Sunday, November 13, 2016

Kuliah : Baca Al-Quran setiap hari

Sekadar perkongsian dari Ustaz Dusuki Abdul Rani. Dalam sehari berapa kalikah perlu kita baca Al-Quran. Ini adalah satu persoalan yang pernah di tanyakan kepada Ustaz Dusuki Abdul Rani.

Dari Ustaz Dusuki Abdul Rani:

"Berapa kali kita kena baca Al-Quran dalam sehari? Kita kena baca Al-Quran sebanyak bilangan kita makan dalam sehari.Kita makan untuk jasad yang akan mereput suatu hari nanti, tetapi kita baca Al-Quran untuk roh yang akan terus hidup".

Al Quran 
Gambar ehsan Google.

"Rasulullah s.a.w menceritakan dalam hadith baginda bahawa tatkala kematian berlaku pada seorang anak Adam, Al-Quran akan mula keluar dari jasadnya dan berada pada hujung kepalanya dengan syarat apabila Al-Quran dibaca setiap hari sebelum subuh. Apabila jasad kita dimandikan dan dikafankan, Al-Quran akan duduk diantara dada dan kain kafan yang membalut jasad kita sehingga diusung ke kubur.Apabila turun ke liang lahad dan dikebumikan sampai paras lutut, malaikat Munkar dan Nakir akan bergerak ke hadapan wajah kita dan menghalau amalan-amalan seperti solat, puasa, zakat, haji. Tetapi hanya satu sahaja malaikat tak boleh halau iaitu amalan membaca Al-Quran sebelum subuh."

"Al-Quran yang dibaca sepanjang hidup kita akan menjadi peguam bela untuk menjawab soalan-soalan malaikat Munkar dan Nakir yang diajukan pada kita. Oleh itu, hiduplah dengan Al-Quran setiap hari dan jangan biarkan Al-Quran hanya menjadi hiasan di rak buku dan disimpan di dalam almari.

Sebagai renungan dan muhasabah diri sendiri. Jom kita amalkan membaca AL-Quran dan sama-samalah kita hidupkan amalan membaca sebelum masuk waktu subuh.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...