana tidak mahu jadi hipokrit. Jasad saya sembahyang tapi hati tak sembahyang."

"Saya tidak akan membayar zakat sehingga saya hati saya rela melakukannya dengan ikhlas."

"Saya hanya akan pergi haji bila hati saya bebas dari riya’
Kata-kata diatas TIDAK AKAN PERNAH BENAR SAMA SEKALI melainkan anda sengaja membiarkan diri dalam kejahilan."

Islam bukan sekadar peganggan agama, malah Islam adalah lebih dari itu, meliputi seluruh aspek kehidupan manusia itu. Dengan kata lain, Islam adalah cara hidup, "Way of Life". Tidak malukah kita mengaku sebagai Islam, tetapi tidak beramal dengannya.

Agaknya bila maut menjemput, alasan ini ALLAH terima?

Mulakan dengan mendidik dan belajar solat yang betul,
Didalam solat ada tarbiah, ada janji, ada ketaatan dan kepatuhan kepada Tuhan, ada muraqabah (perasaan sentiasa dalam pemerhatian Allah).

Sekiranya solat itu betul, tidak mungkin akan wujud kalam seperti diatas kerana “sesungguhnya solatku, ibadatku, HIDUP DAN MATIKU hanya untuk Allah, pemilik alam ini.”

إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...